Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-dan-syiah-berpisah-tiada.html#GpRYwJFE3j0kZGIw.99
Pages - Menu
27.8.18
Mat Sabu Dan Syiah Berpisah Tiada
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/08/mat-sabu-dan-syiah-berpisah-tiada.html#GpRYwJFE3j0kZGIw.99
BR1M diberhentikan sebab ia satu bentuk rasuah - Tun M
Tiada anugerah darjah kebesaran dari YDP Agong untuk tahun ini
Raja Arab Saudi kesal dengan tindak-tanduk kerajaan PH
Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia
23.8.18
ECRL Batal : Keputusan Tepat Tun M?
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah membuat perkiraan politik yang tepat apabila dengan berani dan bersahaja membatalkan projek ini, dalam pandangan politik beliau tidak rugi apa- apa dari segi sokongan, 3 negeri majoriti orang Melayu ini bukanlah negeri yang menyokong Pakatan Harapan (PH) terutama Kelantan dan Terengganu yang tidak ada satu pun kerusi Dun atau Parlimen yang dimenangi oleh PH dan Pahang pula negeri dikuasai oleh BN, maka buatlah rusuhan dan marah macam mana sekalipun oleh rakyat 3 negeri ini ia tidak langsung menjejaskan kuasa kerajaan pusat PH. Jika diteruskan projek ECRL ini kerajaan pusat PH hanya dilihat kurang cerdik bukan sahaja membazirkan perbelanjaan tetapi memberi kelebihan kepada imej kerajaan lalu dan akan dilihat memperakui jasa BN. lebih baik jika belanjawan tersebut diberi kepada kawasan – kawasan yang dimenangi oleh PH. Kelantan juga Terengganu telah merasai episod penderaan yang lama kerana tidak memihak kepada Persekutuan.
Dari segi ekonomi pula ECRL didakwa tidak memberi pulangan yang setimpal kepada negara, Jika ini diambil kira bolehlah kita perkirakan juga landasan Keretapi Tanah Melayu atau KTM yang menghubungkan Kota Bharu- Gemas- Kuala Lumpur juga tidak memberi manfaat kepada ekonomi dan perlu dihentikan, Keretapi yang dibina pada zaman British tersebut bolehlah diibaratkan tidak memberi kebaikan kepada ekonomi Tanah Melayu waktu itu, dan British membuat satu projek yang bodoh serta sia- sia, terlebih bodoh lagi KTM itu turut memberi peluang kepada rakyat di pedalaman sebagai pengangkutan awam. Pemikiran bagaimanakah Tun Dr Mahathir ini, tidak adakah di sudut benak fikirannya suatu projek untuk kemudahan rakyat, kemudahan yang kadangkala tidak terlalu melihat kepada keuntungan negara semata tetapi lihatlah kepada keperluan rakyat, pemimpin yang bertanggungjawab dan menjiwai kesusuhan rakyat akan rela berhabisan sumber negara, membuat pinjaman yang besar dari luar semata- mata untuk menyenang kehidupan dan membanggakan rakyat luar bandar, bukan seperti Perdana Menteri ke 4 yang setiap projeknya memikirkan keuntungan kepada negara dan kroni negara seperti lebuhraya yang hendak dibina mesti bertol, Projek mega negara mesti diusahakan melalui pihak ketiga, penswastaan terpilih GLC juga perlu berjaya biarpun sebenarnya menyusutkan perolehan. Apa gunanya menjadi rakyat negara kaya jika seumpama mendapat ayah yang kukuh ekonomi tetapi anak terbiar tidak cukup makan.
Kata Tiong Lai yang merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia, termasuk menteri-menteri Kabinet lain yang mengiringi Najib dalam lawatan empat hari ke China "Projek kereta api ini akan membawa kepada banyak pembangunan ekonomi ke Pantai Timur (semenanjung).
Ia boleh mencungkil banyak potensi," China juga telah berjanji untuk memindahkan teknologi kereta api ke Malaysia, dan ini akan membantu Malaysia dalam membangunkan sistem rel, satu cara yang memberikan manfaat kepada pengangkutan awam. "Akan ada banyak aktiviti ekonomi … Malah, kita kini menikmati hasil hubungan erat dua hala yang dibina oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak." "Kita adalah sebuah negara yang kecil tetapi China memberikan kita banyak bantuan dan sokongan. Ini adalah baik untuk rakyat Malaysia. "Lawatan ini akan menyaksikan banyak 'kali pertama' antara Malaysia dan China. Kami akan menandatangani 16 MoU G2G dan lebih daripada 15 Mou perniagaan-ke-perniagaan."
1. Kos Terlalu Tinggi
Pihak yang menyatakan kos terlalu tinggi adalah kerajaan baru PH bukannya kerajaan lama BN. Kalaupun benar kos terlalu tinggi mengapa kerajaan lama BN mampu untuk melaksanakanya dengan mendakwa kos keseluruhannya adalah RM55 billion. tetapi Kerajaan PH mendakwa kos adalah RM81 Billion, kerajaan mana yang terlalu mahal ? Katakanlah kos pebinaan adalah seperti diumum oleh kerajaan baru tetapi mengapa perlu dibatalkan projek rakyat ini dan sanggup membayar pampasan RM20 Billion kepada China untuk benda yang sikit pun tidak ada hasil. Tetapi Tun Mahathir tidak teragak- agak telah mengistihar RM30Billion untuk Projek Bandar Baru di Parlimennya Langkawi, bolehkah dikatakan bahawa sudah RM50 billion bajet ECRL telah dirompak
2. Wang Dibayar Tanpa Mengambil kira kemajuan Projek
Ini satu lagi situasi yang pelik, Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa projek akan selesai pada 2024, maka pembayaran secara harian, pembayaran ikut kemajuan projek atau berkala masih tetap dalam bajet asal RM55 Billion dan ia sudah dimaklumkan juga di Parlimen. Untuk bayaran, sebenarnya Kerajaan belum keluarkan belanja dan ia sebagaimana kebiasaan projek- projek yang dilaksanakan bersama pihak bank sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan pada waktu itu "Setakat yang saya tahu, ini adalah tawaran terbesar tunggal yang Malaysia akan tandatangani dengan China," kata Tiong Lai, yang telah bekerja keras untuk mendapatkan pelaburan dari China bagi pelabuhan, penerbangan dan kereta api sejak beliau mengambil alih portfolio pengangkutan pada Jun 2014. Dalam syarat-syarat pinjaman mudah yang akan diberikan oleh EXIM Bank China, Tiong Lai berkata kadarnya sangat kompetitif dan pembayaran balik adalah lebih 20 tahun. "Dan dalam tempoh tujuh tahun pertama Malaysia tidak perlu membayar apa-apa, faedah dan pembayaran balik".
3. Bahan dan pekerja adalah dari China Rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat
Matlamat asal pembinaan ECRL adalah untuk kemudahan perniagaan, perhubungan juga pengangkutan kepada rakyat setelah siap pembinaanya pada 2024, itulah tujuan utama, disebabkan itu ia perlu kepada jangka masa siap yang pantas untuk dinikmati dan bukannya tertumpu kepada fasa pembinaan. Sekiranya fasa pembinaan diambil kira juga, dakwaan tersebuat amat tidak benar sama sekali kerana laporan pada 5 April 2018 menyatakan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyasarkan pengambilan 70% pekerja tempatan daripada jumlah tenaga kerja diperlukan manakala 30% lagi akan dipenuhi oleh tenaga kerja dari China dan negara Asia lain. Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengambil sejumlah 1,718 orang bagi tenaga kerja pembinaan. "Daripada jumlah itu, bilangan tenaga kerja dari China hanya 311 orang atau 18% daripada keseluruhan tenaga kerja pembinaan ECRL pada masa ini," MRL adalah pemilik projek ECRL, manakala China Communications Construction Company Ltd (CCCC) merupakan kontraktor utama projek tersebut. Jurucakap MRL berkata dianggarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan ditawarkan sepanjang tempoh pembinaan ECRL.
"Pihak kontraktor utama ECRL akan terus memberi keutamaan kepada penggunaan bahan-bahan binaan dari syarikat tempatan di Malaysia." "Bagaimanapun, beberapa mesin dan peralatan khas seperti mesin pengorek terowong, perlu dibawa masuk dari China dan dikendalikan oleh pakar untuk melancarkan kerja pembinaan terowong di lokasi tertentu," setakat Februari 2018, sebanyak 215 syarikat tempatan terlibat dalam pembinaan projek infra-rakyat ECRL, yang terdiri daripada 26 syarikat perunding, 99 syarikat pembekal dan 90 kontraktor tempatan. Dalam dakwaan ini kita mungkin jelas bahawa ECRL tidak membabitkan kroni atau pihak pihak yang berkepentingan dengan pemimpin dalam Kerajaan Malaysia Baru, sangat mudah untuk mentafsirkan alasan ini, yang pernah menjadi pemimpin atau penjawat tinggi akan cenderung membatalkan projek yang dia atau orang disisinya tidak mendapat hasil, yang jelasnya Tun Daim Zainuddin masih berkata ECRL boleh dilaksana oleh pihak swasta.
Perdana Menteri Tun Dr mahathir adalah sangat pakar dalam meraih kepercayaan rakyat tetapi beliau perlu ingat bahawa rakyat pantai Timur terutama Kelantan tidak pernah mampu dijinak olehnya.
Sambutan 'Istimewa' Lawatan Rasmi Mahathir Ke China
Sesuatu yang menghairankan adalah selama 22 tahun sebagai PM pada kali pertama dan kini 100 hari sebagai PM kali kedua, mustahil Tun Dr Mahathir tidak tahu perkara utama dalam hubungan dengan China adalah MENJAGA AIRMUKA ATAU "FACE" itu sangat penting.
Bukan China yg mula atau kuat lakukan tapi Mahathir yg dari ketika kempen pilihanraya dan lebih jelas bila berkuasa tidak henti menuduh, membuat andaian dan jatuhkan airmuka China.
Maka reaksi yg China beri kepada Mahathir dalam lawatan rasmi yg mana sebelum bertolak masih terus jatuhkan airmuka China tentu telah dijangka.
Ada yg komen, kononnya bila kerajaan China buat kawad hormat dalam dewan seolah2 mcm gambaran @ sindiran pd Malaysia ttg kemarahan kerajaan China pd dasar2 luar kerajaan Malaysia yg baru bawah Tun Dr. Mahathir...
Rasanya tak payah lah kita buat mcm2 persepsi yg kita sendiri tak tahu protokol sambutan dan lawatan pemimpin utama dunia ke sesebuah negara...
Sebab bagi kita, asalkan ada sambutan secara rasmi, kira ok lah, tutup kes...
Kita sangka baik lah sbb takkan satu kuasa besar tak tahu cara nak hormat pemimpin otai macam Mahathir, dua kali jadi PM tu, betul x derrr...
Biar Gambar Berbicara
Tapi nie per kes nie...
Senyumlah sikit...
Muka mcm tak puas hati jer...
Oohhh... patutler......
Faham tak apa perbezaan gambar 1 dengan gambar 2...
Masa lawatan mantan PM Malaysia, DS Najib, Presiden China, Xi Jinping sendiri hadir dalam upacara sambutan rasmi kedatangan DS Najib...
Tapi bila Mahathir yg datang, Presiden Xi Jinping cuma hantar PM China, Li Keqiang dalam upacara sambutan rasmi negara...
Mungkin Mahathir jangkakan yang hadir dalam majlis sambutan rasmi ialah Presiden Xi Jinpeng sendiri sama mcm lawatan Najib ke China dulu...
Sidang Akhbar Yang Menjatuhkan Maruah Malaysia Bukan Saja Di China Malah Di Mata Dunia
"Saya bukan bertanyakan anda satu soalan tetapi jika anda ingat perbualan kita untuk mendapat Konsensus Perdagangan Bebas adalah konsisten, kita akan hentikan sidang media kita sekarang" ~ PM China Li Keqiang...
Macam yg kita cakap, tak payahlah kita ulas cara mendalam ttg protokol sambutan pemimpin luar sesebuah negara...
Tapi bila seseorang memalingkan muka atau tiba2 tak nak dengar apa yang kita nak cakapkan, dah cukup mengaibkan kita apa lagi bila ianya berlaku dalam sidang media rasmi oleh 2 pemimpin dari 2 negara yang dapat liputan media antarabangsa!!!
Malu derrr, bila PM kita di katakan tak faham beza antara soalan dgn perbualan...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Pemimpin Punya Mulut Ketegangan Bermula
"Negara kaya tidak seharusnya menjajah (dalam bentuk perdagangan) negara miskin kerana keupayaan (dalam perdagangan) yang berbeza (antara negara kaya dan miskin)" ~ Mahathir...
Kata2 Mahathir jelas tak menyenangkan Li Keqiang...
Secara tiba2 Li Keqiang tamatkan sidang media, salam Mahathir dengan senyuman menyindir dan terus pergi hingga membuatkan semua terpinga2...
Mungkin Mahathir lupa bahawa dia berhadapan dengan Perdana Menteri China dan bukannya ahli parlimen dari Barisan Nasional...
Dan Republik Rakyat China pada masa kini merupakan kuasa ekonomi terbesar dengan pasaran yang amat luas...
Jangan kata dari segi perdagangan komoditi, dari segi perfileman sekalipun, kuasa besar Hollywood terpaksa tunduk pada pasaran China...
Nie lagi satu hal...
Cakap berbelit2, tak tahu ler sama ada saja nak cover malu sbb lawatan Mahathir ke China bukan jer x mendatangkan apa2 hasil tapi buat China marah kat Malaysia atau sebab tak nak wartawan tanya isu Li Keqiang tinggalkan Mahathir terkulat2 dlm sidang media...
Mahathir masa berucap kat Forum Pemimpin Kelab Usahawan China di Beijing mendakwa kerajaan BN sebelum ini korup dalam menerima kemasukan pelabur atau syarikat dari China...
"Terdapat kes di mana pelabur di minta memberi 30 peratus saham kepada sesetengah orang"...
"Itulah sebabnya berlaku kelewatan kerana orang tertentu cuba mendapatkan wang daripada pelabur" kata Mahathir...
Balik ke sini plot dah bertukar...
Mungkin sbb pelabur China dah sergah Mahathir dgn mengatakan mereka tak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian...
Jadi masa bercakap dalam sidang akhbar sekembali dari China Mahathir pusing cerita dgn katakan ada ahli perniagaan Cina (Malaysia) lah pulak yg mengadu pada dia tentang permintaan rasuah 30 peratus saham dari individu tertentu dalam kerajaan lama...
Masa dekat China Mahathir kata orang kerajaan dulu minta 30% dari pelabur asing tapi bila balik Malaysia pula cakap pegawai kerajaan yang dulu minta dari peniaga Cina tempatan pulak!!!
Sudah tukarkah...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Bila di tanya apakah akan di lakukan siasatan???
Beliau menyatakan 'tidak' kerana tiada bukti dan hanya dengar cakap!!!
Mahathir juga mendakwa ahli perniagaan hanya berminat mengadu kepada beliau tetapi tidak mahu melalui proses siasatan SPRM yang menyukarkan...
Tak mungkin Mahathir tak tahu bahawa di bawah Akta SPRM kegagalan melaporkan perbuatan meminta rasuah adalah satu kesalahan berat dan boleh di hukum penjara...
Ini merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri...
Beliau memalukan pentadbiran kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa walau tanpa sebarang bukti...
Paling memalukan sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir tak boleh nak bezakan antara cakap kedai kopi dengan bercakap dalam sidang akhbar dan dialog antarabangsa...






























