Kerajaan baharu jangan campur urusan mahkamah: Annuar Musa


(BERNAMA) KUALA LUMPUR - Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampuradukkannya dengan kepentingan politik.


"Walau bertukar kerajaan, sistem peraturan perundangan tetap berjalan seperti biasa, maka sebagai pihak eksekutif tidak boleh campur tangan. Kalau kita hormati konsep itu maka tiada kebimbangan.

"Kalau kita campur tangan dengan menarik balik kes mereka yang didakwa, rakyat akan kata kerajaan tidak hormati undang-undang dan badan kehakiman tidak bebas, maka jangan sampai konsep itu ternoda," katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel jemputan bersama Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Rais Hussin dalam program 'BERNAMA 7.45', terbitan Bernama TV, yang bertajuk 'Hala tuju dan Cabaran Perdana Menteri ke-8' di sini malam ini.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya wujud tuduhan-tuduhan yang bermotifkan politik yang menyaksikan pemimpin diheret ke mahkamah tanpa bukti dan asbab kukuh, maka ia perlu dihentikan.

Annuar berkata, dalam masa sama, terpulang kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada mahu melantik mereka bagi melengkapkan barisan Kabinet mengikut pertimbangan dan kewajaran beliau.

"Kalau lantik atau tidak lantik, jangan hukum kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan. Maka saya yakin Perdana Menteri akan menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman politik beliau dalam memilih barisan Kabinetnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada tempat di kerajaan Muafakat Nasional untuk mereka yang rasis dan mahu menjadi hero kepada hanya satu bangsa tertentu sahaja.

"Meskipun gagasan ini didominasi orang Melayu, namun kita tidak seharusnya melihat kebajikan satu kaum sahaja. Kabinet hanya untuk mereka yang menghargai kemajmukan dan sama-sama mainkan peranan.

"Saya pasti Perdana Menteri akan membariskan wakil rakyat pelbagai kaum di dalam Kabinetnya. Insya-ALLAH, Muhyiddin tidak akan memilih orang yang mendukung sikap rasis atau cauvinis," katanya. - Bernama

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Kerajaan baharu jangan campur urusan mahkamah: Annuar Musa

  1. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya dari indonesia, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang melihat jawatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak berada di sini untuk memberitahu anda tentang bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang untuk mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda yang benar dan hanya LOAN SYARIKAT yang ALLAH dihantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN GLOBAL GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai terma dan syarat pinjaman yang besar, untuk memungut semua pinjaman mereka adalah berpatutan dan cepat untuk membebankan tidak seperti syarikat-syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh penguji yang mempunyai nombor indonesia dan whatsapp, mereka semua penipu, bagaimanakah sebuah perusahaan perseorangan memberi pinjaman ?, yang sepatutnya menjadi pertanyaan pertama kalian orang-orang saya.

    Saudara-saudara saya dari Asia, saya minta kamu mendengarkan saya kerana saya bersumpah kepada kamu atas nama Allah, bahawa saya memberitahu anda semua kebenaran, SEMUA LOAN GANJARAN GLOBAL, syarikat adalah satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda sebaik sahaja anda melengkapkan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Kenapa anda tidak berada di kalangan usahawan ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENINGKAT untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan untuk meningkatkan tahap hidup anda, di sini adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda sangat bebas untuk menghubungi saya di fradesyriritia12@gmail.com EMAIL saya untuk maklumat lanjut, saya akan senang mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati semua PINJAMAN SEMUA GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .