Padan muka! Kerajaan Terengganu batal tajaan 6 pelajar!



KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.

“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.
“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik selesai menyempurnakan Penyerahan e-Book Tahun Empat Dun Wakaf Mempelam 2012 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, di sini, hari ini.

Jelas Ahmad lagi, beliau nyata kecewa dengan tindakan segelintir pelajar yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral itu hingga akhirnya merugikan diri sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

“Bila kita tanya mereka kata ada orang yang suruh pergi dan memakai baju itu (Bersih) dan ada antara mereka adalah pelajar tahun tiga yang mengambil kursus perubatan di universiti di sana (Mesir).

“Mereka tidak sedar kerajaan membelanjakan wang yang cukup besar untuk membiayai pembelajaran mereka supaya berjaya menamatkan pengajian dan mampu memberikan sumbangan kepada negara, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

Justeru katanya, tindakan tegas yang diambil kerajaan ke atas enam pelajar berkenaan seharusnya memberi pengajaran yang berguna kepada pelajar-pelajar lain agar tidak sesekali terlibat aktiviti yang boleh menjejaskan masa depan mereka nanti. - SinarHarian

Pewaris Melayu kata : Bila lagi PTPTN dsb nak tarik balik pinjaman bebudak yang turun demo. Come on! Come on!!

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

10 Responses to Padan muka! Kerajaan Terengganu batal tajaan 6 pelajar!

  1. salam, dan salam 1 Malaysia.ambe tak paham lah.. diorg ade buat kacau ke? klau bersih 2.0 kt Malaysia ni, bleh bg alasan buat kacau lalu lintas la, timbul kekecohan la, keganasan la mcm2 la. diorg pkai baju kuning, and sokong benda yang matlamat die nk pilihan raya bersih. klau diorg join bersih mse kt malaysia smpai timbul kekacauan tu, mmg la salah wlaupun matlamat baik mana pun. niat tak menghalalkan cara. tp klau niat halal, cara halal..i dont see anything wrong with that. that is my humble opinion. :)

    BalasPadam
  2. lu kena tgk syarat pmbiayaan tu.. lepas sign kena arr ikut penaja nyer syarat. bwk bendera negeri lg ar burukkn nama negeri.. taksub sangat sok dh ada duit sndiri baru la hang punya pasal nk sokong mana...

    BalasPadam
  3. Orang suruh belajar bukan suruh berdemo padan dengan muka....

    BalasPadam
  4. Kerajaan kasi duit suruh belajar. Bukannya nak bersyukur dengan pemberian tu, malah ditunjuk pulak semangat kental nak menentang kerajaan yang telah membantu dia belajar. Rasa kan, patut semua kerajaan BN tarik balik bantuan kpd budak2 yg menentang kerajaan. Sebab bila dah habes belajar nanti pon, dia orang akan terus menentang. Baru dia orang tahu langit tinggi rendah.

    BalasPadam
  5. ramai lagi yg lebih layak drpd budak2 ingus tuu....mcm tu ke perangai....tu belum jadi doktor lagi tuu....

    BalasPadam
  6. suruh ambabiga dan pasetan taja budak tuh plak.....x kan nak biarkan bebudak tu merempat kat sana..ni la masanya ambabiga & pasetan membalas budi mereka....

    BalasPadam
  7. Terbaeeeekkkk! Sepatutnya dah lama kerajaan buat macam tu... kerajaan hantar suruh belajar supaya selepas tamat pengajian dapat memperbaiki diri, membantu agama, bangsa dan negara tapi lain pulak yg dibuatnya. kalau nak buat apa yg kerajaan larang, guna duit mak bapak sendiri lah! Tapi, mak bapak pun boleh buat macam apa yg kerajaan buat kalau anak tak dengar ckp mak bapak, betul tak?

    BalasPadam
  8. Kalau mak bapak yg biaya sekali pun, anak pulak langgar syarat mak bapak, bila2 masa je boleh hentikan pembiayaan. Inikan pula kerajaan negeri. Yang tak sedar diri tu kenapa?
    Terbaeeeeekkkkk!!!!

    BalasPadam
  9. wohoooo....sokong sesangat!

    BalasPadam
  10. nak sangat,, ko blajar jela kat sane,, nk sibuk2 pehal lak.... kan nasi dah jadi bubu, bagi kucing mkn bubur,,, korang mkn pasir jela..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .