Rafizi Ramli Kaki Auta



(Malaysian Access) – Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terkenal dengan sikap membuat tuduhan tidak berasas dan gemar menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat. 

Beliau tidak kisah untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan walaupun tidak mengetahui dengan jelas fakta sesuatu perkara. 

Apa yang dilakukan Rafizi merupakan satu modus operadi standard yang digerakkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mengaburi mata dan pandangan rakyat. Apa yang dilakukan ini mempunyai matlamat jahat untuk menafikan segala kebaikan dan perancangan positif Kerajaan sedia ada kepada rakyat yang menerimanya.

Semalam kita diberikan khabar yang baik apabila Mahkamah memutuskan Rafizi dikenakan hukuman penjara 30 bulan atas kesalahan mendedahkan butiran perbankan sulit berkaitan Perbadanan Feedlot Kebangsaan (NFC). 

Apa yang dilakukan Rafizi jelas satu tindakan terdesak dan beliau menggunakan apa sahaja peluang yang ada tanpa mengira batas perundangan dan etika, apa yang penting matlamat memburukkan Kerajaan serta mengelirukan rakyat harus diutamakan. 

Tindakan seperti ini, khasnya apabila ia dilakukan oleh seseorang yang bergelar Ahli Parlimen amat sukar untuk diterima.

Sebenarnya selain daripada fitnah terhadap NFC, Rafizi juga terlibat dalam satu lagi tindakan jahat cuba memburuk-burukkan nama Tabung Haji apabila beliau membuat tohmahan negatif terhadap usaha pelaburan yang dilakukan oleh Tabung Haji. 

Amat malang apabila tohmahan dan fitnah Rafizi ini dipercayai oleh sesetengah penyimpan Tabung Haji yang kemudiannya bertindak mengeluarkan simpanan mereka sehingga menjejaskan pengumpulan wang untuk tujuan mengerjakan ibadah haji.

Kini Rafizi sedang berdepan dengan pertuduhan memburukkan Tabung Haji dan mahkamah wajar menjatuhkan hukuman setimpal terhadap beliau kerana fitnahnya terhadap Tabung Haji bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan. 

Ia bukan sahaja boleh merosakkan nama perbadanan simpanan ini, tetapi juga memberikan persepsi negatif terhadap penyimpan yang boleh bersangka kurang elok terhadap urusan Tabung Haji, walaupun pada hakikatnya segala urusan pelaburan yang dilaksanakan pihak Tabung Haji berjalan mengikut peraturan dan aturan kewangan yang jelas.

Kita dapat memahami daripada dua kes yang sedang dihadapi Rafizi ini, beliau tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk mempertahankan fakta, sebaliknya beliau hanya bergantung kepada cakap-cakap kosong dengan niat memfitnah dan memburukkan Kerajaan semata-mata. 

Rakyat sewajarnya menjadi matang di dalam menilai percakapan pemimpin seperti Rafizi ini yang sebenarnya hanya cuba mengambil kesempatan dan memburukkan keadaan. 

Fitnah terhadap Tabung Haji ini datang kerana sikap iri hati terhadap keupayaan Kerajaan menguruskan urusan haji dan simpanan rakyat dengan cekap dan berhati-hati.

Kita harus melihat orang seperti Rafizi didakwa dengan telus akibat kesalahan memfitnah dan Rafizi sewajarnya sedar bahawa setiap dakwaan harus datang dengan fakta dan bukan auta seperti yang cuba dilakukan Rafizi.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .