Guan Eng langgar polisi CAT ciptaan DAP



KUALA LUMPUR – Kelulusan 101 projek perolehan berjumlah RM6.61 bilion yang diluluskan secara rundingan terus yang didedahkan oleh Menteri Kewangan bukan sahaja mengejutkan tetapi juga bertentangan dengan polisi CAT (Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan) yang dilaung-laungkan oleh DAP selama ini.

Kelab Jaringan Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KAGUM) yang memandang serius dengan pendedahan berkenaan berkata, ini memberi gambaran jelas penipuan telah dilakukan oleh pemimpin tertinggi DAP.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP seharusnya bertanggungjawab terhadap kelulusan perolehan yang diluluskan oleh kementerian yang pernah diterajui beliau.

"Sebagai pelopor kepada dasar CAT dan sebagai individu yang kerap memetik nama Khalifah Umar Abd Aziz sebagai panduan buat dirinya, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng seharusnya bertanggungjawab terhadap kelulusan perolehan yang telah diluluskan oleh kementerian yang diterajui beliau. Lebih
memeranjatkan, perolehan ini juga tidak dibentangkan dan dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet sebelum ini," kata Mohd Noshrullah Mohd Zabidi, Pengerusi Biro Pembangunan Insan KAGUM.

Menurutnya, KAGUM percaya banyak lagi kerosakan dan ketirisan yang lebih dahsyat telah berlaku dalam tempoh 22 bulan negara ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan.

KAGUM yang menyambut baik saranan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera menyiasat perkara ini agar sebarang penyelewengan dapat dibongkarkan turut menyarankan agar senarai 101 projek ini didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat ini.

Malah, pihaknya berharap mana-mana projek yang tidak memberi pulangan atau faedah terus kepada rakyat, dapat dihentikan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .