RoS directs DAP to hold fresh CEC elections

KUALA LUMPUR: The Registrar of Societies (RoS) has no intention of deregistering DAP, but the party must hold fresh elections for its central executive committee (CEC), said director-general Datuk Mohammad Razin Abdullah (pic).

Mohammad Razin said in a statement Friday that RoS will be issuing a directive to the party to hold a re-election for the 20 CEC members.

The decision was taken following a recent meeting Mohamad Razin had with Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who is also Home Minister.

"He (Dr Ahmad Zahid) proposed that any action taken by RoS should be based on the Societies Act 1966 and DAP's constitution.

"I want to stress that RoS recognises DAP as a valid party in the eyes of the law. We have no intention whatsoever to deregister DAP," said Mohammad Razin.

Mohammad Razin said some DAP members had expressed their unhappiness over the re-election process of CEC which was held on Sept 29 2013.

He said based on the complaints, ROS believes that the re-election process of the CEC members and main office bearers was not legally carried out.

The DAP held an election in December 2012 involving 2,576 delegates from 865 branches. Due to complaints of irregularities in this election, a re-election was held in September 2013.

Mohammad Razin explained that the 2013 re-election process should have been carried out based on the 2012 list of delegates who were authorised to attend and vote.

He said it was important for DAP to hold fresh elections to ensure that CEC members are voted in legally.

"Only legal and authorised CEC members can vote for the main officer bearers," he said.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Persamaan jijik PAN-DAP perlu disedari

(UTUSAN) KUALA LUMPUR 4 Julai - Walaupun kepemimpinan Parti Amanah Negara (PAN) adalah dari dalam kalangan ahli Pas suatu masa dahulu, namun pengaruh dan penguasaan DAP ternyata lebih mengatasi parti itu.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, sebagai contoh berdasarkan perlembagaan Pas, pemegang jawatan tertinggi parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan diikuti tiga orang Naib Presiden serta 18 AJK Kerja Pas Pusat dipilih dalam Muktamar Tahunan Pas setiap dua tahun.

Katanya, mengikut Perlembagaan DAP, pemegang jawatan tertinggi iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, disusuli lima Naib Pengerusi, Setiausaha Agong dan Bendahari pula dilantik oleh 20 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat yang dipilih dalam Kongres Kebangsaan parti diadakan setiap tiga tahun.

"Apabila meneliti Perlembagaan PAN ternyata pemegang jawatan tertingginya dipilih mengikut kaedah diguna DAP iaitu 25 Ahli Jawatankuasa Tertinggi dipilih dalam Kongres Kebangsaan setiap tiga tahun sekali bagi melantik Presiden, Timbalan dan tiga Naib Presiden.

"Apakah persamaan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi PAN dengan DAP itu satu kebetulan atau agenda terancang? Hakikatnya PAN lebih mirip DAP dan jauh menyimpang dari acuan Pas. Apakah parti sebegini layak diberi kepercayaan memartabatkan Islam di Malaysia," katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini semalam.

Menjelas lanjut, Zein Isma berkata, walaupun Perlembagaan DAP jelas bertentangan dengan syariat Islam, namun apakah PAN bersama parti-parti Pakatan Harapan yang lain mampu menghalang agenda besar DAP untuk mensekularkan Malaysia?

Menurutnya, DAP boleh diibaratkan sebagai 'abang sulung' dalam Pakatan Harapan, manakala adik-adiknya masih baharu, muda dan tidak kuat hanya diperlukan untuk membantu merealisasikan agenda 'abang long'.

Dengan sinis beliau mempersoal, sekiranya abang sulung membiayai kewangan adik, apakah adik berani melawan kehendak abangnya?

"Begitu ironinya hubungan PAN dengan DAP, apabila dirujuk Fasal 2 Perlembagaan DAP, matlamat perjuangannya mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi merangkumi kebebasan dalam beragama daripada diancam undang-undang yang bersifat menindas dan akta berunsur diskriminasi.
"Oleh itu, amat jelas DAP menentang keras pindaan akta RUU355 kerana perjuangannya kekal menyokong kebebasan beragama dan mahukan hak supaya orang Islam juga bebas menukar agama," tegasnya.

Atas sebab itu tegas Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang, DAP menolak keras cadangan memperkasa kedudukan Mahkamah Syariah di Selangor.

Justeru katanya, adalah wajib bagi umat Islam di negara ini perlu menolak perjuangan DAP kerana matlamat perjuangannya nyata bertentangan dengan tuntutan Islam.

"Namun amat pelik apabila ada orang yang kononnya ahli agama bergelar ustaz khususnya dalam PAN dan PKR, tetapi terus menyokong dan bersekongkol dengan DAP.

"Apakah ada perjuangan yang lebih mulia darjatnya daripada menjaga kesucian agama dan memartabatkan kedudukan Islam di kedudukan paling tinggi di negara ini," katanya. - UTUSAN ONLINE


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Almarhum Tunku Abdul Rahman 'makan hati’ kerenah Dr. Mahathir


MUKADIMAH

SEJAK dahulu lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad penuh dengan kerenah dan sikapnya yang kontroversi serta sukar dikawal sesiapa.

Gelagat bekas Perdana Menteri itu seolah-olah suatu seni politik 'sapu sahaja, janji boleh'- yang setara dengan inti pemikiran politik Machiavelli yang berteraskan kekuasaan.

Ikuti babak-babak yang pernah dicetuskan Dr. Mahathir semasa beliau berurusan dalam parti dan kerajaan dalam 10 siri yang dilaporkan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL.

SESIAPA pun elok merenung kembali sejarah dan mengambil iktibarnya.

Politik 'pusingan U' atau u-turn Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad amat menyedihkan. Dalam usia menjengah 92 tahun, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah dicanai dengan pui­sinya yang amat dingati - Melayu Mudah Lupa.

Beliau kini menjalin hubungan dengan pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang mengganggu gugat kestabilan negara.

Bukan itu sahaja, sanggup pula bersekongkol kembali dengan penyangak matawang, George So­ros yang menaja himpunan jalanan haram, Bersih 5.0.
Dahulu menyelar Penasihat DAP, Lim Kit Siang orang nombor satu paling rasis di Malaysia tetapi kini boleh berdakap dan duduk semeja.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sama sahaja seperti yang pernah dilakukannya terhadap bapa Kemerdekaan Negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman (Tunku).

Orang Melayu dan rakyat negara ini tidak pernah lupa bahawa semua Perdana Menteri yang lain pernah 'dibuli' oleh Dr. Mahathir melainkan Tun Abdul Razak.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu menikmati kemerdekaan pada 1957, Dr. Mahathir terlibat sama aktif dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik.

Ada pihak menyatakan beliau merajuk pada waktu itu kerana membantah tindakan Tunku untuk mengadakan perjanjian pertahanan dengan British dan mengekalkan tentera British selepas merdeka.

Namun, apabila diteliti semula rupanya Dr. Mahathir bukanlah tidak berpuas hati dengan pangkalan tentera British tetapi kerana masalah dalamannya sendiri dengan Tunku.

Krisis hubungan antara Tunku dan Dr. Mahathir yang sebelum ini menjadi rahsia umum telah terdedah begitu meluas apabila surat yang ditulis Dr. Mahathr kepada Tunku tersebar luas dalam kalangan rakyat. Sebelum itu, di permulaannya nampak agak tenang namun disebaliknya sedang mengalir air yang keras, deras dan bergejolak.

Surat Dr. Mahathir itu menyentuh berkenaan sikap Tunku Abdul Rahman dalam menghadapi peristiwa 13 Mei dan juga cara Tunku menjalankan pemerintahan negara.

Bagi Tunku sendiri, surat Dr. Mahathir kepadanya yang tersebar luas di seluruh negara telah memusnahkan seluruh pengorbanannya terhadap bangsa dan negara sejak 17 tahun lalu.

Ini mendorong Tunku untuk memberi kata dua kepada UMNO iaitu, pilih "saya atau Dr. Mahathir".

Kata dua itu disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Razak ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Si Taman pada 12 Julai 1969. Menteri Besar Selangor Harun Idris waktu itu berkata: "Kalau begitu buat apa panggil mesyuarat ini, buang sahajalah Dr. Mahathir".

Pandangan ini disokong oleh Ketua Kaum Ibu UMNO iaitu Tan Sri Fatimah Hashim dan juga Pengerusi Pemuda UMNO Negeri Kedah, Syed Nahar Shahabuddin.

Mesyuarat MT ketika itu turut dihadiri oleh Dr. Mahathir sendiri tetapi beliau mengundurkan diri apabila isu mengenainya dibincangkan.

MT mengambil keputusan memecat Dr. Mahathir pada 12 Julai 1969. Sehari selepas pemecatannya, kerajaan telah mengambil tindakan mengharamkan surat Dr. Mahathir kepada Perdana Menteri.

Sesiapa yang memiliknya boleh dikenakan penjara satu tahun atau denda $1,000 atau ke­dua-duanya sekali. Mereka yang didapati menerbit, mencetak atau menyebarkannya pula akan dihukum penjara 3 tahun, atau denda $2,000 atau kedua-duanya sekali.

Setelah mendapati barisan kepimpinan parti yang menyokongnya berserta tindakan negara terhadap surat Dr. Mahathir, barulah Tunku mencu­rahkan perasaan marahnya kepada Dr. Mahathir.

Dalam akhbar Mingguan Malaysia, 20 Julai 1969, Tunku berkata, surat Dr Mahathir "telah memusnahkan seluruh pengorbanan saya terhadap negara dan bangsa yang saya lakukan sejak 17 tahun lalu."

Menurutnya, surat itu telah menyebabkan berlakuknya tunjuk-tunjuk perasaan menentang beliau di Universiti Malaya, kolej Islam dan Institut Teknologi Mara. Katanya: "Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khid­mat saya selama 17 tahun".

Penyiaran berita temubual Tunku di Mingguan Malaysia (wartawan yang terlibat adalah Zainuddin Maidin, kini penyo­kong kuat Dr. Mahathir menentang Najib) mendapat bantahan orang ramai.

Malah Zainuddin sendiri memberitahu, beliau mendapat beberapa panggilan dari orang tak dikenali yang membantah penyiaran berita mengenai Tunku yang disifatkan sebagai cubaan me­nimbulkan simpati orang ramai.

Perkara ini menunjukkan sokongan orang Melayu terhadap Tu­nku.

Setelah dipecat selama 21 bulan, Dr. Mahathir berceramah mengecam UMNO di pentas Pas.

Beliau juga mempertikaikan pemimpin UMNO sebagai tidak membela orang Melayu di atas pentas ceramah Pas (Business Times, 19 Jun 1995).

Pada 1982, ketika Tunku masih hidup, beliau dikatakan tergores hati dengan Dr. Mahathir apabila bangunan Carcosa Negara yang telah dihadiahkan oleh Tunku kepada British diambil balik oleh Dr. Mahathir.

Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mei 1984, Tunku mengangap tuntutan itu sebagai suatu usaha untuk melupakan jasa jasanya. Menurut Tunku, suatu ketika dahulu beliau dituduh menjual negara kepada orang Cina, pada waktu itu pula beliau dituduh seolah-olah telah menjual negara kepada British.

Semasa pemerintahan Dr. Mahathir, Tunku mengkritik ba­nyak tindakan Dr. Mahathir yang disifatkan sebagai membebankan rakyat. Ketika itu, isu-isu sama sahaja dibangkitkan - negara ba­kal muflis, kos sara hidup tinggi, rasuah, dan kronisme.

Malah lebih teruk pada masa itu, Ketua Hakim Negara dan Lima Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipecat. Walaupun Dr. Mahathir mendakwa ia bukan keputusan eksekutif, namun akhirnya pada 2008, kerajaan telah membayar ex gratia kepada keenam hakim ini.

Antara kata-kata Almarhum Tunku ketika itu:

"There is no law, no justice, no freedom of speech. Anybody who speaks out goes to prison. So he has got all the members of the opposition in prison… This is what worries me and all the responsible citizens of this country, no matter what race they come from. We are all worried.

Sebesar mana jasa Dr. Mahathir pun tidak sama dengan jasa Tunku. Almarhum mengorbankan harta, takhta dan segala-galanya untuk kemerdekaan negara.

Tidak seorang anak Tunku pun menjadi bilionair atau jutawan seperti mana anak-anak Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir tidak sepatutnya kecewa apabila ramai pemimpin dan ahli UMNO marah kepadanya kerana bekerjasama dengan Kit Siang, Brown dan Soros untuk menumbangkan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ini kerana itulah budaya yang beliau ajar kepada ahli UMNO sejak dahulu supaya mengutamakan parti, negara dan rakyat daripada kepentingan diri.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kenyataan Ramasamy berbaur hasutan

PULAU PINANG 30 Jun - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menempelak Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy ekoran ke­nyataan yang di­buat berhubung isu kontrak pengendali kantin Politeknik Seberang Perai (PSP).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, kenyataan Ramasamy yang mengaitkan isu itu dengan 'dasar pro-Melayu terang-terangan' Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan.

Menurutnya, kenyataan sedemikian jika tidak dibendung boleh mewujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

"Saya sarankan Ramasamy tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang ber­agama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam dalam si­dang akhbarnya, Ramasamy seperti dila­porkan por­tal berita didakwa berkata, ramai bukan Melayu ma­sih percaya kontraktor ma­kanan dalam isu kontrak pengendali ma­­kanan kantin PSP merupakan mang­sa diskriminasi kaum dan agama.

Isu itu bermula selepas permohonan seorang pengusaha makanan India, G. Gobi Krishnan untuk mendapatkan satu ruang gerai dalam kontrak menyewa dan mengurus kantin di PSP tidak berjaya.

Jawatankuasa Sebut Harga PSP yang membuat penilaian menolak sebut harga Gobi Krishnan bersama tiga penender Melayu lain kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam borang permohonan.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, sebagai Exco kerajaan negeri, Ramasamy seharus­nya lebih bertanggungjawab dan boleh menghubungi pihak pe­ngurusan PSP secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Kata beliau, tindakan memang­gil sidang akhbar dan membuat pelbagai tuduhan liar serta tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PSP bukan tindakan yang wajar.

"Saya memuji tindakan Pemuda MIC negeri yang mengambil inisiatif berjumpa dengan Pengarah PSP untuk mendapatkan penjelasan.

"Ini merupakan satu tindakan berdasarkan pemikiran yang terbuka dan sangat rasional," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .