(FMT) – Dengan berkata kurangnya “pengalaman bersama” dalam kalangan anggota komuniti yang berbeza, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewajibkan rakyat Malaysia mengikuti pendidikan 6 tahun pertama di sekolah kebangsaan.
“Ketiadaan persamaan dari sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan,” tulis Asri dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ramai kakank-kanak Malaysia melalui sistem persekolahan yang tidak membolehkan mereka bergaul dengan orang daripada komuniti berlainan.
“Ini terutamanya apabila sejak tahun pertama di bangku sekolah mereka menerima pendidikan yang secara tabiatnya bersifat eksklusif untuk sesuatu bangsa atau agama, ” katanya dengan menambah bahawa kekurangan pengalaman silang-budaya akan tergambar dalam kehidupan dewasa seseorang.
