Kantoi! Rancangan DAP Hendak Jatuhkan Mahathir Sudah Kantoi

DAP memang terang-terang sudah kantoi. Dan kali ini Mahathir pula sudah tahu niat jahat DAP. Jadi janganlah cuba hendak mengalihkannya kepada isu RM90 juta. Isu yang sebenerarnya adalah DAP nak jatuhkan Mahathir. 

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Guan Eng ni sudah kena penyakit apa?

Lim Guan Eng suruh PAS jawab pertuduhan bahawa parti itu menerima derma RM90 juta dari Umno. Sepatutnya, pihak yang menuduhlah kena kemukan bukti. Ini pula, pihak yang dituduh di suruhnya jawab. Nak ikutkan, bukannya tugas pihak tertuduh untuk buat itu semua.

Guan Eng ingat Malaysia ni negara komunis ke dimana yang dituduh perlu kemukakan bukti untuk menunjukkan dia tidak bersalah? Memang kepala otak komunislah Guan Eng ni.

Lagi pun, kan ke PAS sudah jawab? Kenapa hendak suruh jawab lagi? Berapa puluh kali lagi nak suruh PAS jawab? Dah jawab pun suruh jawab lagi. Tak kan tidak faham-faham lagi. Guan Eng ni ada penyakit ke? Penyakit buat-buat tak faham.

Tanyalah Husam, dia yang melihat cek RM90 juta itu 

Husam Musa sendiri kata yang dia melihat cek RM90 juta itu. Kalau macam itu, suruhlah Husam yang jawab. Dia yang menyaksikan cek itu. Tiada seorang pun di kalangan pemimpin PAS yang melihat cek itu. Jadi, sebab apa pula suruh PAS jawab? Suruhlah orang yang melihat cek itu dengan mata dan kepalanya sendiri yang jawab.

SPRM sudah pun menyiasat tuduhan RM90 juta ini dan SPRM sudah tentu tahu samada cek itu wujud atau pun tidak. Kalau hendak tahu tentang kewujudan cek RM90 juta yang Husam sendiri kata dia lihat tu, tanyalah pada SPRM. Sebab apa pula tanya PAS? Kan yang menjalankan siasatan kes ini adalah SPRM.

Di Mahkamah London pula, Clare Rewcastle Brown telah pun disaman. Lebih dari setahun tempoh diberikan kepada Clare Rewcastle Brown untuk menunjukkan bukti. Tetapi, sampai ke hari ini Sarawak Report masih tidak dapat mengemukakan bukti. Apa yang Sarawak Report hanya berkata adalah ‘dipercayai Umno bagi PAS RM90 juta’. Apa sebab Sarawak Report berkata ‘dipercayai’? Ada asas ke pertuduhan itu untuk ‘dipercayai’?

Guan Eng terlibat dalam komplot untuk menggulingkan Mahathir

Ramai yang percaya bahawa DAP memang menerima derma dari Israel. Jadi, sebab apa DAP tidak menunjukkan bukti yang mereka ini tidak menerima sebarang derma pun dari Israel? Tunjuklah senarai penderma-penderma kepada DAP untuk membuktikan bahawa tiada satu sen pun duit yang diterima itu dari Israel. Tidak susahkan?

Isu yang dibangkitkan oleh PAS adalah DAP ini, bersama dengan Anwar Ibrahim dan juga Amanah, merancang untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenapa Guan Eng cuba hendak alihkan isu yang dibangkitkan oleh PAS itu kepada isu RM90 juta? Apa kena-mengena isu RM90 juta dengan isu DAP bersama Anwar Ibrahim dan Amanah merancang untuk menggulingkan Mahathir?

Hamidah mengesahkan bahawa DAP, bersama Anwar Ibrahim dan Amanah, berkomplot dan merancang untuk menggulingkan Mahathir

Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hamidah Osman, juga telah mengesahkan bahawa DAP, bersama Anwar Ibrahim dan juga Amanah, berkomplot dan merancang untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir. Dan yang mengesahkan ini merupakan orang yang rapat dengan Mahathir. Apa lagi yang Guan Eng nak nafikan?

DAP memang terang-terang sudah kantoi. Dan kali ini Mahathir pula sudah tahu niat jahat DAP. Jadi janganlah cuba hendak mengalihkannya kepada isu RM90 juta. Isu yang sebenerarnya adalah DAP nak jatuhkan Mahathir.

Posted in , , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .