Kenapa Perlu Burukkan Pemimpin Terdahulu Hanya Mahu Kejar Kuasa?



Persaingan bagi merebut jawatan Presiden UMNO sudah semakin menuju ke kemuncaknya. Umum sedia maklum bahawa persaingan bagi merebut jawatan ini melibatkan tiga nama iaitu Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah, Khairy Jamaluddin dan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini adalah kali pertama sejak beberapa tahun, jawatan nombor satu parti dipertandingkan secara terbuka dan ini adalah pemilihan Presiden yang pertama dibuat selepas UMNO yang mengetuai Barisan Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu. Ianya disifatkan sebagai satu persaingan dan amalan demokrasi sebenar bagi parti keramat orang Melayu ini.

Namun begitu, sepanjang persaingan ini, apa yang diperhatikan dua daripada tiga calon ini menggunakan pendekatan yang dianggap ramai ahli UMNO sebagai tidak sesuai dan agak sedikit kurang ajar. Manakan tidak, kedua-dua calon ini dilihat cuba meletakkan kesalahan besar di bahu bekas Presiden UMNO, Datuk Seri MohdNajib Tun Abdul Razak bagi meraih sokongan ahli.

Lihat sahaja deretan kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin yang secara terang-terangan menunding jari kepada Datuk Seri Mohd Najib. Sukar untuk difahami, kenapa beliau sanggup melakukan perkara sedemikian rupa kerana selama ini, jawatan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO disokong penuh oleh bekas Presiden UMNO ini.

Malah, semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau diamanahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib menggerakkan aspirasi beliau iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Malah, beliau juga turut di beri amanah untuk menarik seberapa ramai golongan muda dan belia untuk menyokong kerajaan, satu amanah yang beliau sendiri gagal laksanakan sehingga menjadi penyumbang utama kekalahan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU ke 14 yang lalu. Adakah beliau lupa akan segala amanah dan kepercayaan yang pernah diberikan kepadanya?

Bagi Tan Sri Tengku Razaliegh pula, kemunculan semula beliau bagi merebut jawatan orang nombor satu di dalam UMNO ini telah mengalami sedikit kerosakan. Manakan tidak, sewaktu berucap dalam satu perhimpunan ahli UMNO di Pulau Pinang semalam,beliau secara terbuka meminta UMNO memohon maaf kepada rakyat atas apa yang berlaku termasuk kes-kes terbaru yang melanda bekas Presiden UMNO.

Persoalannya, adakah perlu UMNO meminta maaf setelah selama lebih 72 tahun, UMNO kekal komited mempertahankan dan memperjuangkan nasib agama Islam, orang Melayu dan tanahair tercinta ini? Apakah perlu UMNO meminta maaf setelah usaha perit jerih parti ini mempertahankan hak orang Melayu akhirnya di rosakkan sendiri oleh kaum Melayu itu sendiri?

Perlu ditekankan di sini, walau seburuk mana fitnah yang dilemparkan terhadap seorang lagi calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau tidak pernah walau sehari pun meninggalkan perjuangannya di dalam UMNO walaupun pernah ditahan di dalam Akta Dalam negeri (ISA) sekitar tahun 1990an.

Sebaliknya, Tan Sri Tengku Razaliegh pernah meninggalkan perjuangan UMNI hanya kerana tidak berpuas hati tewasnya beliau di tangan Tun Dr Mahathir sekitar tahun 1990an dan sekaligus membentuk sebuah parti, Semangat 46. Bukan satu rahsai abahawa Semangat 46 pernah menjalinkan kerjasama dengan PAS dan DAP bagi menumbangkan Barisan Nasional.

Malah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak pernah duduk semeja dengan musuh politik UMNO dan BN hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara. Tidak cukup dengan itu, beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan di Utusan Malaysia yang beliau tidak akan kembali kepangkuan UMNO walaupun dipujuk oleh ahli UMNO itu sendiri.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sendiri dalam kempen beliau kerap kali menyeru ahli UMNO kembali kelandasan sebenar perjuangan dan mengajak semua ahli UMNO kembali bersatu. Tidak pula terzahir sebarang kenyataan yang mana beliau mengutuk, mengeji dan memperlekehkan bekas Presiden UMNO mahupun dua lawan beliau.

Beliau lebih berminat memperkasakan semula UMNO setelah mengalami kekalahan. Paling utama,namanya langsung tidak pernah dilobi oleh mana-mana pemimpin utama Pakatan Harapan seperti mana yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir terhadap Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan yang meminta ahli UMNO menolak namaDatuk Seri Dr Ahmaz Zahid.

Detik 30 Jun ini semakin menghampiri. Pada detik inilah menjadi titik dan saat penentu ahli UMNO yang mempunyai kuasa memilih, memilih seorang Presiden UMNO yang diakui sebagai seorang pemimpin yang benar-benar mempunyai jiwa UMNO yang kental serta masih tau menghormatibekas Presiden UMNO sebelum ini.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Kenapa Perlu Burukkan Pemimpin Terdahulu Hanya Mahu Kejar Kuasa?

  1. KJ memang tak guna nak buka keahlian pd semuan bangsa.

    Zahir sekutu Najib yg sudah tentu memberi impak negatif pd rakyat.

    Pilihan yg ada cuma Ku Li, wpun kurang manis tapi jauh lebih baik dari calon di atas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku sokong kau tarantula..!

      Meminta maaf kepada melayu dan rakyat bukan bererti umno mengalah.. tetapi itu menunjukkan keikhlasan Ku Li dan umno khususnya utk berubah..

      Kerana setiap parti politik pasti ada kesalahan atau kesilapan masing2..!

      Maka, apa yg Ku Li cuba lakukan adalah meminta maaf terlebih dahulu dan kemudiannya baru teruskan dgn agenda pemulihan dan pengukuhan parti..!!

      Lagi pun amalan meminta maaf itu kan amalan mulia.. dan bukan nya ambil masa yg lama pun.. mungkin kurang satu jam ucapan dan penjelasan meminta maaf itu dibuat, tetapi ia mampu memberi impak yg amat positif kepada umno..!

      Ini yg kebanyakkan rakyat mahukan.. umno merendah diri tetapi tegas dlm perjuangan demi islam, melayu dan negara..!

      #vote for Ku Li

      Padam
  2. KJ pelingkup..biawak liar. itulah wajah sebenar KJ.. pensabotaj UMNO hingga habis org MUDA benci UMNO.. bukan salah Najib tapi pengkhianat mata kuyu ini

    Ku Li?? helloo.. ini satu lagi parasit yang bersekongkol menjatuhkan Najib 2015, 2016 deklarasi mahadey

    Pilihan terbaik ialah pemimin yang setia dan taat iaitu Zahid Hamidi.. apa masalah dengan Najib ? Rakyat tolak Najib kerana fitnah dan pembohongan Madey dan PH lahnat

    Pemikiran rakyat yang wajib dibetulkan.. dan sekarang bukti telah jelas.. 90% projek dan segala idea dan usaha Najib telah dicedok di CETAK ROMPAK dan plagiat dan JILAT rapat oleh Rejim Mahazalim PH..

    apakah terlalu PEKAK dan TULI kita tak boleh atau TAK MAU HADAM semua kronologi ini??

    Apakah jika rakyat menolak UMNO kerana UMNO bela Melayu Islam.. maka selepas itu UMNO harus tukar jadi tidak Melayu dan buang ISLAM??

    helloo org2 yang berfikir bodoh lagi sempat.. nak kena jajah berapa RATUS tahun lagi kah baru DNA melayu berubah jadi cerdik dan faham dakyah musuh???


    SOKONG ZAHID HAMIDI INSYA ALLAH dia yang menggalas susah payah pperit getir parti UMNO.. jika dia tak ok jugak tukar lah dengan pemimpin pelapis lain yang berkalibar.. bukan KAIN BURUK atau PARASIT LIBERAL!

    BalasPadam
    Balasan
    1. KJ liberal..!

      Zahid TIN KOSONG..!

      Ku Li harapan baru utk mengukuh dan mengembalikan semula umno pada landasan yg betul demi islam, melayu dan negara..!

      Vote Ku Li..!

      Padam
  3. Rasional..12.22

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .