Memaparkan catatan dengan label pemilihan agung UMNO. Papar semua catatan

PAS rampas kerusi Parlimen KT

KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Pewaris Melayu kata:
Rakyat masih tak serik - serik memilih pemimpin yang salah. Mereka tak jadikan PRK P.44 dahulu sebagai pengajaran. Biar masa menentukannya.

Sumber: Malaysiakini dan Utusan Malaysia

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

NAJIB MENANG TANPA BERTANDING

CALON PRESIDEN UMNO

DS NAJIB TUN RAZAK ; 134 PENCALONAN

TENGKU RAZALIEGH ; 1 PENCALONAN

Alhamdulillah, nampaknya perjalanan peralihan kuasa antara DS Abdullah dengan DS Najib berjalan dengan lancar. Moga - moga DS Najib dapat menjadi presiden UMNO pada persidangan UMNO Mac nanti. 
MIC sebulat suara menyokong calon presiden UMNO, DS Najib. Harap semua rakyat menyokong DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Semoga Allah merahmati apa yang dirancang, AMIN.

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Tahniah la ye!


Tahniah diucapkan kepada Ku Li kerana berjaya mendapat SATU pencalonan menjadi presiden UMNO dari cawangan Gua Musang, iaitu pencalonan daripada kandangnya sendiri.

Apa yang penulis nak sampaikan, sudah sudahla Ku Li oi, umur dah banyak, bawak - bawak la bertaubat dan berhentilah daripada arena politik ni. Baik Dato pegi buat amal ibadat banyak-banyak. Selalunya, orang berumur banyak macam Dato ni, makin dekat dengan keluarga. Jaga cucu dsb..

Dato kena sedar, orang lain pun nak jadi perdana menteri jugak. Tambah-tambah DS Anwar tu, dia lagi gila-gila nak jadi perdana menteri. Dato? Cukuplah. Dari zaman Dr.M sehinggalah DS Abdullah Badawi, tak kenal penat ke Dato?

Apa-apa pun, tahniah penulis ucapkan. Semoga mimpi anda akan menjadi kenyataan ya.

P/s: Seorang diluar, seorang didalam. 2x5 saja

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Muhyiddin nafi dakwaan tak setia kepada ketua, parti

artikel asal disini

MUAR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menolak dakwaan beliau tidak setia kepada parti dan pucuk pimpinan kerana pernah menyuarakan hasrat akar umbi supaya peralihan kuasa dipercepatkan, sebaliknya menyifatkan hasrat itu untuk kebaikan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin lemah sehingga dipertikaikan banyak pihak.

Katanya, bukan niat beliau untuk menyinggung barisan pimpinan negara, tetapi ia dilakukan dengan ikhlas supaya dapat mempertahankan kedudukan dan perjuangan parti, walaupun tindakan itu mungkin dipandang serong dan tidak disenangi segelintir pihak.

“Apa yang saya suarakan bukannya untuk mencabar pucuk pimpinan atau tidak setia pada pimpinan dan parti, tetapi ia untuk kebaikan dan perlu diluahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kesetiaan pada parti ditentukan atas dasar niat membantu parti dengan tidak berdiam diri sehingga boleh dikatakan sekadar kesetiaan membuta tuli.

Muhyiddin berkata, Umno Pagoh menyokong seratus peratus Datuk Seri Najib Razak bertanding jawatan Presiden parti dan beliau juga sanggup bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana yakin mampu membantunya menghadapi cabaran.

Katanya, untuk kembali teguh, parti memerlukan sokongan padu seluruh ahli dan rakyat, termasuk sanggup melakukan perubahan.
Beliau turut menggariskan tiga cabaran besar Umno, iaitu cabaran politik untuk terus mendapat sokongan dan keyakinan masyarakat bagi terus memimpin negara pada masa akan datang, cabaran untuk membentuk rupa bangsa yang lebih bersatu padu yang berfikiran secara rasional.

Selain itu, katanya, Umno juga menghadapi cabaran arus globalisasi ekonomi yang turut berlaku di Amerika Syarikat, Eropah dan negara maju lain.

PewarisMelayu kata:
Haritu bukan main lantang lagi suruh Pak Lah turun.. Kan sekarang orang dah pertikaikan perbuatan dia balik. Apa-apa pun, semoga berjaya dalam pemilihan UMNO nanti.. Penulis tak mahu komen dan ulas pasal pemilihan agung UMNO.. 

P/s: Tak berapa berkenan dengan calon timba-presiden

Posted in , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .