Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Keputusan kes klip video Lingam kekal


KLIP video Lingam yang menjadi kes mahkamah.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dicabar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memutuskan penemuan dan cadangan dalam laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan 'klip video Lingam', tidak boleh dicabar.

Hakim Datuk Abdul Kadir Musa membuat keputusan itu selepas menolak permohonan lima individu yang dikaitkan dengan salah laku dalam siasatan berkenaan untuk menyemak semula hasil penemuan suruhanjaya terbabit.

Lima individu terbabit ialah peguam, Datuk VK Lingam; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; hartawan, Tan Sri Vincent Tan dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta Tun Mohd Eusoff Chin.

Kelima-lima individu itu memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap hasil penemuan suruhanjaya berkenaan. Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dikaitkan dengan mereka dalam laporan itu tidak mengemukakan permohonan semakan semula.

Abdul Kadir ketika membacakan keputusan setebal 22 muka surat itu bersetuju dengan bantahan awal dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya itu bahawa penemuan suruhanjaya berkenaan tidak boleh disemak semula.

BACA LAGI

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Minyak jatuh bawah AS$44 setong

SINGAPURA: Harga minyak di Asia menjunam lagi, terendah dalam masa empat tahun apabila mencatat bawah AS$44 setong hari ini.

Pada sesi dagangan petang di Kontrak Hadapan New York, harga minyak 'light sweet crude' bagi penghantaran Januari naik 39 sen kepada AS$44.06 setong - selepas paras terendah AS$43.39.

Paras itu adalah terendah sejak Januari 2005. Niaga minyak mentah Brent North Sea bagi Januari pula meningkat 33 sen kepada AS$42.61 setong, tinggi sedikit pada dagangan pagi iaitu AS$42.13. - AFP

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

PEWARISMELAYU : Adakah ini petanda kemelesetan ekonomi?

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

ARIFF SHAH - Tak ada hasrat keluar UMNO

Photobucket
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tidak berhasrat untuk keluar dari Umno untuk menyertai parti lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini.

arif shah omar shahMenurutnya, perkara itu dinyatakan oleh Arif Shah kepadanya dalam pertemuan mereka semalam.

Beliau berkata, Arif telah memperjelaskan kepadanya bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai parti lain.

"Dia juga akan kekal sebagai ahli Umno dan menjadi wakil rakyat Umno," kata Abdullah.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.
Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid dan Umno bahagian itu yang didakwanya seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

Arif shah yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, dilaporkan berkata beliau dipelawa menyertai PKR selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah juga kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

Manakala Abdul Jalil pula menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.
Manakala Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim pula berkata, pihaknya akan mendengar penjelasan dua pemimpin kanan Umno Permatang Pauh itu berhubung pertelagahan antara mereka.

Azhar berkata, beliau sudah berjumpa dengan Abdul Jalil semalam dan akan akan menemui Arif Shah selepas ini..

MALAYSIAKINI

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )


Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.


Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.


Sekian terima kasih dari saya.


Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

10 Stesen Minyak Saja Habis bekalan..

'Daripada 3,095 stesen minyak di seluruh negara, hanya 10 buah yang kehabisan bekalan dan sembilan daripadanya adalah dari syarikat yang sama.
''Terdapat empat stesen minyak yang kehabisan petrol di Kelantan, masing-masing dua di Kuala Lumpur dan Pahang serta masing-masing sebuah di Selangor dan Johor,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baca lagi..




PewarisMelayu kata:
Biasalah, bila tiba musim perayaan macam sekarang ni, semua orang keluar berjalan, Melayu sibuk meraikan Aidilfitri, Cina dan India ambil peluang bercuti bersama keluarga. Memang adat kita rakyat Malaysia bila tiba cuti perayaan yang besar, semua kaum dapat manfaat.. kepada yang memandu, pandu dengan cermat dan patuhilah undang-undang jalanraya, kepada yang membonceng motosikal, tunggang dengan berhati-hati.

Malaysia! Oh Tanah Airku!

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Selamat menghayati hari Kemerdekaan yang ke - 51

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke - 51
"Perpaduan Teras Kejayaan"

Bagi penulis, ulangtahun kemerdekaan tahun ini tidak rasa bahangnya kerana majoriti rakyat Malaysia terlalu asyik dan leka dengan politik, sampai terlupa akan satu tarikh keramat bagi kita semua rakyat Malaysia, yang acapkali setiap tahun diraikan dengan gilang gemilang.

Penulis sedih, majoriti rakyat Malaysia (kita la..) yang lebih suka mempamirkan logo dan bendera parti yang sesuai dengan jiwa mereka di kenderaan, rumah bahkan di badan (pakaian) Kenapa ini semua terjadi? Berikut jawapan penulis (penulis sendiri tanya, penulis sendiri la yang jawap.. hahaha)
  • Bahang Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh masih terasa. Si pemenang asyik sebut dia menang, menang dan menang saja.
  • Mungkin terjadi perpecahan diantara kita, penduduk pelbagai kaum di Malaysia. Penulis meragui.
  • Kerajaan mungkin tidak bersemangat ekoran kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke - 12 yang lalu.
  • Dan salah satu punca kelesuan merdeka tahun ini ialah keghairahan penduduk/rakyat Malaysia mendapat pemerintahan baru, yakni 16 September yang dipercayai akan membela rakyat, lebih profesional, tak korap, tak kroni dan lain-lain.
Sekali lagi, Pewaris Melayu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke - 51

Perpaduan Teras Kejayaan!





Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .