Kit Siang : DAP tidak teragak-agak tinggalkan PH jika Malaysia Baharu diketepikan



(BH) KUALA LUMPUR: DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) hari ini jika usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata pemimpin-pemimpin DAP tidak akan menjadikan diri mereka sebagai MCA2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya mewakili kaum Cina di Malaysia.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkannya daripada kegagalan.

"Pemimpin DAP menjadi kerajaan kerana kita boleh memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkan Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi (pemerintahan paling teruk) dan kleptokrasi global.

"Pemimpin DAP, sama ada di dalam kerajaan atau di luar, tidak akan ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia Baharu ditinggalkan.

"Pemimpin-pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA," katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, berbanding MCA, DAP mahu pemimpin dan ahlinya berpolitik untuk berkhidmat kepada negara dan bukannya untuk diri sendiri sama ada untuk kekayaan, mendapat hak milik atau kedudukan.

"DAP adalah parti berbilang kaum untuk kesejahteraan dan kebajikan semua kaum di Malaysia dan bukan mono-etnik (satu etnik) seperti dalam kes MCA.

"Kami mewakili semua rakyat Malaysia, sama ada Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli manakala MCA mewakili atau mendakwa untuk mewakili hanya orang Cina di Malaysia," katanya.

Kit Siang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila masyarakat melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .