Pelantikan Shukri tidak patuhi manifesto Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR 18 Mei – Pelantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat tidak mematuhi manifesto Pakatan Harapan yang mahu pengisian jawatan itu diputuskan di Parlimen.

Exco Pemuda Pas, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, ini memandangkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parti pemerintah itu sendiri mahu sesiapa yang bakal dilantik dalam jawatan tersebut ditapis terlebih dahulu di peringkat Parlimen.

Beliau memandang berat perkara itu kerana Pakatan Harapan telah menyatakan komitmen untuk menambah baik SPRM serta memperkasakan tindakan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Malangnya, pelantikan itu dibuat tanpa dibawa ke Parlimen. Sebaliknya hanya dimaklumkan kepada media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM diisi oleh Mohd. Shukri ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. - UTUSAN ONLINE

Buku HARAPAN - Manifesto 

Promise 14 page 42 : Reform the Malaysian Anti-Corruption Commission
(MACC) and strengthen anti-corruption efforts

To ensure effective check and balance, the number of MACC Commissioners
will be increased and there will be a quota for civil society. One of the Commissioners will become Chairman of MACC, and all Commissioners will
have security of tenure. Appointment of these Commissioners must be
validated democratically by Parliament.



Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .