Zaid tidak akan sertai pembangkang

SUMBER : MALAYSIAKINI

Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno kelmarin berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat ini.

Beliau juga mempertikaikan pemecatan mendadaknya daripada parti itu kerana tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.

PEWARISMELAYU KATA : Nak pertikai apa lagi Datuk Zaid? Sudah terang lagi bersuluh. Tak payah la nak beri penjelasan. Rakyat tak buta la Datuk 

"Saya juga tidak tahu sebarang kesalahan yang saya telah lakukan.

"Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP atau Kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. 


"Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan, tapi itulah sikap Umno. Ia melihat provokasi dan musuh di mana-mana."

PEWARISMELAYU : Apa tujuannya anda pergi ke majlis tersebut? Hebat sangat ke Datuk sampai PKR pun nak menggunakan khidmat Datuk dan jemput Datuk?

Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau tidak terperanjat dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno memecatnya.


PEWARISMELAYU : Yela, dia dah tahu apa salahnya, sebab itulah dia tak terperanjat.


Beliau menambah, beliau tidak akan membuat sebarang rayuan di mahkamah berhubung kes pemecatannya kerana "kalau menangpun, ia adalah kemenangan tanpa makna kerana orang sudah tidak suka".

PEWARISMELAYU : Ingat orang suka kot orang yang mengkhianati parti yang tercinta. Baik tiada daripada ada. Tak akan rosakkan organisasi parti dan nama baik parti. 

Katanya, selepas ini, beliau akan memberi keutamaan kepada Yayasan myFuture yang ditubuhkannya.


Zaid juga berkata, beliau tidak merasakan pemecatannya berpunca daripada kehadirannya dalam program parti pembangkang tersebut.
 
Sebaliknya, kata beliau, Umno yang tidak menerima idea perubahan yang dibawanya.

Ditanya sama ada beliau akan kembali semula ke Umno jika dipelawa berbuat demikian, Zaid menjawab ringkas: "Bukan Umno sekarang".

PEWARISMELAYU : Adakah Zaid marah akan Pak Lah berhubung pemecatannya dari UMNO? Dulu dia tak ingat, Dr M pun pecat dia.

Beliau juga ditanya sama ada beliau dimaklumkan secara rasmi mengenai pemecatannya itu.

Menurut Zaid, beliau tidak menerima  sebarang surat dan beliau mengetahui mengenai pemecatannya melalui laporan akhbar.

Bagaimanapun, katanya, pada malam dia dipecat, beliau menerima SMS dari seorang temannya yang menyebut  'Zaid dipecat'.

Ditanya sama ada beliau akan terus menghadiri program anjuran pembangkang selepas ini, Zaid berkata:

"Kamu akan terus melihat saya dalam program pembangkang, NGO dan kalau Umno sekali pun, saya akan hadir".

Tetapi, secara berseloroh, Zaid menambah: "Orang yang jemput saya itupun akan dipecat".

Zaid turut ditanya siapakah yang menghalang idea-idea perubahan yang dibawanya dalam Umno.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu tertentu tetapi berkata: "Saya tidak ada sokongan".

Sementara itu, Zaid mengucap terima kasih kepada PKR, DAP dan PAS yang mempelawanya menyertai parti-parti tersebut.

PEWARISMELAYU : Datuk Zaid ni sudah glamor. Dia umpama PISANG PANAS yang mahu dibeli oleh Pakatan Kencing Rakyat. Kalau Zaid nak masuk DAP sekalipun, rakyat tak kisah dan tak akan menangis langsung kerana dia tak membawa apa- apa makna dalam UMNO, BN dan Kerajaan. Hanya bekas Menteri sahaja.

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Nik Aziz tetap mahu bukan Islam sertai Pas

03/12/2008 6:21pm

KOTA BAHARU 3 Dis — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya Pas perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong Pas serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu. “Bukan Islam pun dah mula undi Pas, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Nngeri di sini hari ini.

Pada muktamar Pas yang lepas, Abdul Hadi menolak cadangan berkenaan dan berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai Pas mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu nanti, Nik Aziz berharap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dipilih semula menjadi calon parti itu. - Bernama

PEWARISMELAYU KATA :

Apa guna taruk nama Parti Islam Se-Malaysia kalau ahlinya ada orang bukan Islam?
Kita tukar saja lah nama parti kepada Parti Ajaran Sesat ataupun bak kata ABE Mie, Parti Angkut Sampah!

Posted in , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

ARIFF SHAH - Tak ada hasrat keluar UMNO

Photobucket
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tidak berhasrat untuk keluar dari Umno untuk menyertai parti lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini.

arif shah omar shahMenurutnya, perkara itu dinyatakan oleh Arif Shah kepadanya dalam pertemuan mereka semalam.

Beliau berkata, Arif telah memperjelaskan kepadanya bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai parti lain.

"Dia juga akan kekal sebagai ahli Umno dan menjadi wakil rakyat Umno," kata Abdullah.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.
Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid dan Umno bahagian itu yang didakwanya seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

Arif shah yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, dilaporkan berkata beliau dipelawa menyertai PKR selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah juga kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

Manakala Abdul Jalil pula menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.
Manakala Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim pula berkata, pihaknya akan mendengar penjelasan dua pemimpin kanan Umno Permatang Pauh itu berhubung pertelagahan antara mereka.

Azhar berkata, beliau sudah berjumpa dengan Abdul Jalil semalam dan akan akan menemui Arif Shah selepas ini..

MALAYSIAKINI

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

SURAT TERBUKA KEPADA YB ARIFF SHAH

Kepada YB Ariff Shah, penulis amat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB kerana ini merupakan kenyataan yang amat pedih sekali yang dikeluarkan dari mulut pemimpin Melayu yang berkarisma seperti YB.

YB, Kenapa YB bersikap sedemikian? Ingatlah YB, apakah yang ingin diperjuangkan oleh YB selama ini? adakah YB tidak ikhlas dalam perjuangan YB selama ini? YB hendaklah menjadi pejuang bangsa , agama dan negara. Bukanlah perjuangan untuk diri sendiri. Penulis amat kecewa dengan kenyataan YB.

YB, ingatlah perjuangan PM kita, Abdullah Badawi pada tahun 1987/88. Dia tetap sabar walaupun dia dipecat daripada kabinet ketika menjadi Menteri Luar dan dituduh menjadi ahli Team B yang diketuai oleh Ku Li.

Kesabaran Pak Lah patut dicontohi dan KEIKHLASANnya untuk membela RAKYAT , BANGSA , dan AGAMA. Jangan cepat gelap mata dengan tawaran yang diberikan oleh orang lain. Tawaran itu tidak seberapa dan tidak setanding dengan perjuangan untuk memartabatkan BANGSA, dan AGAMA.

Disaat BANGSA kita dipertikai dan diperlekeh oleh bangsa asing, adakah patut YB berundur daripada perjuangan mempertahankan HAK dan KEISTIMEWAAN kita di tanah air sendiri.
INGAT YB, kami merupakan rakyat yang mengundi YB pada pilihanraya Umum yang lalu dan kami memilih YB disebabkan YB mahu memperjuangan hak - hak kami dan parti kami.

Jangan kerana sedikit tekanan, anda mahu mengalah dan mahu berundur dari parti yang memartabat bangsa kita. YB, janganlah jadi pengkhianat parti dengan menyertai pakatan pembangkang!

YB, sudah terang dan bersuluh, pakatan pembangkang yang ada bukanlah mahu mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa kita di Tanah Melayu sendiri, YB lihatlah barisan 'pengkhianat parti' yang berada didalamnya? Adakah YB mahu rekod bersih dan nama baik YB dicemari dengan menyertai pakatan pembangkang tersebut? Buat baik berpada - pada, buat jahat jangan sekali.

YB, kami, orang - orang Melayu amat memerlukan wakil rakyat seperti YB dan anggaplah segala dugaan ini sebagai satu hikmah, mungkin ada sebabnya ia berlaku. YB, pangkat dan darjat tidak kekal lama, perjuangan kita masih belum selesai. Jangan mudah mengalah YB!

Diakhir sekali, penulis mahu YB memikir kembali dan menarik balik kenyataan yang sudah YB keluarkan. Kepada semua pemimpin UMNO dan BN, ingatlah! Bersatu lah kita semua. Susah senang kita tetap akan bersama. Kalau sayangkan Tanah Melayu, sayangkan Bangsa dan Agama kita, bersatulah! Pangkat dan darjat tidak akan membawa kita kemana mana.

YB, saya amat bangga berbakti kepada jentera parti semasa YB bertanding dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lepas.

Ingatlah rakyat yang menyokongmu
Anak Permatang Pauh, Pewaris Melayu
2 Desember 2008

5 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .