Memaparkan catatan dengan label Macam-macam. Papar semua catatan

MB Nizar "syok" dapat KERETA baru!

 Perak mula terima Camry ganti Proton

IPOH 9 Jan. - Kerajaan negeri Perak menerima sembilan daripada 16 buah kereta baru jenis Toyota Camry 2.4 yang dibeli bagi menggantikan kereta keluaran nasional Proton Perdana V6 Executive hari ini.

Kesemua kereta yang berharga RM160,000 sebuah itu bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta pertama jenis itu dilihat memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini kira-kira pukul 10 pagi dengan nombor pendaftaran AFD 33 berwarna hitam.

Kereta-kereta tersebut dibawa masuk secara berperingkat-peringkat oleh jurujual UMW Toyota dan diletakkan di kawasan letak kereta berbumbung bagi kenderaan Exco dan pegawai kanan terbabit.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, enam buah lagi kereta berkenaan akan diterima pihaknya secara berperingkat-peringkat oleh pihak penjual.

''Kita telah menerima sembilan buah kereta Toyota Camry 2.4 hari ini untuk digunakan oleh ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

''Mana-mana Exco yang kereta mereka (Proton Perdana V6 Executive) sebelum ini mengalami kerosakan teruk hingga menyebabkan kita banyak mengeluarkan belanja untuk membaikinya akan menerima kereta itu (Proton Camry 2.4) dulu," katanya kepada pemberita di bangunan SUK di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kereta-kereta rasmi sebelum ini yang sudah berusia empat tahun sembilan bulan adalah menjadi keutamaan untuk ditukar dengan kereta baru.

Jelas beliau, bagi kereta-kereta ahli Exco atau pegawai kanan termasuk kereta rasminya sendiri yang hanya mengalami sedikit kerosakan akan digantikan kemudian.

''Jadi yang mana selalu rosak akan dapat kereta dulu, manakala yang sudah dihantar untuk diperbaiki perlu tunggu.
''Macam kereta saya walaupun telah rosak, tetapi ia masih boleh digunakan. Barangkali kereta saya adalah yang terakhir untuk ditukar kerana ia masih boleh berjalan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa harga sebenar bagi sebuah kereta Toyota Camry 2.4 adalah lebih rendah berbanding kereta Proton Perdana V6 Executive jika kerajaan tidak mengenakan cukai.

''Kenderaan lama (Proton Perdana V6 Executive) kita tukar ganti dengan penjual yang berharga antara RM30,000 hingga RM40,000 sebuah.

''Jadi, kalau kerajaan tidak kenakan cukai dan ditolak pula dengan nilai tukar ganti itu, harga Toyota Camry 2.4 adalah lebih murah berbanding Proton V6 Executive iaitu sekitar RM80,000 sahaja," katanya.
Katanya lagi, pembelian kereta berkenaan dibuat secara tender terbuka.

Jelas beliau, mereka yang bakal menggunakan kereta tersebut ialah beliau sendiri, 10 anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Mufti Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri.UTUSAN

PEWARISMELAYU KATA :
Kecewa dengan sikap pemimpin sekarang ini. Kami nak pemimpin yang membela dan menyokong industri kereta kita, produk nasional, tapi tak boleh harap.



Ni berpunca dari MB Terengganu yang ego. Semua pemimpin atasan sama saja, baik pembangkang ataupun kerajaan!

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Bagus dan tidak bagus

Pas tetap perjuangkan hudud

24/12/2008 4:53pm

ALOR STAR 24 Dis. - Pas tidak akan melupakan perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana ia adalah satu tuntutan dalam agama Islam dan asas perjuangan parti itu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun Pas telah menyertai Pakatan Rakyat ini tidak bererti parti itu telah mengabaikan hukum hudud.
"Isu hudud yang hangat diperkatakan sekarang hanya sekadar isu pilihan raya terutama menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari ini.
"Isu ini dah lama dan ia di korek kembali setelah lama ditutup," katanya ketika di temui di Wisma Darul Aman di sini hari ini. - Utusan

Apa yang penulis nak puji disini, semangat yang ditonjolkan oleh MB Kedah dalam mempertahankan matlamat asal Pas iaitu mahu melaksanakan hukum Hudud di negeri mereka. Kita tunggu dan lihat, apa perkembangan Pakatan Rakyat yang seterusnya.

Yang tidak bagus pula, orang Umno yang kecewa kerana dihukum, lalu mengajak ahli - ahli lain menyertai Pas.

Zahar bersama 28 ketua cawangan UMNO sertai Pas

24/12/2008 12:52pm

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas dalam satu majlis di Ampang hari ini.
Beliau bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu menyerahkan borang keahlian Pas kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. - Utusan.

Aduhai. Inilah standat politik orang Melayu dan Malaysia. Nak kata kan orang Umno berperangai begini, tak juga. Ada juga ahli parti pembangkang menyertai parti BN. So, apa yang penulis hairan dengan tindakan Datuk Zahar, dia seolah - olah tak ikhlas dalam perjuangannya.

Tak perlu nak menyertai parti lain, cukuplah dalam perjuangan parti sendiri. Adakah dia akan disambut sebagai hero dalam parti Pas? Kita tunggu dan lihat. Hukuman yang setimpal kepada orang sebegini, jangan terima kembali kemasukannnya kedalam Umno, kelak.!





Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Macam - Macam

Minyak sekitar AS$60 setong, pasaran saham merosot

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Harga minyak mentah dunia terus diniaga di bawah paras AS$70 setong dengan komoditi itu berada di paras AS$64.92 (RM230.46) setong dalam dagangannya di pasaran Asia.

Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi New York semalam diniagakan di paras terendah sejak Jun tahun lalu apabila ditutup pada paras AS$66.20 (RM235.01) setong.

Menurut laporan agensi berita AFP, harga minyak yang lebih rendah disebabkan Iran, anggota utama Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mendesak pengurangan pengeluaran menjelang mesyuarat pertubuhan itu di Vienna. Baca lagi..

Pewaris Melayu kata:
Alhamdulillah.. Mungkin harga minyak di Malaysia akan diturunkan dari semasa ke semasa.. Dapatlah kita menghirup nafas lega sedikit. Kalau dulu, harga minyak yang melambung tinggi memberi kesan kepada semua pihak. Adakah harga barang sudah turun sejak kerajaan menurunkan harga minyak pada awal bulan lepas?

Bina masjid Cina di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.

Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina. Baca lagi..

Pewaris Melayu kata:
Bagus juga cadangan Pakcik Zul ni. Baik. Boleh dipertimbangkan. Mungkin pada masa hadapan, lebih ramai lagi orang bukan Islam akan memeluk agama Islam. Adakah cadangan ini akan ditentang oleh Anwar Ibrahim, selaku boss besar dalam PKR? Adakah DAP akan bersetuju dengan cadangan Zul Nordin?

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Tak ada adab!

Hari raya aidilfitri merupakan hari mulia yang diraikan oleh orang Melayu dan Islam di Malaysia. Sudah 50 tahun kita meraikan bersama-sama, Melayu-Cina-India meraikan bersama-sama. Kenapa tahun ke 51 ini banyak sangat masalah "perkauman"?

 Dalam kejadian berkenaan, kelmarin, kira-kira 800 penyokong Hindraf dengan berpakaian kemeja-T jingga beratur seawal jam 11 pagi bersama ribuan pengunjung lain untuk bersalam dengan Abdullah dan menyerahkan kad ucapan Aidilfitri. Kira-kira 20 penyokong Hindraf berkesempatan menemui Abdullah dan seorang kanak-kanak, Vwaishhnnavi, yang juga anak perempuan Pengerusi Hindraf, W Waythamoorthy, menyerahkan kad ucapan Aidilfitri kepada Abdullah.

Keadaan menjadi kecoh seketika apabila mereka dihalang memasuki dewan jamuan di aras empat PWTC dan mula melaungkan rasa tidak puas hati kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu Perdana Menteri. Bagaimanapun, campur tangan polis berjaya mengawal keadaan.
Lagi..

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya.

Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Sementara itu, The Star Online memetik kenyataan K. Shanti, isteri kepada Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy bahawa isi kandungan kad raya yang diserahkan meminta Perdana Menteri membebaskan beberapa pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA. Lagi..

HINDRAF..HINDRAF..HINDRAF..HINDRAF.. Tak habis habis buat kecoh..
Lepas Melayu mengamuk (BUKIT BENDERA), Cina pula (KOK) .. Lepas kes orang Cina selesai, orang India pula buat hal (HINDRAF)..

Malaysia! Oh Tanah Airku!

Posted in , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

Pening Kepala..


Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Macam - Macam!

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .