MCA : Jelaskan definisi "Malaysia Baharu"


(Utusan Online) KUALA LUMPUR 21 Dis. - MCA mendesak DAP supaya menjelaskan definisi Malaysia baharu yang ingin diperjuangkan parti itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, DAP tidak perlu meminta tempoh masa selama 20 tahun untuk merealisasikan janji tersebut.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi sebelum ini memahami konsep tersebut yang berjanji untuk menghapuskan jurang perbezaan antara kaum di negara ini.

"Kit Siang jangan memutar belit apakah itu Malaysia Baharu sehingga meminta tempoh 20 tahun untuk merealisasikannya. Apakah yang susah sangat untuk dibuktikan perkara tersebut?

"Atau sama ada perjuangan DAP sebenarnya sudah bertentangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)?

"DAP selama ini sememangnya menentang ketuanan Melayu, jadi bagaimana ingin mencari kata sepakat dengan Bersatu yang ternyata falsafahnya sudah berbeza sehingga sudah kelihatan mengambil peranan UMNO pula," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan berani Kit Siang semalam yang tidak akan teragak-agak membawa DAP keluar daripada parti komponen kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu tidak berjaya dicapai.

Mengulas lanjut, Lian Ker berkata, perjuangan DAP kelihatan sia-sia apabila isu yang diperjuangkan mereka tidak selari dengan kehendak Pakatan Harapan.

"Contohnya seperti isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merupakan tuntutan parti itu, " jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .