Pages - Menu

20.11.17

GLOBAL : Mugabe enggan berundur, kejutkan rakyat


HARARE 20 Nov. - Presiden Robert Mugabe mengejutkan rakyat Zimbabwee semalam, apabila tidak menyatakan tentang peletakan jawatannya dalam satu ucapan televisyen sekali gus menafikan keputusan partinya, ZANU-PF yang terlebih dahulu memecat beliau dan ratusan ribu penunjuk perasaan yang meraikan kejatuhan pemimpin itu.

Menurut dua orang sumber dan seorang pegawai kanan kerajaan, Mugabe akan mengumumkan peletakan jawatannya kepada umum selepas parti beliau memecat presiden itu.

Bagaimanapun, dalam ucapan yang disiarkan dari pejabat Dewan Negara, Mugabe yang duduk bersama barisan jeneral mengakui kritikan daripada ZANU-PF, tentera dan rakyat namun beliau langsung tidak menyebut tentang kedudukannya dalam kerajaan. - REUTERS

Pewaris Melayu kata : Nasib baik "Mugabe Malaysia" letak jawatan lepas 22 tahun. Kemudian, ingatkan dah nak taubat, tapi nak ikut jejak langkah Mugabe jugak rupanya. Hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan