Bakal berlakukah Undi Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir?


BAKAL BERLAKU KAH UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP TUN DR MAHATHIR?
Oleh : Blog Apa yang tersirat 

Kedudukan terkini kerusi Pakatan Harapan (PH) adalah 125 yang terdiri daripada PKR-50, DAP-42, PPBM-22 dan Amanah-11. Part-parti lain pula; Umno-40 (57), GPS-19, PAS-18, PWS-9, Bebas-7, UPKO-1, PBRS-1, PBS-1 dan STAR-1.

Oleh kerana PH, PWS dan UPKO berkolaborasi, maka mempunyai 135 kerusi daripada keseluruhan 222.

Jika benar-benar belaku undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat kali ini, maka untuk menjayakan undian itu, maka perlu disokong minimum 112 MP. Jika semua MP PPBM menolak, manakala PKR, DAP, Amanah, PWS dan UPKO menyokong, maka undi tidak percaya itu akan tetap berjaya, kerana gabungan 5 parti itu mempunyai 113, lebih satu kerusi daripada 112. Makna kata, sekalipun Umno (40) dan Pas (18) serta GPS (19) dan parti-parti lain menolak undi tidak percaya itu, undi tidak percaya itu tetap berjaya memaksa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan.



Akan terlihat, akan pendirian para MP dalam PKR, PWS akan ada kah di antara mereka itu "break the rank" parti masing-masing? Jika tidak berlaku "break the rank" maka undi tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir akan benar-benar berjaya.

Sesi Parlimen kali ini yang bermula hari ini 11 Mac sehingga 11 April, 2019 (20 hari) akan sentiasa penuh dengan debaran dan teka teki. Dalam tempoh masa itu, boleh sahaja berlaku kejutan luar biasa, kerana politik itu sendiri penuh dengan kebarangkalian dan segala kemungkinan.

Di sisi lain, jika benar-benar ada usul undi tidak percaya, dan usul itu tidak mendapat sokongan, maka akan berlaku perubahan kerajaan Persekutuan. Kerajaan baharu itu, sudah tentu dianggotai Umno-PAS-GPS serta MP PKR dan PWS yang "break the rank"; atau kah Perdana Menteri menghadap SPBA untuk membubarkan Dewan rakyat bagi membuka pilihan raya baharu!!!! Sama-sama kita tunggu apa yang bakal berlaku dalam tempoh 20 hari akan datang.

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .