Sayangkan Pandan, bukan Wan Azizah



KUALA LUMPUR 2 Mei - Persekitaran Parlimen Pandan yang kotor dan tidak terurus dijangka berpanjangan sean-dainya pengundi kawasan itu lebih mengutamakan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Calon Parlimen Pandan dari Barisan Nasional (BN), Datuk Leong Kok Wee percaya, sebagai 'orang luar' yang gemar bertukar tempat bertanding, Wan Azizah mungkin tiada kesetiaan kepada sesuatu kawasan dan ini sekali gus me-rugikan pengundi Pandan.

Beliau memberi contoh sikap penyandang kerusi Parlimen itu, Rafizi Ramli (PKR) yang lebih banyak berinteraksi dengan rakyat menggunakan platform media sosial sehingga penduduk Pandan sendiri mendakwa sukar berjumpa dengannya.

Katanya, tanda-tanda awal Wan Azizah seperti tidak mempedulikan Pandan dapat diperhatikan apabila beliau sukar dikesan berada di kawasan Parlimen tersebut.

"Semasa berkempen, mereka menjanjikan bulan dan bintang. Namun sebaik sahaja menjadi ahli Parlimen, hari pertama sahaja sudah bercuti.

"Mereka ingat tugas sebagai ahli Parlimen hanya untuk berpekik dalam Parlimen sahaja. Sebenarnya lebih dari itu dan kerja utama adalah mengambil berat apa yang berlaku di kawasan Parlimen sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Kok Wee yang pernah menjadi guru tuisyen secara sukarela di Pandan bagi mengajar mata pelajaran Bahasa Mela-yu memberitahu, beliau lebih memahami masalah penduduk setempat walaupun ramai memperlekehkan dirinya dan BN.

"Saya kini berusia 49 tahun dan berkecimpung dalam politik di Pandan seawal usia 20-an. Hampir separuh hayat saya memperjuangkan nasib penduduk di sini," katanya.

Jika memenangi kerusi Parlimen Pandan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, katanya, BN mahu membina sebuah sekolah menengah agama Islam dan membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC) di kawasan itu.

Selain itu, beliau akan berusaha untuk menurunkan nilai premium tanah serta menjaga kebersihan Parlimen itu yang kotor dan semak kerana diabaikan oleh kerajaan PKR Selangor. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .