Pages - Menu
28.1.19
Ahli Pas menangis, sebak undi BN
LIPIS 27 Jan. - Keputusan ahli-ahli Pas mengundi calon Barisan Nasional (BN) merupakan satu pengorbanan besar apabila ada antara mereka yang menangis dan sebak selepas nekad untuk mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.
Ahli Jawatankuasa Pas Cameron Highlands, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, demi taat kepada pemimpin dan demi penyatuan Islam mereka tetap melangkah mengundi BN dengan perasaan bercampur sedih dan terharu.
Ramuan lengkap termasuk kerjasama Pas faktor menang
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Parlimen Cameron Highlands melakar sejarah baharu buat Barisan Nasional (BN) apabila menyaksikan hasil kerjasama antara UMNO dan Pas menyaksikan BN bukan sahaja mempertahankan Parlimen itu tetapi meningkatkan majoriti sehingga lima kali ganda berbanding yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
27.1.19
Pas, Najib, calon faktor kemenangan BN
Calon BN, Ramli Mohd. Nor memperoleh 12,038 undi manakala calon Pakatan Harapan, M. Manogaran pula menerima 8,800 undi.
Calon Bebas iaitu Wong See Yee dan Sallehudinn Ab. Talib masing-masing mendapat 276 dan 314 undi.
Kemenangan pertama BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu itu disokong banyak faktor yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang dua minggu berkempen.
Kerjasama erat di antara UMNO dan Pas nampaknya ‘membuahkan hasil’ lumayan khususnya menarik undi orang Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.
Angka tidak rasmi undian menunjukkan calon BN mendapat majoriti sebanyak 5,734 undi di 12 pusat pengundian di DUN Jelai.
26.1.19
'10 faktor BN menang' - Asyraf Wajdi
Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang dengan majoriti besar 3238 di PRK Cameron Highlands. Banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan ini, antaranya:
1. Calon yang berwibawa dari kalangan Orang Asli Kaum Semai dan anak tempatan memberikan kelebihan kepada Tuan Ramli Mohd Nor.
2. Sokongan yang tidak berbelah dan kerja kuat Pimpinan dan Jentera Pas yang bersungguh-sungguh memujuk lebih 2000 ahli tegar Pas terutamanya di Peti Undi Kg Keledek (BN tidak pernah menang peti undi ini), Peti Undi Bukit Kota dan Sungai Koyan 3.
Rasmi: BN menang Parlimen Cameron Highlands
(Utusan) CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.
Calon BN, Ramli Mohd. Nor meraih 12, 038 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran 8,800 undi.
Calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib 314 undi manakala Wong Seng Yee 276 undi.
23.1.19
Tentera siber DAP tumpas
Kuasa 'pembawang' lawan RBA - Utusan Online
Sejak kebelakangan ini beberapa hantaran yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun laman sosial beliau mendapat perhatian warganet.
Setiap hantaran Najib dalam status laman sosial miliknya itu menjadi perhatian malah ada yang mengira jumlah like mengikut minit malah mereka juga turut meminta like dalam ruangan komen Ahli Parlimen Pekan tersebut.
Ada juga segelintir warganet mengecam status Najib dan di sini dapat dilihat bagaimana warganet mengecam balik menggunakan akaun asal untuk membalas segala tuduhan tersebut.
Keadaan itu bukan perkara baharu. Warganet di negara ini akan mengecam mana-mana pihak jika didapati menyentuh tentang kedaulatan negara, agama, pemimpin kesayangan mereka serta kehidupan masyarakat semasa.
Ini boleh dilihat apabila satu hantaran dipercayai dari laman sosial Israel mengecam Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai ketegasan Malaysia tidak membenarkan atlet paralimpik mereka memasuki negara ini untuk menyertai kejohanan sukan di Sarawak, Julai ini.
Di sini boleh kita lihat bagaimana warganet negara ini mengecam tindakan laman sosial regim zionis itu sehingga terpaksa menutup atau menyekat IP dari Malaysia masuk ke ruangan komen mereka.
Itu belum masuk lagi mana-mana laman sosial yang akan 'diserang' jika menyentuh perkara tertentu.
Tindakan warganet terbabit begitu berbeza dengan Red Bean Army (RBA) yang menggunakan akaun media sosial palsu sebagai serangan di alam siber terhadap pentadbiran kerajaan terdahulu.
Kali ini tugas tersebut diambil alih oleh warganet yang lebih dikenali sebagai 'pembawang'. Mereka akan menyerang semula kumpulan RBA ini sehingga tidak mampu mematahkan hujah 'pembawang' terbabit.

Boleh dikatakan perang siber ini lebih menarik berbanding perang fizikal yang menggunakan senjata untuk menjatuhkan pihak musuh.
Namun di alam siber mereka hanya menggunakan papan kekunci untuk menangkis serangan dilakukan oleh RBA ini sehingga menggelarkan Persatuan Pembawang Online Malaysia (PPOM) bagi menangkis segala anasir jahat masuki ruangan media sosial.
Sumber : Utusan
Mohd. Fairuz Yusof




