Anwar susah kalau Dr. Mahathir serah kuasa lambat


KUALA LUMPUR 10 Mei - Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad mematuhi perjanjian peralihan kuasa antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Ketua AMK, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, sebarang usaha untuk menangguhkan peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dengan Anwar akan menyukarkan tugas Anwar sebagai Perdana Menteri kelak.

Kata beliau, peralihan itu perlu berlaku sebelum penggal lima tahun Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan tamat dan sebaik-baiknya tidak melebih tempoh tiga tahun.


“Peralihan kuasa tidak sepatutnya berlaku lebih dari tiga tahun dan juga tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa. Pelan peralihan kuasa perlu dilakukan untuk memastikan kestabilan kerajaan,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today di sini hari ini.

Dalam ketetapan yang telah dipersetujui sebelum ini, Dr. Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas dua tahun, iaitu pada Mei 2020.

Dr. Mahathir sebelum ini berkata beliau mengakui sedang berada dalam posisi Perdana Menteri sementara dan sedang berusaha mempersiapkan negara sebaik mungkin supaya penggantinya kelak dapat mengambil alih jawatan dalam keadaan terbaik.

Beliau bagaimanapun tidak pasti tempohnya sebagai Perdana Menteri akan bertahan selama dua atau tiga tahun.

“Saya tidak tahu sama ada ia tiga atau dua tahun, tetapi saya seorang Perdana Menteri sementara,” katanya seperti dilaporkan The Straits Times Singapura. - UTUSAN ONLINE

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .