Pages - Menu

10.2.17

Mahkamah tolak hasrat Trump kuatkuasakan larangan perjalanan

WASHINGTON 10 Feb. - Mahkamah persekutuan rayuan Amerika Syarikat (AS), semalam menolak hasrat Presiden Donald Trump untuk menguatkuasakan semula sekatan sementara terhadap pela­rian dan pendatang Islam daripada tujuh buah negara untuk memasuki negara ini.

Sebanyak tiga panel hakim sebulat suara memutuskan pentadbiran Trump gagal mengemukakan sebarang bukti kebimbangan keselamatan negara mewajarkan larangan itu daripada dikuatkuasakan semula serta merta.

Trump nyata berang dengan keputusan itu dan dalam satu tweet beliau menegaskan akan mencabar keputusan itu. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan