Pages - Menu

11.9.08

Selamat Kembali Pahlawan Melayu

  • Alhamdulillah, akhirnya Dr.M mahu kembali ke pangkuan UMNO. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Dr.M untuk selamatkan kembali UMNO yang makin lama, makin lemas yang dinahkodakan oleh Pak Lah.
  • Penulis berharap, kemasukan kembali Dr.M kedalam UMNO akan memperkasakan kembali kewibawaan UMNO dan berharap tiada lagi perselisihan / perbalahan Dr.M dengan Pak Lah.
  • Bagi penulis, kemasukan Dr.M kedalam gelanggang UMNO akan mempertemukan buku dengan ruas, Mahathir-Anwar. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Penulis juga berharap Dr.M akan membidas balik segala tohmahan liar dan jahat Anwar bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.
  • Pahlawanku, ayuh kembali ke medan perang. Perjuanganmu belum selesai. Ayuh, kita tamatkan riwayat si Jebat penderhaka.
P/S: Tok Det lawan tetap lawan!

1 ulasan:

  1. bukan anwar je yang kena watch out, pak dolah pun sama gak! harap2 ada bahagian yg mencalonkan tun untuk presiden pada disember ni!

    BalasPadam