Pulangkan Pingat Bukan Adat Melayu, Kata Menteri

(MMO) – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memulangkan pingat kebesaran Selangor dilihat sebagai satu penghinaan dan tidak menunjukkan budaya orang Melayu, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Pingat itu diberi, bukan dia yang minta. Kalau dia pulangkan nampak seperti satu penghinaan kepada individu yang memberinya.

"Itu bukan adat orang Melayu," kata timbalan menteri dalam negeri seperti dilapor The Star Online.

Bekas perdana menteri dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Khamis minggu lalu memulangkan pingat Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor susulan kritikannya terhadap masyarakat Bugis.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam himpunan pada 14 Oktober lalu mengkritik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'Bugis lanun'.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Saya boleh jadi PM sementara jika rakyat terdesak - Dr.M

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau boleh dicalonkan menjadi perdana menteri kerajaan sementara jika rakyat terdesak.

"Jika rakyat benar-benar terdesak dan tidak ada lagi orang lain (untuk jawatan itu), barangkali orang tua berusia 92 tahun ini boleh menjadi calon," kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

Bagaimanapun, pemukiman HARAPAN yang berlangsung dua minggu lalu tidak memutuskan sebarang kesimpulan mengenai calon PM kerajaan sementara.

"Mereka tidak mencalonkan saya lagi dan tidak ada keputusan dibuat semasa pemukiman itu," kata mantan perdana menteri itu.

Ketika pemukiman dua hari pada 1 dan 2 Disember lalu, HARAPAN berbincang dan memutuskan untuk melantik Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri kerajaan sementara.

Namun, PKR mendakwa ini bukanlah keputusan rasmi dan parti itu akan terus membincangkan perkara tersebut.

Sementara itu, Mahathir berkata yang beliau telah berjumpa dengan peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat, Kimberly Motley yang tiba di Malaysia semalam bagi mendesak kerajaan membebaskan anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telah berjumpa dengannya, saya setuju dan akan menyokongnya," kata Mahathir.

Ketua Setiausaha HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata, HARAPAN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Motley merancang untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Zahid: Pakatan Needs To Resolve DAP, PPBM Problems Before Registration

(MMO) – Pakatan Harapan (PH) needs to resolve issues with the DAP and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) before it can be approved as a formal coalition, Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said today.

The deputy prime minister said among the issues that the Opposition coalition needs to address includes the final report of the DAP's re-elected central executive committee and PPBM's amendment to its party constitution.

Ahmad Zahid said the Home Ministry has already ordered the Registrar of Societies (RoS) to let PH know of any necessary requirements they need to meet.

"PH must respect all rules which has been set. The application cannot be passed because a few issues among them have not been resolved.

"We have ordered the RoS to inform them on any rectification that needs to be done," he said at a press conference in Parliament today.

Home Ministry secretary-general Datuk Seri Alwi Ibrahim said the application will be expedited once the necessary terms are met by PH.

"We have our own laws and each party has their own constitution. They have to follow it. They have to follow their own constitution.

"The two things have to be immediately resolved so that we can take the next step in registration," he said.

Ahmad Zahid also stressed that there was nothing political about the application not being approved and the RoS will act "professionally" in all cases.

"This is an operational matter. RoS is under KDN but I do not involve myself in any of the suggestions made to accept or reject any application," he said, using the Malay initials for the Home Ministry.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

GLOBAL : Mugabe enggan berundur, kejutkan rakyat


HARARE 20 Nov. - Presiden Robert Mugabe mengejutkan rakyat Zimbabwee semalam, apabila tidak menyatakan tentang peletakan jawatannya dalam satu ucapan televisyen sekali gus menafikan keputusan partinya, ZANU-PF yang terlebih dahulu memecat beliau dan ratusan ribu penunjuk perasaan yang meraikan kejatuhan pemimpin itu.

Menurut dua orang sumber dan seorang pegawai kanan kerajaan, Mugabe akan mengumumkan peletakan jawatannya kepada umum selepas parti beliau memecat presiden itu.

Bagaimanapun, dalam ucapan yang disiarkan dari pejabat Dewan Negara, Mugabe yang duduk bersama barisan jeneral mengakui kritikan daripada ZANU-PF, tentera dan rakyat namun beliau langsung tidak menyebut tentang kedudukannya dalam kerajaan. - REUTERS

Pewaris Melayu kata : Nasib baik "Mugabe Malaysia" letak jawatan lepas 22 tahun. Kemudian, ingatkan dah nak taubat, tapi nak ikut jejak langkah Mugabe jugak rupanya. Hahaha

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .