Pages - Menu
30.7.18
"Melayu Pendatang" - Saya minta maaf kata Kula Segaran
26.7.18
Sokong KJ untuk desak PH memungkiri janji manifesto PRU14!
25.7.18
Kaum Cina Boleh Bersatu, Mengapa Melayu Tidak Boleh?
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Umum mengetahui dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, sekurang-kurangnya 95% kaum Cina mengundi Pakatan Harapan (PH). Mereka akan memilih mana-mana calon yang mewakili PH sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain. Corak pengundian kaum Cina ini di seluruh negara hampir sama, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Begitu juga corak pengundian mereka tidak dibezakan sama ada seseorang itu Buddha, Taoism dan Kristian. Malah yang lebih menarik, diyakini ahli-ahli MCA dan GERAKAN turut mengundi PH sekaligus menyebabkan parti yang mereka anggotai kalah teruk. Demikianlah kesatuan kaum Cina untuk mencorakkan politik Malaysia mengikut hasrat yang mereka kehendaki.
Kaum Cina menyedari, komposisi mereka yang tidak sampai 30% tidak memberi apa-apa kesan kepada corak politik Malaysia sekiranya mereka tidak bersatu. Taburan demografi mereka pula tidak sekata, tertumpu di kawasan-kawasan tertentu khususnya di Kawasan bandar dan Pantai Barat Semenanjung. Kerusi-kerusi parlimen yang bermajoriti kaum Cina adalah sekitar 33 kerusi, begitu jauh untuk mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Manakala di kerusi-kerusi marginal yang jumlah kaum mereka agak tinggi juga, sekiranya undi mereka berpecah kepada DAP dan MCA atau GERAKAN, berkemungkinan kerusi ini terlepas kepada calon kaum lain. Oleh sebab itu, kesatuan adalah formula yang tidak boleh dielak.
Adalah diyakini, kaum Cina mempunyai mekanisme tersendiri untuk memastikan pada setiap kali PRU, mereka bersatu untuk mengundi mengikut corak tertentu. Dengan mekanisme itu, pengundi-pengundi dari kalangan kaum Cina tahu parti mana yang mereka perlu pilih sama ada DAP atau MCA atau GERAKAN. Mereka juga tahu sama ada untuk memilih Barisan Nasional (BN) atau PH atau PAS (GAGASAN SEJAHTERA). Pada PRU10 tahun 1999 dan PRU11 tahun 2004, mereka bersatu mengundi BN. Kemudian pada PRU12 tahun 2008 dan PRU13 tahun 2013, mereka bersatu pula menolak BN dan mengundi pembangkang. Jarang sekali kita dapati, kaum Cina mengundi mengikut corak yang tidak sekata dalam PRU-PRU yang lepas.

Persoalannya, adakah sikap kaum Cina ini boleh dianggap rasis atau perkauman? Jawapannya terpulang kepada masing-masing, boleh jadi ada yang menganggapnya perkauman dan ada yang menganggapnya tidak. Sesetengah pihak menganggapnya rasis kerana mereka hanya mementingkan hasrat yang mereka mahu capai daripada kerajaan yang dipilih bukannya melihat kepada hasrat nasional. Manakala ada pihak yang lain menganggapnya bukan rasis, kerana memang menjadi sikap semulajadi kaum yang minoriti perlu bersatu untuk memastikan kepentingan mereka tetap terjamin. Dengan sebab itu, hampir mustahil kaum Cina akan mengundi calon Melayu di kawasan bermajoriti Cina seperti Bukit Bintang, Seputih dan lain-lain.
Situasi ini begitu berbeza dengan kaum Melayu-Muslim, sebarang seruan ke arah kesatuan akan dianggap rasis atau perkauman. Mana-mana tokoh atau pihak yang menyeru digembelingkan kesatuan umat Melayu akan terus dilabel rasis termasuk oleh segelintir Melayu-Muslim sendiri. Kecuali selepas Tragedi 13 Mei 1969, apabila PAS dan UMNO bersama membentuk BN sehingga tahun 1978, seruan ke arah kesatuan umat Melayu dianggap satu yang begitu perlu. Dengan kesatuan tersebut, maka agenda-agenda besar untuk kepentingan kaum Melayu-Muslim dapat dilaksana malah turut membantu mengharmonikan semua kaum. Mungkin hanya ketika situasi ini seruan ke arah kesatuan umat Melayu dilihat tidak rasis.
Di ambang PRU 14 yang lalu, secara umumnya melihat bahawa kaum Melayu-Muslim berpecah kepada empat golongan iaitu UMNO, PAS, PPBM dan PKR/PAN. Perpecahan itu dari satu sudut dianggap sebagai kelemahan kaum Melayu-Muslim sendiri yang tidak dapat menguruskan perbezaan, tetapi dari satu sudut yang lain mungkin juga strategi pihak-pihak tertentu yang melaksanakan amalan 'pecah dan perintah'. Berdasarkan keputusan PRU14, secara kasarnya boleh dianggarkan UMNO memiliki 42% sokongan kaum Melayu-Muslim, PAS pula memiliki 33%, PPBM memiliki 15% dan PKR/PAN memiliki 10%. Sekiranya sokongan yang dimiliki oleh UMNO dan PAS diselaraskan berkemungkinan situasi pasca PRU14 adalah berbeza.

Sebelum PRU14, usaha-usaha awal cuba dilakukan untuk menarik PPBM untuk tidak pergi kepada PH, sebaliknya bersama dengan PAS dan IKATAN dalam GAGASAN SEJAHTERA (GAGASAN). Sekiranya usaha ini berjaya, diyakini GAGASAN dapat mengimbangi kemenangan BN dan sekaligus menyekat kemaraan DAP yang umum mengetahui mendominasikan PH. Dengan jumlah sokongan pengundi Melayu-Muslim yang dimiliki oleh PAS dan PPBM iaitu sekitar 48% (33% + 15%), besar kemungkinan keputusan PRU14 yang dilihat baru-baru ini tidak akan berlaku. Bagaimanapun, usaha-usaha itu gagal sehingga menyebabkan situasi politik tidak menentu berlaku pada ketika ini.
Sekiranya sebelum PRU14 berlaku persefahaman (bukan penggabungan) atau electoral pack antara UMNO dan PAS, diyakini situasi politik tidak menentu pada hari ini juga tidak akan berlaku. Persefahaman kedua-dua parti Melayu-Muslim terbesar ini akan mengumpulkan tidak kurang 75% sokongan kaum Melayu-Muslim. Melalui persefahaman ini, UMNO dan PAS tidak perlu bergabung malah terus bertanding antara satu sama lain. Apa yang perlu dilakukan, kedua-dua parti mengelakkan bertembung di sejumlah kerusi tertentu untuk mengelakkan PH menang. Sudah pasti persefahaman seperti ini adalah sebuah mimpi ngeri kepada PH justeru mereka terus menyerang usaha ini dengan pelbagai tohmahan.
Memang benar pandangan banyak pihak, kesatuan umat Melayu adalah sesuatu yang cukup mahal untuk dicapai. Kesatuan itu hanya dirindui bila berlaku Peristiwa Penentangan Malayan Union atau insiden yang seumapamanya. Golongan yang cuba memupuk kesatuan umat Melayu akan dituduh dengan pelbagai tohmahan seperti rasis atau perkauman, tiada semangat negara bangsa, berada dalam tempurung, tidak terbuka dan sebagainya. Meskipun, Islam yang menjadi pegangan kaum Melayu-Muslim adalah sangat menekankan kesatuan berteraskan Ukhuwah Islamiyah, prinsip seumpama itu tidak memberi pengaruh melainkan bila kaum Melayu-Muslim memang merasa rindu dengan kesatuan itu.
Suasana Pasca-PRU 14 telah memperlihatkan siapa PH sebenarnya. Mereka bukan sahaja tidak menepati janji manifesto mereka kepada rakyat, tetapi sudah mula bertindak seperti anai-anai mahu meruntuhkan tiang-tiang seri pembinaan negara Malaysia. Usaha sudah mula dilakukan untuk meletakkan taraf kedudukan Islam di Malaysia sama dengan agama-agama lain. Desakan juga telah dicetuskan untuk mengganggu-gugat Institusi Raja. Kedudukan Bahasa Melayu pula sudah semakin diperkecilkan dalam urusan rasmi dan dasar pendidikan. Hak istimewa bumiputera semakin dicemburui apabila timbul suara-suara sumbang mempersoalkannya. Adakah perkembangan-perkembangan ini menggamit rindu kaum Melayu-Muslim bersatu?
Ketika persoalan ini berlegar, berlaku Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Kandis. DUN ini mempunyai hampir 73% pengundi Melayu-Muslim, iaitu ini komposisi yang signifikan untuk melihat adakah situasi menggamit rindu ini sudah berlaku? Dalam konteks PRK ini, 'persefahaman' dilihat sudah berlaku, iaitu apabila PAS tidak bertanding. Tindakan seperti ini berkemungkinan dapat mengelakkan pengundi Melayu-Muslim agar tidak lagi menjadi mangsa amalan 'pecah dan perintah'. Sekarang terpulang kepada pengundi-pengundi Melayu-Muslim di Sungai Kandis. Merekalah yang yang sewajarnya menjawab soalan ini, jika pengundi Cina boleh bersatu, mengapa pengundi Melayu tidak boleh?
"Sila duduk dan jangan lari" - rupanya telah terjawab!
"Jika siapa-siapa ahli menarik perhatian Pengerusi mengatakan tidak cukupbilang, maka hendaklah dipanggil ahli-ahli di luar Dewan Mesyuarat seolah-olah memanggil ahli kerana hendak diadakan belahbahagian.
"Setelah dipanggil ahli-ahli itu, maka Tuan Yang Dipertua, selepas genap dua minit, hendaklah membilang berapa orang ahli-ahli dalam Majlis Mesyuarat; jika tidak cukupbilang juga maka hendaklah ditangguhkannya mesyuarat itu hingga hari mesyuarat yang kemudian dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat."
Azmin Dan Tun M Berbeza Pendapat Berapa Janji Manifestomato Telah Dicapati Dan Ditepati
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan salah seorang Menterinya, Azmin Ali (dari Kementerian mana tah, tak penting) berbeza pendapat mengenai janji manifestomato yang telah ditepati dan juga yang telah dicapati. Tonton video di bawah:
8 telah pun dilaksanakan2 dalam proses untuk pelaksanaan
Ini pula kenyataan Boss beliau, Tun Dr Mahathir:
2 telah mula dilaksana6 sedang ditunaikan2 belum mula langkah pelaksanaan
Kesimpulannya, satu Kerajaan. satu kabinet. Dua pendapat yang berbeza. Pening, mana satu yang betul?
PRK Sungai Kandis : Sayu bila dengar "rasa rindu" Warga Emas menatap wajah bekas PM DS Najib Razak
Pemimpin Barisan Nasional dan rakyat berpisah tiada.
* video turun padang mantan Presiden & Perdana Menteri ke Sg. Kandis
RETAK MENANTI BELAH : Majlis Penasihat "Mula Ditolak" Pemimpin PH?

24.7.18
How Can We Unite Malaysians When We Have These Separate School Systems?
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 65 DS @NajibRazak!
Bung Mokhtar ‘sekolahkan’ Maszlee
Wajib tunai janji manifesto
23.7.18
Manifesto HARAPAN... babi pun boleh terbang
Janji 100 Hari PH - Gaji minimum RM1,500 terus ditomatokan!!

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu sebaliknya berkata janji itu adalah untuk dikotakan dalam tempoh 5 tahun pentadbiran PH. Kata beliau, baca di sini,
Perlu diperjelaskan kepada rakyat bahawa janji itu bukan untuk tempoh 100 hari tapi 5 tahun dan apabila menjelang berakhirnya penggal, baru kita dapat fikirkan cara perlaksanaannya. Buat masa ini kadar gaji minimum ini telahpun bermula dan akan dikaji semula setiap 2 tahun.
Kedua, gaji minimum RM1,500 PH juga terdapat di dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2018. Dengan siapa Mahfuz mahu berbohong? Hello Sirul, hello Sirul, hello. Helloooooo ....



Sumber : http://khairulryezal.blogspot.com/2018/07/janji-100-hari-untuk-gaji-minima-rm1500.html#hTdVV0LX1tjUKVlS.99
21.7.18
Rakyat Malaysia Terbaik! Jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia RM155 juta, tapi apa kerjaaan dah buat?
20.7.18
(Video)”Sah! SST ada impak harga barang naik!” Guan Eng vs Mat Maslan.

“Tentang impak, kita tidak akan nafikan. Kita bukan macam Barisan Nasional yang mengatakan GST akan menyebabkan harga barang akan turun. Kita tak nafikan hakikat yang sebenarnya berlaku… saya tak sebut nama pun. Kita tak nafikan ada impak. Tentu ada kesan ( pada kenaikan harga). Tetapi.. yang penting adalah impak daripada SST adalah lebih kurang daripada GST…GST kita kutip RM44 billion, SST kita kutip RM21billion, jadi impak (kenaikan harga) ada, tetapi mestilah separuh daripada rakyat menderita bawah GST.” – Lim Guan Eng.

“Yang penting.. bahawa kita tidak nafikan ada masalah dari penguatkuasaan. Ada masalah dari segi ketirisan. Di mana pihak pengilang akan cuba cari loopholes.. Saya telah meminta pihak kastam supaya memastikan loopholes ini dapat diatasi…” – Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng kemudian mengatakan GST mempunyai pelbagai peringkat yang membawa kepada harga meningkat, manakala SST cuma hanya ada satu peringkat.“Kita tak nafikan hakikat yang mana lebih telus, GST lebih telus. Tetapi bila kita sebut GST lebih telus maknanya ia boleh kutip lebih banyak cukai dan meluas dan memberikan kesan ke atas rakyat. Sedangkan SST tidak efisyen seperti GST, tetapi kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir rakyat biasa.. itulah yang kurang kena ke atas mereka.” – Lim Guan Eng
“Kita kena lihat kos kepada pengguna, stage berperingkat satu sahaja untuk SST. Tetapi untuk GST pelbagai peringkat. Dan itulah sebabbnya harga tidak akan turun, harga akan naik”-Lim Guan Eng.

“Itu yang saya sebut tadi. Ya betul. Boleh claim balik. Tetapi mereka tak dapat refund. – Lim Guan Eng.
“Tidak dapat refund itu sebab mereka tipu refund!” -Ahmad Maslan.
Saya tanya @guanenglim di #DewanRakyat sesi #MQT 19/7/18 yg beliau selalu sebut ttg ketelusan; tetapi #SST cukai yg tidak telus, ambil cukai, rakyat tak tahu, tiada dlm resit, tersembunyi dlm harga. Beliau akui SST mmg tak telus tapi tetap akan laksana. Cakap tak serupa bikin..!
Saya sebut dlm #MQT 19/7/18 di #DewanRakyat, bertanya kpd #MOF @guanenglim bahawa #KPDNKK telah menjawab di Dwn Rakyat pada Okt 2017 soalan MP #PAS bahawa benar #GST telah menurunkan harga 223 jenis barang. Dlm Dwn Rakyat (& di mana jua) tak boleh berbohong / mengelirukan Dewan.
“Kos sara hidup ni kan, bukan hanya melibatkan makanan. Dia melibatkan (kos) perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, kesihatan. Dia ada sekurang-kurangnya enam bahagian yang sebenarnya melonjakkan kos kehidupan. Yang kita cakap tadi (mengenai) SST, GST tadi baru satu bahagian” – Dato’ Saifuddin Nasution


“Setakat yang saya tahu, (cukai SST dikenakan) 10 % jika anda membuat pembelian. Jika anda tidak membeli, anda tidak bayar (cukai SST). Manakala GST adalah cukai nilai tambah, sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat.” – Tun Dr Mahathir
















