Sidang Dewan Rakyat : Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14 - Hari Pertama




Agong berangkat tiba untuk rasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14

KUALA LUMPUR 11 Mac - Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah berangkat tiba untuk merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Dataran Parlimen di sini, pagi ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj pada pukul 10.08 pagi tadi, disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri S.A. Vigneswaran.



Turut menyambut keberangkatan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-UTUSAN ONLINE

'Sila duduk' masih mencuit hati

KUALA LUMPUR 11 Mac - Pasti ramai yang masih ingat jenaka santai bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-14 tahun lalu.

Ketika itu, reaksi spontan baginda yang meminta ahli Parlimen untuk duduk dan jangan lari mencuit hati segenap rakyat Malaysia.

Kali ini, dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 juga hadirin tertawa.

Namun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah tidak berkata apa-apa yang lucu.

Baginda hanya berkata 'sila duduk' seperti lazimnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Cuma mungkin jenaka santai Sultan Muhammad V masih berbekas di hati rakyat Malaysia dan ahli Parlimen, maka mereka ketawa mendengar baris ayat tersebut. - UTUSAN ONLINE

“Relaks....”

KUALA LUMPUR 11 Mac - Mungkin kerana merasakan suasana agak serius, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meminta ahli-ahli Parlimen supaya bertenang.

“Relaks...,” titah baginda setelah meneguk minuman ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen, di sini hari ini.

Baginda kemudiannya meneruskan gurauan apabila membandingkan umur baginda dengan usia Parlimen.

“Tahun ini usia Parlimen 60 tahun, sama dengan umur saya,” titah baginda yang kemudian disambut dengan gelak tawa ahli-ahli Parlimen. - UTUSAN ONLINE

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .