Kerajaan Melayu & Bumiputra BN Vs Kerajaan Cina Pakatan Rakyat DAP

Salam,

Sudah terang lagi bersuluh, keputusan PRU13 telah menunjukkan penyatuan orang Cina untuk mengubah kerajaan Persekutuan melalui DAP dan dalam masa yang sama, majoriti daripada etnik Melayu, Bumiputera dan juga minoriti daripada kaum India telah menyokong Barisan Nasional.

Apa yang penulis dapat simpulkan, komen peribadi penulis, kerajaan BN akan menjadi kerajaan Melayu-Bumiputra yang akan ditentang oleh pembangkang Cina diwakili oleh DAP.

Ramai diantara rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu kecewa akan keputusan PRU13 kali ini dengan menyaksikan Cina bersatu padu untuk menentang kerajaan persekutuan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO.

Platform yang mereka, menggunakan kesempatan perpecahan undi kaum Melayu kepada 3 puak iaitu UMNO, PKR dan Pas. Oleh kerana Melayu tidak sepakat, maka PKR dan Pas bekerjasama dengan DAP yang mahu mengawal pemerintahan Malaysia.

Kini, keputusan PRU13 akan menyebabkan wakil Cina dipihak kerajaan BN tidak mencukupi kerana majoriti daripada Cina Malaysia memilih untuk menjadikan wakilnya berada di pihak pembangkang.

Maka, terjadilah perlawanan berat sebelah antara kerajaan pusat dengan pembangkang.

Apa yang merisaukan penulis, ketidakstabilan ini akan menjadikan tempoh 5 tahun bermula 06.05.2013 lebih panas dari tempoh mandat PRU12.

Najib Razak tidak perlu lagi memberi makan anjing tersepit kelak akan digigit, penulis mohon akan kebijaksanaan Perdana Menteri memberikan perhatian kepada wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak untuk berada dalam kabinet beliau serta rancang program atau cara mendekatkan jurang kaum Bumiputra-Non Bumiputra di bumi Malaysia ini.

Kami sebagai penyokong kuat UMNO dan penyokong kerajaan tidak mahu sentimen kaum terus dinyalakan dan dimarakkan oleh DAP.

Ayuh, satukan Melayu-Islam tak kira apa pegangan parti sekalipun untuk bersatu untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Islam dinegara ini serta mendaulatkan Raja Raja Melayu sebagai tonggak pemerintahan ditanah Melayu ini.

Ayuh!!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

4 Responses to Kerajaan Melayu & Bumiputra BN Vs Kerajaan Cina Pakatan Rakyat DAP

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .