Memaparkan catatan dengan label muhyiddin. Papar semua catatan

Muhyiddin rasmi jadi perdana menteri ke-8


Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

- Bernama

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri


(SINAR HARIAN) KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Pelantikan tersebut diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Menurut Ahmad Fadil, Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama bakal Pedana Menteri daripada ketua parti poltik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Katanya, proses itu adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama sebagai bakal Perdana Menteri.

"Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta ahli Dewan Rakyat yang bebas.

"Pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majariti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143).

"Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik YB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan," katanya.



Dalam kenyataan sama, Ahmad Fadil memaklumkan bahawa proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 jam 10.30 pagi di lstana Negara.

Menurutnya, Seri Paduka bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

"Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.

"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan keselamatan dan pihak media," katanya.

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Siapa lagi akan menghancurkan UMNO kalau tidak ahli UMNO?


Baca lagi.... Sumber Malaysiakini

Penulis dah lama diam dari arena blogging tanah air lepas PRU13 haritu. Yalah banyak sangat isu yang tak dapat penulis beri perhatian akibat kesibukkan hidup.

Isu terbaru berkaitan dengan 1MDB, serangan bertubi tubi dari Dr.M dan singkirnya gandingan Muhyiddin + Shafie dari pembubaran kabinet Najib.

Bagi penulis, tak ada siapa pun yang dapat menjatuhkan UMNO dan memusnahkan BN kalau tidak orang UMNO dan BN sendiri.

Sejarah Melaka dah buktikan segala - galanya. Wallahualam!

Posted in , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .