'Undi tak percaya pada PM seperti ramalan cuaca'

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah mengumpamakan dakwaan yang mengatakan akan wujud undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen seperti ramalan cuaca.

Katanya, sidang parlimen akan berjalan selama sebulan dan pihaknya akan tunggu serta lihat sebarang kemungkinan yang berlaku.

"Parlimen ini berlangsung sebulan, kita tengoklah. Kalau tak jadi, tak ada apa, macam ramalan cuaca.

"Dijangka hujan, kalau tak hujan nak kata macam mana? Ramalan cuaca kata hujan dan ribut, tiba-tiba terang kita nak salahkan siapa? Nama pun ramalan, " katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.


Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian ketika ditanya berhubung khabar angin yang disebarkan oleh pimpinan PAS itu.

Khabar angin itu timbul selepas PAS menandatangani ikrar untuk memberi sokongan kepada Mahathir sekiranya wujud undi tidak percaya terhadap perdana menteri itu.

Setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan turut mendakwa dua parti komponen PH merancang untuk menyingkirkan perdana menteri itu.

Pemimpin PH menafikan dakwaan itu.


Sebelum ini Mohd Amar dalam kenyataannya berkata PAS hanya bersedia untuk menyokong Mahathir jika undi tidak percaya berlaku di parlimen.

"Kita ada dengar desas-desus ada perancangan dan usaha dibuat pihak tertentu dalam kalangan PH untuk tukar perdana menteri.

"Sebab kita rasa ia tidak sepatutnya berlaku dan kedudukan perdana menteri tak sampai setahun, ini tidak sihat dari segi politik," katanya.

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .