Sikap Pemimpin UMNO

Sikap Pemimpin UMNO

Najib Razak bersalah atau tidak terserah kepada mahkamah. Memang 1MDB salah satu isu besar dalam pilihan raya lalu. Ia bukan pula bermakna semua tuduhan tersebut benar.

Cuma bila melihat pemimpin UMNO, bekas menteri dan wakil rakyat memilih untuk terus menghentam Najib Razak adalah sangat menyedihkan.

Ketika rakyat sedang mengkritik Bajet 2019 beberapa orang pemimpin UMNO termasuk penulis pojok Mingguan Malaysia memilih untuk terus melanyak Najib Razak.

Khabarnya penulis pojok Awang Selamat sekarang adalah seorang ahli politik UMNO, bukannya wartawan atau penulis seperti dahulu.

Demikianlah nilai persahabatan di kalangan pemimpin politik. Jika mereka boleh berbuat sedemikian kepada pemimpin dan sahabat mereka, apalah sangat nilai kita yang di bawah pada mata mereka.

Kita hanyalah kuda tunggangan sahaja.

  

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pandangan penulis tentang bekas Perdana Menteri, @NajibRazak



Sabtu lepas kita saksikan hebatnya aura bekas Perdana Menteri kita DS Najib Razak di majlis bertemu rakan maya. Dari 9 tahun yang lepas sehingga ke hari ini Najib dicemuh oleh orang ramai semenjak beliau menjadi Timabalan Perdana Menteri sampailah jatuh dari kerusi Perdana Menteri selepas kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 14 yang lepas.

Umum kita tahu Najib adalah seorang ahli politik yang baik, mewarisi ketokohan dan kempimpinan dari arwah Tun Razak, tapi imej beliau tercemar teruk 3-4 tahun ni dek serangan peribadi terutamanya daripada bekas boss beliau Tun Mahathir sejak tahun 2014 lagi.

Semua orang tahu apa cemuhan dan kritikan yang diterima oleh Najib setiap hari. Bukannya diri beliau je yang dicemuh tetapi isteri dan anak beranak pun sama dikritik saban hari. Takapalah, nak buat macam mana kalau dah adat bergelumang dalam politik ni. Satu keluarga kena terpalit. Adat politik Malaysia.

Kagum

Apa yang penulis kagum dengan semangat Najib adalah beliau tetap bersemangat untuk memperjuangkan hak rakyat dan konsisten dalam perjuangannya. Walaupun kena kritik sebagai pemimpin kejam, pemimpin zalim, korap dan pencuri, nada beliau tetap sama dan tak pernah berubah. Dalam majlis bersama rakan online beliau kata walaupun kena rendam kepala dalam air dia tetap dengan UMNO dan BN.

Kata-kata Najib yang terus setia dengan UMNO dapat reaksi daripada beberapa orang pemimpin UMNO yang tak "sefahaman" dengan Najib. Penulis tau, UMNO di ramai sangat pemimpin yang bermuka-muka, nak jadi hero dan pangkat bila ada jawatan je. Tapi bila UMNO dan BN dah tewas pada PRU14 haritu adakah mereka mengambil keputusan untuk bertanggungjawab akan kekalahan UMNO? Tidak!

Kenapa perlu menikus dengan kenyataan Najib atas kesetiannya kepada parti? Kenapa UMNO tak mahu menyahut semangat Najib dengan terus menerus mengeluarkan kenyataan menghentam kerajaan PH yang terang – terang flip flop dan menindas rakyat? Kenapa taka da pun satu kenyataan pedas daripada kepimpinan UMNO terhadap dasar-dasar kerajaan?

Ambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO

DS Hishammuddin adalah seorang pemimpin yang penulis sangat kagumi dan hormati kerana tak mempertahankan jawatan dalam Pemilihan UMNO 2018 kerana beliau bertanggungjawab akan kekalahan UMNO pada PRU yang lepas. Adakah pemimpin yang lantang mengkritik Najib mengambil langkah yang sama? Ada yang tak malu siap nak bertanding sebagai Presiden UMNO lagi tapi kalah dan melaungkan pelbagai perkataan , akar umbi terus dapat gambaran jelas yang beliau memang layak menjadi Presiden UMNO.

Sudahlah salahkan Najib, ambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO sebagai kekalahan sepasukan dan bukannya terus menerus salahkan Najib. Najib hanyalah nahkoda kapal UMNO yang dibarisi oleh awak-awak dan anak kapal UMNO yang bekerja mengikut arahan ketua kapal.

Pemimpin UMNO harus move on daripada terus menerus menyalahkan Najib. Tolonglah jangan gunakan Najib untuk modal naikkan kepercayaan rakyat kepada UMNO. UMNO takkan boleh berubah jika terus bersikap sebegini terhadap Najib.

Najib adalah bekas Presiden kita yang jatuh dek tohmahan dan fitnah pihak disebelah sana. Bantulah Najib, tolonglah Najib dikala beliau didalam kesempitan pertolongan daripada ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia. Majlis bersama rakan media tempoh hari memang dilihat menjadi salah satu bukti sokongan kuat rakyat terhadap Najib.

Pewaris Melayu 05-11-2018

 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

40 Ahli Parlimen UMNO lompat parti adalah mustahil - Ahmad Zahid



BUTTERWORTH 4 Nov. - UMNO menyifatkan adalah mustahil seramai 40 Ahli Parlimen parti itu akan keluar parti dan melompat menyertai Pakatan Harapan (PH) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan itu hanya bertujuan mewujudkan persepsi buruk terhadap parti itu dalam kalangan rakyat seterusnya melemahkan parti berkenaan.

Tegasnya, beliau berkeyakinan tinggi semua Ahli Parlimen UMNO yang ada ketika ini bersedia untuk terus bersama-sama parti itu serta Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kumpulan yang kuat.

"Memang benar kita menerima tekanan, banyak ugutan diberikan, siasatan juga dibuat, ada yang diheret (ke mahkamah) termasuk saya sendiri.

 "Tetapi saya mahu tegaskan, ugutlah, heretlah, saya tidak akan pernah takut dengan ugutan itu," katanya ketika berucap dalam perjumpaan bersama-sama ahli UMNO negeri ini di sini pagi tadi.

Dalam pada itu,  Ahmad Zahid turut mengingatkan supaya ahli UMNO tidak gentar dengan ugutan dan bertahan dengan serangan persepsi yang cuba menunjukkan kononnya riwayat UMNO akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang sudah wujud sejak 72 tahun lalu, putaran krisis dalam UMNO bukan perkara baharu dan meskipun pertama kali menjadi pembangkang, namun parti itu akan tetap bertahan dalam membela orang Melayu dan Islam.

Apatah lagi, kata beliau, rakyat kini sudah mula merasai keperitan selepas enam bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dab kembali mengharapkan UMNO membela nasib mereka seterusnya menjadi kerajaan semula. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Guan Eng akui janji tangguh PTPTN sukar dilaksana



KUALA LUMPUR 4 Nov. – Janji Pakatan Harapan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sukar dilaksanakan berikutan kedudukan fiskal negara.

Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng berkata, walaupun kerajaan dihujani kritikan selepas pengumuman baharu dibuat berhubung isu itu dalam Belanjawan 2019 baru-baru ini, namun kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

Keadaan itu katanya, ditambah lagi dengan situa­si apabila ahli perniagaan yang dikaitkan dengan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low telah 'mengambil' wang negara sehingga RM50 bilion.

"Saya terima kritikan ini, kita nak laksanakan (janji untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN), cuma (ia sukar dilakukan apabila) melihat kepada kedudukan fiskal negara.

"Apa saja boleh dilakukan kerajaan ketika ini? Kalau Jho Low tidak ambil RM50 bilion, sudah pasti ia boleh dilakukan, tapi apa boleh buat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran FundMyHome.com di Eco Majestic di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, mana-mana pemin­jam yang berpendapatan RM4,000 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik PTPTN.

Bagaimanapun, Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 Jumaat lalu mengumumkan bahawa peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih RM1,000 akan dikenakan potongan gaji berkadar antara dua hingga 15 peratus.

Dalam pada itu, beliau berkata, potongan mengikut kadar pendapatan dan tanggungan itu adalah penyelesai­an alternatif yang terpaksa dilaksanakan kerajaan bagi menjamin kesinambungan dana PTPTN.

"Sebab itu kita beri pilihan (potongan gaji) iaitu antara dua hingga 15 peratus," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .