Archive for Ogos 2010

Ha, macam ni barulah elok nak melawat surau!


Tak ada sapa pun nak marah. Buatlah majlis amal kalau berpakaian sopan didalam kawasan masjid / surau. Tak ada sapa halang kan kalau macam ni punya gaya? Good. Panggil la Tok Guru Terompah mai sekali, sucikan Teo nih.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Sokong Cikgu Puan Hajah Siti Mangsa Politik


Sekarang jam 2.22 pagi, hari Ahad, 22 Ogos 2010. Saya melaporkan dari tempat penginapan saya di Pandan City JB. Saya baru pulang dari bertemu rakan fb saya dari Kulai. Beliau ketika pertemuan tersebut menghubungi "seseorang" melalui telefon. Saya di fahamkan, Puan Hajah Siti tidak mahu bertemu dengan sesiapa demi untuk membantu siasatan pihak polis. Beliau hanya mahu bertemu dengan 3 orang dan saya berpeluang bercakap dengan salah seorang dari 3 tersebut. Saya akan melaporkan kejadian ini mengikut kronologinya agar anda semua memahami asal usul isu ini.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Baiknya KDN luluskan permit akhbar The Rocket

KDN lulus permit The Rockets

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permit penerbitan akhbar The Rockets bagi versi Inggeris, Cina dan Tamil, berkuatkuasa kelmarin. Sumber

Komen Pewaris Melayu :

Tengok? Kerajaan punya baik dan bagus lagi bagi permit untuk penerbitan akhbar pembangkang. Agak - agaklah, kalau PR dapat pegang pemerintahan, ada ke diorang nak bagi pada akhbar yang menentang pemerintahan diorang terus diedarkan?

Ehem, ahli UMNO/BN bukan terdesak macam diorang. Tak ada pon akhbar alternatif, tetap boleh sokongan rakyat. PR? Haktuih!

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Lagi - lagi buang bayi!

Bayi lelaki bogel ditinggalkan depan rumah anggota polis

18/08/2010 6:08pm

KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di depan pintu pagar rumah seorang anggota polis di Kampung Batin, di sini malam tadi.

L/Kpl. Marzuki Hamid, 44, berkata, bayi lelaki seberat 3.03 kilogram itu
ditemui anaknya Hafiyana, 19, kira-kira pukul 10.15 malam dalam keadaan
berbogel dan ditinggalkan di atas rumput tanpa sebarang alas.

Marzuki yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berkata, ketika itu, beliau dan anggota keluarga yang lain keluar dan hanya Hafiyana ada di rumah. Baca lagi

Komen Pewaris Melayu :

Kerajaan dah bersungguh - sungguh nak basmi dan atasi masalah ni. PR? Anwar? Guan Eng? Ada kesah kes buang bayi? Jangan jadi pembangkang yang tau menyalak saja. Jadi pembangkang yang boleh memberikan faedah kepada rakyat. Cis, Pakatan RAKYAT konon. Blah la!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ganti perlembagaan implikasi besar

PUTRAJAYA 16 Ogos – Rakyat negara ini diperingatkan bahawa sebarang cadangan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan boleh membawa padah negatif yang menyusahkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, ini kerana ia semacam membuka ‘empangan bah sosiopolitik’ yang amat besar dan meluas implikasinya.
Dalam aspek ini, beliau khuatir kepentingan-kepentingan kontrak sosial sedia ada mungkin pecah dan merugikan banyak pihak terutama orang Melayu. Baca lagi..


Komen Pewaris Melayu :

Penulis tahu parti politk mana yang terlibat dalam memporakperandakan negara. Makin lama perbuatan mereka makin tak releven. Tak sabar - sabar nak tunggu PRU13.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

194 ahli Pas Pengkalan Chepa sertai UMNO

KOTA BHARU 8 Ogos - Seramai 194 ahli Pas mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan sikap pemimpin parti itu yang didakwa gagal membawa perubahan selain enggan berjuang untuk penyatuan orang Melayu di negara ini.

Mereka merupakan ahli Pas di tiga buah kampung di Pengkalan Chepa dekat sini iaitu Kampung Tukang Dollah, Kampung Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Tok Betek.

Ketiga-tiga Kampung tersebut sebelum ini mendapat gelaran 'kawasan hijau' berikutan sokongan fanatik penduduknya kepada Pas.

Kesemua ahli Pas terbabit telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempena ceramah `Selamat Tinggal Pas' di Kampung Tukang Dolah di sini, malam tadi yang dihadiri oleh lebih 2,000 penduduk.

Turut hadir memberikan ceramah adalah Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin dan Mudir Pondok Pok Krau Tumpat, Mohammed Zainal Abidin.

Mustapa dalam ucapannya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional dalam merampas kembali Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Beberapa bulan lalu ketika di Pasir Mas ada penyokong setia Pas termasuk pemimpin mereka menyertai UMNO dan malam ini sekali lagi anda semua telah membuat satu keputusan yang betul.

"Di sinilah kita bermula, saya mengisytiharkan gerakan habis-habisan untuk kita bersama-sama menumbangkan Pas Kelantan dan merampas semula negeri ini," jelas beliau sambil mendapat sorakan padu penduduk yang hadir. - Utusan

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Zaid Ibrahim : Dah kalah tu kalahlah!

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim tidak hadir di mahkamah tinggi Rabu lalu untuk mendengar keputusan petisyennya mencabar keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana telah menjangka permohonannya itu akan ditolak.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata apabila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya iaitu tiga hari kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak atas alasan teknikal (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaraan sepenuhnya, di mana segala butiran dan keterangan yang ada dan saksi akan dikemukakan), ini bermakna permohonan itu tidak akan berjaya.

"Alasan yang diberi ialah saya tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun “bribe” tersebut. Nama mereka ada, dan kita akan ketengahkan saksi yang kita ada semasa perbicaraan.

"Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak.

"Apa perlu tolak awal-awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi 'The Great PM' daripada disoal oleh peguam kami. Pada mereka mana boleh PM datang ke mahkamah," kata Zaid.

Kata beliau lagi, terdapat pelbagai macam rasuah pilihan raya umpamanya apabila aduan dibuat secara spesifik bahawa calon A menawarkan wang kepada B dan C untuk mengundinya, memang akan disenaraikan dalam petisyen nama B dan C.

"Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes 'general bribery' yang mustahil dapat kita senarai semua nama mereka yang ditawarkan wang tersebut.

"Mengikut keputusan ini, katakanlah kalau Perdana Menteri memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihan raya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, beliau berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa yang mahu membawa kes itu ke mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta penduduk Sarawak!" kata Zaid.

Menurut beliau mahkamah mahu pihak yang membawa permohonan mesti membuktikan mereka yang menerima rasuah ini, dalam kes ini rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka mengundi BN.

"Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini. Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti 'Kamu undi siapa semasa pilihan raya?' tidak dapat disoal semasa perbicaraan kerana undi itu sulit.

"Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu tetapi hakim terus menetapkan syarat sedemikian," ujar beliau.

Tambahnya, pihak beliau juga telah dipersalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

"Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal," kata Zaid.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk membuat rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan memandangkan keputusan sama akan diberikan.

Beliau juga tidak berniat meneruskan tindakan susulan kerana tidak tidak mahu membuang masa peguam-peguamnya - Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman mereka secara percuma.

Mahkamah Tinggi menolak petisyen pilihan raya Zaid dan mengesahkan bahawa, P Kamalanathan dipilih secara sah sebagai ahli parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil April lalu.

Keputusan dibuat oleh hakim Datuk Azhar Mohamed selepas membenarkan bantahan awal Kamalanathan bagi membatalkan petisyen Zaid.

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .