Mana air FREE? YB Khalid, sila jawap!!

Apa yang dah berlaku kat Selangor nih, YB Khalid kata ada air free dekat selangor pada 1 Jun 2008, sekarang dah 5 Jun. mana janji janji manismu wahai YB Khalid? Mengikut laporan Malaysiakini tentang isu ini, YB Khalid mengatakan bahawa bekalan air percuma akan diberikan pada 1 Jun, tetapi SYABAS menafikan kenyataan tersebut.

Mana satu ni? Masa pilihanraya dulu kata hebat sangat! Ni nak turun, yang tu nak bagi? Ape ke hal nya nih? cakap tak serupa bikin.. bikin hot saja

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar cuba naikkan kemarahan rakyat ekoran isu kenaikan harga minyak

Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

Petikan SuaraKeadilan

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Harga bahan api: Rakyat diminta faham


PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) — Berkuatkuasa tengah malam Rabu harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

“Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

“Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008

Ulasan: Kira rahmat banyak dah apa yang kita dapat dari kerajaan, tak banyak, sikit pun cukuplah, kira membantu sedikit sebanyak kehidupan kita. Bagi orang yang banyak duit, kenaikan kadar petrol ini mungkin tidak menjejaskan mereka, tetapi bagi orang yang kurang mampu, ia sangat-sangat membebankan dan menjadikan ia salah satu faktor kehilangan duit gaji mereka selain duit bayaran tol.

3 Comments
Jom komen di Facebook!

Pakatan Rakyat haram Utusan/Mingguan Malaysia

Ya, itulah salah satu daripada taktik terbaru Pakatan Rakyat (PR) untuk membebaskan negeri mereka daripada kononnya fitnah dan segala bentuk kritikan yang ditulis didalam surat khabar tersebut. Kenyataan itu dikeluarkan berdasarkan rundingan PKR,PAS dan DAP yang dirunding semalam.

Bagusla kalau begitu, PR memang cakap tak serupa bikin, tambah-tambah bakal PM Malaysia(betul ke boleh jadi PM?) yang sebelum ini menaikkan api kemarahan dan isu tentang kebebasan media di Malaysia. Anwar juga turut menyarankan semua bloggers-bloggers bersatu menuntut kebebasan bersuara media, tetapi apa yang diputuskan oleh pemuafakatan PR yang bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan.

Kalau Utusan/Mingguan Malaysia diharamkan di negeri PR (yang kononnya membela rakyat), maknanya segala unsur-unsur media negeri itu tidak dapat berjalan lancar untuk menyalurkan informasi dan berita kepada rakyat.

Utusan/Mingguan Malaysia bukanya akhbar POLITIK semata-mata seperti akhbar media pembangkang, iaitu Harakah, Suara Keadilan dll yang mana memuatkan 100% isu dan cerita panas politik. Ia tidak langsung mengandungi info dan berita tentang semasa dan dunia. So, lihatlah perbezaan ketara pada kedua-dua akhbar ini.

P/s: cakap tak serupa bikin, kata mau dikritik tapi pulaukan pula!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .