Pakatan "lemah" sebab konspirasi UMNO-BN!


Haru..

Penulis sangat haru dengan pakatan pembangkang yang kahwin haram ni..

Dari Anwar Ibrahim Al-Juburi dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerajaan UMNO-BN sampai sekarang ni.. Anwar tak habis - habis kata segalanya semua konspirasi kerajaan UMNO-BN..

Perkataan "konspirasi" yang dicanang - canangkan oleh Al-Juburi ni disebarkan kepada semua rakan dalam pakatan, sebagai salah satu "zikir" harian mereka dalam setiap siri ceramah yang mereka adakan. Hebatnya UMNO-BN sebab melakukan pelbagai bentuk tekanan dan sabotaj kepada ahli pakatan.

Benarkah UMNO-BN raja segala konspirasi ataupun ianya satu Qada dan Qadar Allah SWT?

Terbaru, Konvensyen Pakatan Rakyat buat kali ketiga diadakan di Alor Setar Kedah membuktikan satu lagi konspirasi UMNO-BN yang melemahkan pakatan pembangkang.

Dah la berpakat pun cara haram, tak daftar.. Ada ahli politik pun macam haram dan segala - galanya haram pasal pakatan ni.

UMNO dan BN berjaya melemahkan konvensyen pakatan yang lebih kerusi dari orang. Ternyata, mereka hanya jaguh dipentas siri ceramah sahaja, jaguh untuk membuat demonstrasi dijalanan, berkokok tak kehaluan arah, sana sini UMNO-BN disalahkan tetapi benda dalam kain sendiri tak nak tengok baik - baik.

Anwar canang kehebatan pakatan haramnya diseluruh Malaysia. Serata ceruk dia cakap pakatan hebat dan mampu menawan Putrajaya. Tetapi, hanya "bergegaq" dan bertegang urat leher sahajalah.

Konvensyen ketiga pakatan menunjukkan sokongan rakyat pada pakatan haram itu. Baik ke buruk ke dah terserlah segalanya dari gambar diatas.

Kalau siri ceramah, pengunjung yang datang sekitar 1000 orang tetapi dalam blog pembangkang akan tulis 10,000 orang. Kalau pendemo turun untuk jadi pencacai dan barua Anwar pada 901 dijangka 100,000 orang tetapi realitinya hanya 5000 orang pencacai angkat najis yang turun. Itu pun tolak polis dan Press..

Anda kena ingat, whatever things pakatan says on ceramah ia hanyalah sekadar penyedap mulut dan penambah "syok sendiri" walhal "yillek"!!

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .