Anwar Ibrahim bebas!


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menurut Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, dalam satu kenyataan, berkata Anwar diberikan pembebasan serta merta.

"Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018.

"Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitah perkenan bahawa rayuan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta...," katanya.

Pewaris Melayu : Antara milestone yang sangat menarik dalam politik negara kita, terutamanya Pakatan Harapan. Adakah akan ada pertembungan Anwar - Mahathir? Kita tunggu dan lihat!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .