Pages - Menu
27.5.12
Najib Razak bacul, Anwar hebat. Syorkan debat Anwar - Ummi Hafilda!
26.5.12
Skandal pemimpin DAP Penang : Cerita makin hot!
![]() |
| Tu dia...apa kaitan amoi ni dengan kes "raba nenen"? |
Muzakarah UMNO - Pas : Nik Aziz sendiri ajak dan sendiri batalkan
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan pendirian Pas Pusat yang memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno.
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak pandangan yang bercanggah.
"Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Pada 16 Mei lalu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas sentiasa bersikap pintu terbuka
untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.
Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
"Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno)," katanya.
Dua hari lalu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tetap mahu mengadakan muzakarah dengan Umno
meskipun tidak mendapat persetujuan ahli jawatankuasa tertinggi parti termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.
"Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah," katanya.
Dua hari sebelum itu, Abdul Hadi mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat kecuali dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
PewarisMelayu kata : Teruk dah orang tua ni. Nyanyuk teruk dahh!
24.5.12
Saya Masih Setia Pada UMNO - Zamhuri
Salam to all,
Pooooodahcit. Memang dasar pencacai dan tahi dalam UMNO si Zamhuri ni. Masa marah tak dapat projek sanggup laung Hidup DAP tapi bila dah dapat projek sanggup pula letak maruah diri, keluarga dan UMNO ditahap yang paling hina macam ni.
Haaaakkkkkktuihhhhh!
Zamhuri boleh berambus dari UMNO!
http://www.youtube.com/watch?v=SehuWH5lPfM&feature=youtube_gdata_player
21.5.12
Muzakarah UMNO - Pas : Nik Aziz mulut celupar Hadi Awang kena Basuh Taik!
Salam to all,
Menurut laporan MalaysianInsider, Presiden Pas Hadi Awang berkata tak mungkin muzakarah UMNO dengan Pas akan berlaku. Tambahan lagi, Pas boleh berbincang dan bermuzakarah dengan mana - mana NGO tetapi tidak dengan UMNO. Wahhhh!! Keras sungguh kata - kata tuan presiden parti Islam ni. Dia juga menegaskan bahawa tiada muzakarah UMNO - Pas, media hanya saja gembar gemburkan isu ini.
Kemudian, orang yang paling suci dalam Pas pulak menegaskan lagi pihak Pas ikhlas nak bermuzakarah. Haihh.. Apa cerita ni. Dua orang yang pakai serban warna yang sama tapi cakap benda lain - lain.
Mana satu nak ikut ni.. Tuan Presiden ataupun Tuan Mursyidul?
Susah juga la ada dua TUAN GURU, satu tuan guru yang pandai cakap merapu. Mulut celupar dan kuat melatah. Satu lagi ada TUAN GURU cakap tak serupa bikin. Haih, PAS ohhhh PAS!
Senang senang, baik TUAN TUAN dan GURU GURU ni mengaku yang depa kena kritik oleh puak Anwarinas dalam Pas dan juga tekanan dari Anwar Ibrahim sendiri. Tak payah nak cari salah UMNO dan cakap belit sana sini. Just mengaku sahaja :
Pewaris Melayu kata : Kesian Pas, matlamat parti sendiri ditentukan oleh pihak lain. Oohhh Pas!
19.5.12
Muzakarah UMNO-PAS : Nik Aziz GILA dan NYANYUK!
Salam to all,
Jelas, tembelang Pas dah pecah untuk bermuzakarah dengan UMNO. Apa celup ni. Pas dah betul - betul nazak, Dulu Nik Aziz cakap UMNO dah nak karam dan patut ditenggalamkan masa cakap - cakap muzakarah UMNO - Pas selepas PRU 12.
Kini, UMNO harus cakap benda yang sama kepada Pas. Dah nazak, dah teruk baru nak terhegeh - hegeh nak cari UMNO, baik pegi berambus. Pergi kawan dengan DAP laknatullah dan teruskan zikir harian nak ke Putrajaya tu.
SUMBER
Ustaz Fathul Bari : Melayu masuk DAP
Baguslah Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar keluar parti
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.
"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir."Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Apa yang penulis boleh simpulkan dari video ini, dia masuk UMNO tak ikhlas dan berkepentingan. Elok la UMNO scan semua ahli mereka ada ke tak spesis macam ni lagi. Buat busuk UMNO je. Let go buang kat PR.
Hudud jika Pakatan menang : Pas takkan menyerah kalah!
“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.
Pewaris Melayu kata : Memang sekejap ada sekejap tak ada. 20 tahun Pas pegang Kelantan tak ada pun nak melaksanakan Hudud. Tapi bila dah nak dekat Pilihanraya Umum (PRU) baru Pas nak berkokok macam nak rak nak melaksanakan Hudud.
“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.
Pewaris Melayu kata : Setiap kali President Pas nak "CADANGKAN" untuk laksanakan Hudud jika Pakatan menang, Karpal Singh dah melompat dan bagi amaran. Itu baru cadangan, jangan harap la perlaksanaan!
“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.
Pewaris Melayu kata : Pas hanya berdakwah untuk kepentingan Politik. Tak lebih tak kurang dari itu.
Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.
“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.
Pewaris Melayu kata : Pas hanya mempermainkan Islam dan mempergunakan agama untuk jangkahayat Politik Pas. Hangpa bukannya nak mempertahan dan memperjuangkan Islam. Hakkkktuiih!
UMNO memang anti Islam sebab runtuh surau gantikan dengan masjid! Pas pembela Islam runtuhkan surau dan gantikan dengan shopping complex!
Sakit hati penulis baca tulisan Idris Ahmad di Harakahdaily Online, sebagai jawapan kepada 7 sebab kenapa rakyat kena pilih UMNO dan Barisan Nasional oleh YAB Perdana Menteri semasa ulangtahun UMNO ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.
Perenggan yang amat menyakitkan hati ialah :
Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.Kepala hotak hang Idris!
Sejak dari 20 tahun dahulu Pas dapat tadbir Kelantan sampai harini Nik Aziz mengaku hangpa baru bina berapa butir masjid je dinegeri Kelantan, macam tu ke gaya pejuang agama
Dari dulu sampai sekarang, ISLAM, ISLAM, ISLAM hanya dibibir tapi perlaksanaannya tiada! Sejak Pas kawan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan, Pas hanya ikut saja telunjuk orang lain sampai sanggup nak runtuh surau warisan untuk meneruskan tapak projek pusat beli belah!
Apa ni Pas!!
Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.
"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.
"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Pewaris Melayu kata : Campak buang la serban membusut dan janggut yang panjang tu. Simpan janggut dan lilit serban konon nak claim Islam dan warak tapi kata kat orang 2x5 sahaja. Depa lagi teruk!
16.5.12
Muzakarah UMNO - Pas hanya nak cover Hudud Pas dalam Pakatan!
SHAH ALAM - Kesediaan Pas bermuzakarah dengan mana-mana pihak seperti disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gimik politik bagi meraih sokongan rakyat.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu pernah disuarakan oleh parti berkenaan pada 2008 tetapi tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Katanya, tindakan Nik Aziz membuatkan isu berkenaan senyap dan tidak dipertikaikan oleh ahli parti berkenaan termasuk Abdul Hadi sendiri.
Menurutnya, jika dilihat rakyat kini lebih cenderung kepada Barisan Nasional (BN), berbanding Pakatan Rakyat, dan ini menimbulkan kebimbangan kepada parti itu.
“Oleh itu, Pas mula ambil langkah, maka timbul semula isu bermuzakarah, Ia seperti menggambarkan Pas sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak demi perpaduan umat Islam,” katanya. SUMBER
Pewaris Melayu kata : Penulis setuju benar dengan kenyataan Prof Dr Ahmad Atory, dulu masa paklah Pas main tarik tali dengan UMNO. Bila dah setuju, tetiba je Pas nak batalkan muzakarah sebab DAP marah. Dari Muzakarah jadi perbincangan. Sampai tera tu takutnya Pas dekat DAP.
Alahai Pas.. Bila dah isu Hudud kantoi dengan DAP, bawak pulak nak damai dengan UMNO. Percayalah, esok lusa Karpal sergah Pas lagi. Goyang kepala lutut Haji Hadi. Goyang sebab tak dapat ke Putrajaya!!
Saya dihina oleh DAP - Tunku Aziz
A: Saya fikir ia lancar, telefon saya tidak berhenti berdering selama dua jam. Saya terpaksa untuk mematikannya kerana terlalu banyak panggilan masuk dan juga SMS yang diterima dari seluruh negara.
Cukup banyak, Ssaya tidak tahu siapakah mereka, kerana mereka bukan orang yang saya kenali, kerana jika tidak nama mereka akan muncul di skrin. Saya percaya sesetengahnya mungkin wartawan, saya jawab hanya satu, yang saya kenal (wartawan) dari Sin Chew, saya katakan bahawa tiada apa lagi yang hendak dikatakan malam ini selepas apa yang saya katakan di TV. BACA LAGI
Pewaris Melayu kata :
DAP konon kata mereka demokrasi tapi depa mengamalkan demokrazi, Pas konon mengaku mendaulatkan dan memperjuangkan Islam tapi hakikatnya mempergunakan Islam demi karier politik mereka dan PKR pula dakwa mereka adil, bersih dan agresif mempertahankan rakyat tetapi tembelangnya sudah pecah dengan memperjudikan rakyat Selangor, dan macam macam macam lagi.
Agak - agak dengan isu besar macam ni PR boleh tadbir Putrajaya ke?
Jom baca AMANAT Anwar Ibrahim menjelang PRU 13
- Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
- Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
- Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
- Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
- Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
- Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
- Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
- Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.
- Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
- Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
- Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
- Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
- Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
- Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
- Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
- Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
- Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
- Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! SUMBER
15.5.12
Layakkah Nik Aziz Ulama terompah nak "sound" MUFTI Harusani?
Penjilat tegar Pas dah angkat Nik Aziz macam nabi. Nik Aziz boleh menghina dan merendah - rendahkan peranan seorang MUFTI yang dilantik Sultan dan Raja Melayu tetapi MUFTI tak boleh nak tegur Nik Aziz selaku seorang Mursyidul Am yang mengaku mengamal dan memperjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama bersekongkol dan menjadi balaci parti kafir harbi.
Helooo penjilat Pas!
Nik Aziz hanya berkuasa di Kelantan sebagai MB Kelantan, dia tak ada kuasa dalam menentukan keIslaman dan segala hukum hakam agama di Malaysia ni! Sebab itulah Mufti kita banyak kali menggariskan mengasingan politik dari agama. Politik tak boleh digaul dengan agama, nanti jadi macam Pas lah!
Mana aci Nik Aziz yang ber-title Mursyidul Am Pas SAHAJA boleh sound MUFTI dan Ahli Senior dalam Majlis Muzakarah Fatwa kebangsaan.
SOMBONG! BONGKAK! TAKABBUR! Si Nik Aziz sampaikan penjilat mereka anggap dia lebih lebih dalam Malaysia ni.
Penulis amat membenci penjilat Nik Aziz yang begitu taksub dengan kehebatan dan kewarakan Nik Aziz mereka ni padahal dia hanya tunjang kepada parti politik tak lebih dan tak kurang dari itu!
14.5.12
Tunku Aziz Melayu DAP keluar parti!
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Tunku Abdul Aziz hari ini mengumumkan keluar daripada parti DAP ekoran perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut.
Sumber : Sinar Harian
PEWARISMELAYU kata : Padan muka Tunku Aziz! Sebelum ni puji melangit sangat DAP tu. Sekarang dah kena batang hidung baru rasa! Hahaha
13.5.12
Bukti Pas pencacai DAP dalam Pakatan Rakyat
Kesian Pas..
Konon nak menaikkan Islam, sejak 20 tahun lalu Pas dapat tadbir Kerajaan Kelantan takdak nya pon nak buat hudud..
Hudud ni macam semboyan pilihanraya la. Bagi Pas, kena main DVD Hudud kalau dah nak dekat PRU. Baru rakyat rasa Pas ni macam Islam sikit. Dah puas berserban dan berjanggut kini kena la buat konon konon perlaksanaan Islam. Hakkk tuih!
Unit amal Pas masa Bersih 3.0 dah jadi UNIT ANAL Pas. Kena balun dek pencacai Al-Juburi. Pas masih lagi tak sedar diri ke...
Come on Pas, lebih lama berada dalam Pakatan lagi bungkuslah Pas untuk dapat undi Melayu!
12.5.12
Selamat ulangtahun UMNO ke 66!
Bangga, terusik dan berbesar hati apabila mendengar ucapan YAB Presiden UMNO, DS Najib Tun Abdul Razak semalam ketika perhimpunan maha mega raksasa UMNO di Stadium Bukit Jalil yang menghimpunkan 100 ribu lebih ahli UMNO dari seluruh Malaysia!
Ucapan beliau memberikan 1001 makna yang boleh dijadikan panduan kepada semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia.
66 tahun UMNO berkhidmat untuk rakyat Malaysia, 66 tahun UMNO menjadi ketua Barisan Nasional dan 66 tahun UMNO menjadikan Malaysia aman damai dan makmur.
Sesungguhnya, orang Melayu harus menyokong UMNO dan memastikan UMNO terus mentadbir Malaysia selepas PilihanRaya Umum ke 13 nanti!
Hidup UMNO, Hidup BN, Hidup DS Najib!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
8.5.12
Fatwa Haram Bersih 3.0 : Nik Aziz mempertikai Majlis Fatwa Kebangsaan!
Biasalah, bila ada isu dan perlaksanaan berkaitan dengan politik dan agama pastinya orang yang paling suci dan paling bagus di Tanah Melayu ni, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat, MURSYIDUL AM sebuah parti yang mempergunakan agama untuk politik dan juga Menteri Besar Kelantan sepanjang hayat akan mempertikaikan dan secara langsung merendah - rendahkan kenyataan fatwa tersebut.
Kenyataan terbaru dari Majlis Fatwa Kebangsaan :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.Secara kasarnya, bagi manusia yang mempunyai otak dan akal yang berfungsi pasti boleh faham akan kenyataan fatwa tersebut.
Hukum haram sesebuah demonstrasi dijatuhkan apabila demonstrasi itu diadakan dengan tujuan tidak baik (contohnya di Mesir dan negara arab yang menjatuhkan kerajaan pemerintah), melanggar undang - undang (kalau polis dah dapat perintah mahkamah untuk tidak benar berhimpun, bila kita tak ikut perintah mahkamah ia bermakna kita dah melanggar undang undang) serta mencetuskan huru - hara (Dah tahu mahkamah, Polis, DBKL tak bagi berhimpun dan dah kawal kawasan lalu kita rempuh juga sekatan, lalu polis tembak air dan pemedih mata, tak ke dah jadi huru hara. salah siapa)
Mari kita belajar, apakah itu fatwa dan dari mana fatwa boleh datang :
Anda dah faham dari mana fatwa diterbitkan. Okey.. Kenapa tiba - tiba Mursyidul am yang paling hebat, mulia, suci dan tak boleh disentuh ini mempertikaikan fatwa yang mengecam demonstrasi ganas Bersih 3.0 tempoh hari
Situasi Bersih 3.0 :
- Tujuan : Menuntut 8 perkara baru untuk memperbaiki sistem pilihanraya Malaysia
- Bersih tidak langgar undang - undang. Hanya hendak duduk di Dataran Merdeka sahaja.
- Mencetuskan huru - hara















