Dr. Mahathir sengaja guna isu perkauman

KOTA BHARU 17 Jan. - Bekas Naib Presiden UMNO, Senator Tan Sri Mohd. Ali Rustam menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini menggunakan isu perkauman semata-mata untuk meraih sokongan politik.


Beliau berkata, pandangan Dr. Mahathir yang mendakwa pelaburan dari China boleh melemahkan penguasaan politik tanahair adalah tidak berasas kerana kemasukan pelaburan asing berlaku sejak dahulu.


Katanya, bekas Perdana Menteri itu hanya mahu mencari pengaruh untuk meraih undi pilihan raya sebagaimana taktik DAP yang sering menggunakan isu perkauman.

"Saya lihat masa zaman Tun Mahathir dahulu pun banyak juga pelabur dari Singapura dan China datang ke Malaysia.


"Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, China menjadi semakin terbuka, mereka bukan sahaja melabur di negara kita bahkan di negara-negara Arab.

"Saya pergi negara Arab saya lihat banyak syarikat-syarikat China melabur di sana bahkan syarikat mereka membina bangunan-bangunan agensi kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas tindakan Dr. Mahathir yang mengkritik pelaburan China khususnya di negeri Johor sehingga menyebabkan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tersinggung. - UTUSAN ONLINE


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .