Memaparkan catatan dengan label PM7. Papar semua catatan

Sekali Tun M Kenakan DAP?



Ugutan Lim Kit Siang untuk menarik DAP keluar dari gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika objektif Malaysia Baru tak tercapai di lihat sebagai suara terdesak parti untuk untuk mendominasi PH...

Masyarakat melihat ancaman itu agar parti beliau menjadi ketua, suara mereka di dengari, hak mereka di penuhi dan tuntutan mereka di ikuti...

Namun mungkin juga ia di lihat DAP sudah mula di sanggah, di ketepikan dan mungkin di buang dari politik massa era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri...

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kit Siang kesal menghasut Mahathir untuk menubuhkan PPBM


(PakDin) Yang ironinya, penubuhan PPBM adalah idea Kit Siang (sama seperti Amanah). Ia adalah senjata yang bertujuan untuk memecah-belahkan orang Melayu. Sekarang senjata yang sama akan menyatukan orang Melayu. Ramai yang menentang Mahathir pada PRU 14 dan mereka tidak teragak dan bersedia untuk menyokong Mahathir dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. DAPlah yang membuatkan orang Melayu yang bermusuh diantara satu sama lain bertukar menjadi kawan. Itulah bagaimana orang Cina akan mengingati Kit Siang.

………….

“End game” yang dimainkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mudah. Menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan orang lain. Ini adalah “end game” yang sama dimainkan pada tahun 2006, dimana Tun Abdullah Ahmad Badawi digulingkan dan menggantikannya dengan orang lain.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

‘Mungkin seminggu sekali’, Mahathir mahu jadual belajar agama dirombak – lebihkan masa belajar bahasa Inggeris



(PakDin) “Kami akan menukar jadual waktu di sekolah. Kita akan belajar agama tetapi bukan dalam semua waktu dalam sehari. Mungkin seminggu sekali tetapi kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain,” katanya.

Yahudi pun belajar bahasa arab untuk mengkaji Al Quran dan mendapatkan ilmu dari firmah Allah.

#Mahafiraun sahaja yang melebihkan Bahasa Inggeris, mengurangkan masa belajar agama dan secara perlahan mahu menghapuskan mata pelajaran agama di sekolah.

Tambah lah masa untuk belajar bahasa Inggeris tetapi kenapa nak dikurangkan masa untuk matapelajaran Agama. Mata pelajaran agama mendidik insan.

Sekolah berkaitan agama Islam tidak dibantu sepenuhnya.

Mahathir yang septutnya dihujung usia lebihkan mendalami agama Islam atau apa sahaja agama yang dia pilih.


‘Mungkin seminggu sekali’, Mahathir mahu jadual belajar agama dirombak

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan menguasai Bahasa Inggeris bagi menimba ilmu pengetahuan.

“Saya ingin mengingatkan setiap orang, Bahasa Inggeris bukan hanya untuk orang England sahaja tetapi adalah suatu bahasa universal. Bahasa ilmu. Untuk mendapat ilmu, anda mesti tahu Bahasa Inggeris.

Dalam mempelajari sains dan perubatan, kita perlu memahami Bahasa Inggeris dengan baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) 2018 di sini malam tadi.

Beliau berkata kurikulum di sekolah juga perlu menitikberatkan penguasaan subjek yang boleh melahirkan graduan berkualiti dan tidak tertumpu pada subjek keagamaan sahaja.

“Kerajaan akan menyemak semula kurikulum sekolah. Seseorang menukar sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan menjadi sekolah agama, belajar agama Islam dan tidak belajar perkara lain.

“Natijahnya, rakyat tidak benar-benar mengetahui mata pelajaran yang akan memberikan mereka pekerjaan.

“Kami akan menukar jadual waktu di sekolah. Kita akan belajar agama tetapi bukan dalam semua waktu dalam sehari. Mungkin seminggu sekali tetapi kita perlu kuasai semua mata pelajaran lain,” katanya.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .