Sebagai seorang beragama Islam saya tertanya -tanya apa sudah jadi dengan golongan bijak pandai Agama dan Ulamak-Ulamak tersohor di dalam PAS?
Saya juga tertanya-tanya kemana hilangnya akal dan fikiran yang dikurniakan Allah kepada hamba-hambaNya yang menjadi ahli dan pengikut tegar PAS?
Sedih mengenangkan kehancuran Islam yang berlaku di negara tercinta ini semata mata mengejar kemewahan dan kuasa politik. Yang manakah lebih dipandang mulia disisi Allah, mengejar kuasa politik atau mencari keredhaan dan keberkatan Allah kerana menjaga kesucian agama Allah.
Isu hukum hudud ini bukanlah suatu isu yang boleh dianggap kecil atau remeh bagi masyarakat Islam di negara ini, Saya yakin setiap orang Islam di negara ini, tidak kira dari mana-mana parti politik sekalipun tidak akan menentang perlaksanaan hukum Allah selagi ianya bertunjangkan Al-quran dan Sunah Rasullulah s.a.w.
Kita menyokong perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud malah saya yakin ahli-ahli UMNO dan pengundi Islam yang lain akan turut mengundi PAS dalam Pilihanraya ke-13. Namum itu tidak akan berlaku kecuali PAS perlu memberikan penjelasan sebenar benarnya kepada rakyat mengeanai perkara berikut.
1. Siapa yang menjadi imam didalam Pakatan - PAS, DAP atau PKR. Setiap parti bercakap seolah-olah mereka berkuasa. Kenyataan yang dikeluarkan berkaitan polisi PAKATAN tidak seragam dan seringkali bercanggah. Contoh isu Pembahagian kerusi DUN dan Parlimen, isu Kalimah Allah dan perlaksanaan hukum hudud.
PAS kata akan laksana bila berkuasa, DAP pulak kata "over my dead body", PKR pula sehingga tidak terkata. Apa dah jadi? Jangan perjudikan hukum Allah semata-mata hendak meraih undi. Pada tanggapan umum, PKR dan DAP dilihat lebih menguasai PAKATAN.
2. Hukum hudud – Apakah itu hukum hudud? Penerangan mengenai hukum hudud kepada rakyat dinegara ini tidak pernah diberikan. Bagaimana rakyat hendak menilai hukum yang bakal dilaksanakan, baik kepada orang Islam dan bukan Islam. Adakah ia menepati kehendak hukum Agama Islam itu sendiri?
Jangan terlalu banyak bercakap mengenai nak melaksanakan hukum tetapi lupa terhadap keadilan yang dituntut oleh Islam. Masyarakat perlu diberikan penerangan sejelas-jelasnya mengenai perlaksanaan hukum hudud.
Bagi mereka yang menyalahkan Tun Dr Mahathir kerana menolak draf hudud yang dikemukakan oleh kerajaan Kelantan, silalah bertanya dengan beliau sendiri mengapa beliau menolak hudud versi PAS. Saya yakin Tun Dr Mahathir akan menjelaskannya walaupun telah berulang kali penjelasan diberikan diberikan beliau.
3. Dalam hendak mekasanakan hukum hudud yang dirancang, apakah bentuk keadilan kepada masyarakat di negara ini. Adakah akan ada satu atau lebih bentuk sistem keadilan? Satu untuk bukan Islam dan satu lagi khusus untuk orang Islam? Hukumannya adakah berbeza bagi orang islam dan bukan Islam?
4. Saya juga tertanya-tanya kenapa PAS beriya iya hendak bekerjasama dengan DAP. DAP, secara umum semua sedar, DAP tidak akan membenarkan hukum Islam dilaksanakan dinegara ini. Malah tidak mahu negara ini diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.
Kenapa PAS yang memperjuangkan dan mempertahankan syiar Islam dinegara ini sanggup bekerjasama dengan musuh Islam? Apakah rasional kerjasama ini? Bagi saya ini tidak lebih kepada mengejar kekuasaan politik.
Mustahil DAP akan bersama PAS dalam isu melaksanakan hukum hudud. Malah PKR juga dilihat tidak akan bersetuju. Sekiranya ini terjadi (yakni gagal melaksanakan hudud bersama PAKATAN) apa pula alasan PAS?
5. Penyatuan Ummah di Malaysia – Sekiranya kita ingin melihat kejayaan umat Islam dinegara ini, umat Islam perlu kembali bersatu. Hari ini umat Islam Malaysia telah berpecah diakibatkan ideologi politik yang berbeza.
Sedih sekali sehingga berlaku sembahyang dua imam, isteri diceraikan kerana ideologi politik berbeza, pengikut parti lain dikatakan kafir dan bermacam lagi. Hukum dan fatwa dijatuhkan sewenang wenangnya. Siapa pangkah bulan masuk syurga, siapa pangkah parti lain neraka.
Soalan saya, siapakah kita dan secara khususnya siapa orang PAS hendak menentukan seseorang itu kafir dan siapa masuk syurga dan neraka. ITU HAK ALLAH dan BUKAN hak hambaNya. Saya jahil dalam bab agama tetapi saya tidak akan sesekali menyesatkan orang lain dengan kata kata sedemikian.
Oleh itu saya merayu kepada semua orang Islam untuk kembali bersatu dibawah satu payung. Pimpinan tertinggi PAS dan UMNO perlu mencari jalan untuk menyatukan ummah. Orang Islam yang menganggotai dua parti politik yang terbesar (besar tapi dah tak kuat) di negara ini hendaklah menggesa dan mendesak agar pemimpin kedua-dua parti kembali ke meja rundingan. Ahli-ahli di peringkat akar umbi juga perlu kembali mengeratkan hubungan sesama mereka.
Janganlah kerana politik kita berpecah, ingatlah, kelak jika Islam di negara ini tergadai, anak cucu kita (belum lagi ALLAH) akan meletakkan kesalahan itu ditangan pemimpin hari ini. Kita akan dikatakan punca kejatuhan dan perpecahan. Kita akan diludah dan dikutuk oleh anak cucu kita sendiri kerana perbalahan yang merugikan bangsa dan agama.
Kembalilah orang Islam bersatu kerana Allah... Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui.
ikhlas daripada,
Mohamad Fazil Mohd Ariff
U/P *Saudara Fazil*
*Setakat beberapa tahun lepas ini, PAS yang kerap menunjukkan keangkuhan menolak saranan untuk mencari titik pertemuan dan seringkali meletakkan syarat-syarat 'dealbreaker' supaya penyatuan ummah itu tak tercapai.
Sumber : The Unspinners
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
SEtuju sgt2. Perlu ada persepakatan UMNO/PAS. Tp confirm golongan tertentu dlm PAS akan halang. Sbb ade proxy PKR dlm PAS. PAS perlu lakukn perubahan berani dari dalam parti. Bersihkan syiah dari dlm PAS. Bersihkn gologan yg cenderung kpd liberal. Baru PAS akan kembali menyerlah dan dihormati org.
BalasPadamPAS perlu jujur jika ingin melihat kesatuan Umat Islam Malaysia, selagi tidak jujur, selagi itu Daulat Islamiah tidak diturnkan kpd mereka..
BalasPadam