Memaparkan catatan dengan label menteri besar. Papar semua catatan

Osman Sapian: MB Johor paling singkat tempoh pentadbiran



JOHOR BAHRU, 9 Apr: Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, merupakan menteri besar yang dipercayai paling singkat mentadbir kerajaan negeri ini iaitu tidak sampai 11 bulan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene pada 12 Mei tahun lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Osman, ketika dilantik merupakan Setiausaha PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai menteri besar.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .