Memaparkan catatan dengan label Pakatan Rakyat. Papar semua catatan

Jom baca AMANAT Anwar Ibrahim menjelang PRU 13



MARI KITA BACA AMANAT ANWAR IBRAHIM YANG CLAIM DIRINYA BERSIH, SUCI MURNI DAN TAK ADA MASALAH MORAL LANGSUNG! Baca dan fikir. Nak gelak guling guling wei!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca dan memahami mengapa kita perlu bersungguh-sungguh menawan Putrajaya.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur satu lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?

Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
  • Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

  • Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

  • Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

  • Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

  • Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

  • Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

  • Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

  • Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

  • Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

  • Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
  • Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

  • Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

  • Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

  • Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
  1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
  2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
  3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
  4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! SUMBER

Posted in , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar Ibrahim LOW CLASS!! Kantoi debat dengan KJ



Salam to all,

Kalau macam ni la kualiti ketua pembangkang nak jadi kerajaan dan perdana menteri, balik tidur lah wahai penjilat pakatan.

Orang suruh cakap dan buktikan dengan fakta, ni tak jawab dan putar belit sana sini.

Pewaris Melayu kata : Pembangkang Malaysia low class. Tak ada kualiti dalam membangkang!

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BUKTI Anwar Ibrahim memang gila populariti!

Salam to all,

Angin tak ada, ribut tak ada tiba tiba je orang tua ni mengaku tindakan Najib tidak melaksanakan SBPA merupakan desakan daripada pakatan pembangkang. Mana nak letak muka ni? Dia ingat desakan pembangkang tu untuk kesejahteraan rakyat ke? Semua desakan pembangkang hanya bermotifkan politik, memecahbelahkan masyarakat dan memburukkan negara!

Jangan layan orang tua ni. Semua nak betul kat dia. Semua benda baik yang kerajaan buat semua claim atas desakan dan inisiatif daripada pembangkang yang lawan kerajaan.

Sejak bila pakatan utamakan rakyat? Selama ni melalak siang malam nak jatuhkan UMNO/BN sebab teringin nak ke Putrajaya je! Aha!

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Sampahkan Pakatan Rakyatt dari muka bumi MALAYsia!


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau bertindak demikian dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat tepat. BACA LAGI



BUKU JINGGA TU BUKU APA...

BUKU DARIPADA HUBUNGAN HARAM PKR-PAS-DAP ...

DAH LA PAKAT CARA HARAM, LAGI NAK TAWARKAN TAWARAN HARAM..

Pewaris Melayu kata :

Jom cuci Malaysia dari hubungan haram PKR PAS DAP. 

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Valentine's Day : Pas tunjuk WARAK, DAP tunjuk LAGAK!


Salam,

Biasalah dalam pakatan pembangkang. Semua nak wayang.. Semua nak jadi hero..

Sekarang ni Pas dah jadi hero untuk agama Islam. Walaupun depan dabik dada tunjuk hebat tetapi belakang punya cerita depa londeh perabih untuk DAP, demi kuasa demi cita cita ke Putrajaya!

Bila Valentine's Day, Pas mula keluar kepala dari cengkerang PR. Itu ini haram, itu ini tak boleh, itu ini kena tegakkan demi Islam. Mulut berbuih demi Islam tapi ekor penuh taik, taik meleleh dari diliwat PKR dan DAP.

Godfather DAP pun nak jadi JAGUH untuk semua kaum di Malaysia yang mana nak sambut Valentine's Day. Lantak pi la kat orang nak sambut, Pas nak kecoh apa kan, nanti tengok la Pas sengap terus sebab Godfather dah keluar. Silap silap lari.

Alah..wayang, drama cerita yang dicanang pembangkang...

Pewaris Melayu kata : PKR-PAS-DAP pon pakatan haram yang tak berdaftar, melahirkan gabungan haram   PAKATAN RAKYAT, ada hati nak cakap pasal mempertahankan ISLAM. 

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pakatan "lemah" sebab konspirasi UMNO-BN!


Haru..

Penulis sangat haru dengan pakatan pembangkang yang kahwin haram ni..

Dari Anwar Ibrahim Al-Juburi dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerajaan UMNO-BN sampai sekarang ni.. Anwar tak habis - habis kata segalanya semua konspirasi kerajaan UMNO-BN..

Perkataan "konspirasi" yang dicanang - canangkan oleh Al-Juburi ni disebarkan kepada semua rakan dalam pakatan, sebagai salah satu "zikir" harian mereka dalam setiap siri ceramah yang mereka adakan. Hebatnya UMNO-BN sebab melakukan pelbagai bentuk tekanan dan sabotaj kepada ahli pakatan.

Benarkah UMNO-BN raja segala konspirasi ataupun ianya satu Qada dan Qadar Allah SWT?

Terbaru, Konvensyen Pakatan Rakyat buat kali ketiga diadakan di Alor Setar Kedah membuktikan satu lagi konspirasi UMNO-BN yang melemahkan pakatan pembangkang.

Dah la berpakat pun cara haram, tak daftar.. Ada ahli politik pun macam haram dan segala - galanya haram pasal pakatan ni.

UMNO dan BN berjaya melemahkan konvensyen pakatan yang lebih kerusi dari orang. Ternyata, mereka hanya jaguh dipentas siri ceramah sahaja, jaguh untuk membuat demonstrasi dijalanan, berkokok tak kehaluan arah, sana sini UMNO-BN disalahkan tetapi benda dalam kain sendiri tak nak tengok baik - baik.

Anwar canang kehebatan pakatan haramnya diseluruh Malaysia. Serata ceruk dia cakap pakatan hebat dan mampu menawan Putrajaya. Tetapi, hanya "bergegaq" dan bertegang urat leher sahajalah.

Konvensyen ketiga pakatan menunjukkan sokongan rakyat pada pakatan haram itu. Baik ke buruk ke dah terserlah segalanya dari gambar diatas.

Kalau siri ceramah, pengunjung yang datang sekitar 1000 orang tetapi dalam blog pembangkang akan tulis 10,000 orang. Kalau pendemo turun untuk jadi pencacai dan barua Anwar pada 901 dijangka 100,000 orang tetapi realitinya hanya 5000 orang pencacai angkat najis yang turun. Itu pun tolak polis dan Press..

Anda kena ingat, whatever things pakatan says on ceramah ia hanyalah sekadar penyedap mulut dan penambah "syok sendiri" walhal "yillek"!!

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Carta organisasi baru AGAMA Pakatan Rakyat : Bawah naugan Nabi Pas, Imam Mahadi PKR dan Khalifah Umar DAP


Sekarang ni genap sudah pemerintahan Agama Isle Pakatan Rakyat. Moga - moga semua rakyat yang mengundi PR kelak akan mendapat syafaat dari Nabi Pas Nik Aziz dan terus masuk ke dalam syurga yang dijanji - janjikan oleh Pas.

Perlantikan Imam Mahadi PKR, Tuan Haji Anwar bin Ibrahim oleh Badrul Amin menguatkan lagi struktur agama Isle PR yang pastinya membawa rahmat hingga ke akhir hayat.

Yang pasti, anda akan di pimpin oleh pimpinan bersih, cekap dan amanah nak mampos oleh Khalifah Umar DAP yang sanjung ramai.

Inilah model agama Isle PR yang diterajui oleh Nabi Pas yang tak ada dosa langsung (Maksum gila), paling warak dalam dunia, paling hebat (sampai tak boleh kutuk langsung, nanti tak boleh cium syurga) dan yang penting sokong Nabi Pas boleh dijanjikan syurga (beb, siapa tak nak syurga beb).

Maka, ketiga - tiga eleman kuat Isle yang boleh membantu dan membela rakyat setelah PR dapat merampas Putrajaya kelak. Percayalah, 20 tahun Pas tadbir Kelantan Nabi Pas baru buat sebuah masjid, nanti bila PR perintah Malaysia, maka sebutir habuk masjid pun mereka takkan buat.. DEMI AGAMA ISLE PR.

TAKE BEER.. TAKE BEER..

(Sila lekatkan sticker Nabi Pas dikenderaan anda masing - masing, supaya peroleh syurga jika mati eksiden)

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Jom hentam PKR-PAS-DAP (Part 1)

Hentam penjilat PKR! 


Hentam penjilat Pas!

Hentam penjilat Pr!

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pakatan Rakyat cuba nak gula - gula dan memperbodohkan rakyat!

PAKATAN CUBA NAK PANCING! Hello rakyat, ingatla air percuma di selangor dan pulau pinang. Nak jadi macam tu lagi ke?

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Pakatan Rakyat Gabungan Perasan dan Syok Sendiri

Pakatan Rakyat telah berkonvensyen, di sana janji telah dipadu yang konvensyen tersebut sekaligus menjadi majlis merisik dan bertunang, satu majlis perkahwinan juga telah dipersetujui bersama akan dilaksanakan, dan Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua penanggahnya (atau mentara ikut bahasa utaranya).

Dalam kemeriahan, keghairahan dan semangat meraikan kelahiran satu ikatan, satu perkara penting nampaknya telah terlupa untuk dimasukkan sebagai agenda perbincangan, iaitu taklik perkahwinan, perkara yang PAS, PKR dan DAP tidak boleh melakukannya, jika dibuat juga maka secara automatiknya gugurlah talak, kata lainnya bercerailah Pakatan Rakyat ini.

Walaupun perkahwinan belum dimeterai secara sah, andai ada taklik perkahwinan ini, sekurang-kurangnya ia mampu menjadi panduan untuk semua parti dalam komponen Pakatan Rakyat bertindak, apalagi dalam tempoh pertunangan yang bagai dikata orang-orang tua, sangat manis darahnya dan begitu banyak dugaannya ini.

Harus diingat juga, antara isi perjanjian Pakatan Rakyat selepas berkahwin nanti adalah mahu berumahtangga di istana impian bernama Putrajaya, bukan setakat mahu berbulan madu, tetapi mahu kekal di sana selama jodoh dikekalkan Tuhan! Hari ini situasinya, di Putrajaya sana ada keluarga lain sedang bermastautin, yang bernama Barisan Nasional. Sudah tentu Barisan Nasional yang sedang begitu selesa dan gembira di situ tidak dengan begitu mudah mahu berpindah dan mengizinkan Pakatan Rakyat memasukinya. Pelbagai akan dilakukan, santau angin, santau darah, hantu raya, pelesit, polong, semua akan dihantar… termasuk mungkin Azazil yang menyamar sebagai Jibrail.

Perkahwinan Pakatan Rakyat (saya tetap berdoa dalam seribu rintangan dan kepayahan, ia akhirnya tetap akan jadi kenyataan) bukanlah perkahwinan anak dara. PAS pernah berkahwin dengan Barisan Nasional dan Angkatan Perpaduan Ummah, DAP pernah berkahwin dengan Gagasan Rakyat, PKR pula kita semua maklum dari mana kebanyakan pemimpin mereka lahir, ya pemimpin seperti Zahrain Mohd Hashim itu… Sama ada janda atau balu, mereka ini datang dengan ramai anak, anak-anak yang harus didisiplinkan.

Taklik perkahwinan boleh melakukan ini, sebelum keadaan menjadi semakin parah ia harus diwujudkan segera. Tanpa ada sekatan dan batasan, sesiapa sahaja mudah merasa mereka adalah bos, mereka adalah ketua, apalagi jika adanya gelaran YB atau Majlis Pimpinan Pusat atau AJK Pusat atau Central Committee bersama nama mereka. Mereka seolah-olah punya lesen untuk layak dan berhak bagi melakukan apa sahaja, bercakap apa sahaja, tanpa ada perasaan bersalah dengan kesan yang timbul terhadap rumahtangga Pakatan Rakyat yang bakal dibina secara keseluruhannya.

Kerana senario sebeginilah mutakhir ini kita dihadapkan dengan perangai dan gelagat “anak-anak” Pakatan Rakyat yang tidak bersaudara kandung ini. Insiden-insiden ini bagi saya adalah tragedi di ambang perkahwinan Pakatan Rakyat, Hassan Ali dengan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor, Hassan Ali dengan Khalid Samad, Khalid Samad dengan Zulkifli Noordin, Zulkifli Noordin dengan ijma’ PKR Pusat, Zahrain Mohd Hashim dengan kepimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Azan Ismail dengan kepimpinan PKR Pahang di bawah teraju Fauzi Abd Rahman.

Mungkin benar bahawa wujudnya pertelingkahan-pertelingkahan ini adalah kerana masalah-masalah dalaman yang tidak terselesai sehingga sesetengahnya sudah merasa bosan untuk berada di meja rundingan. Mungkin juga benar wujudnya hantu-hantu yang merasuk atau santau-santau yang mengena. Tetapi yang lebih penting, kesemua peristiwa ini memberitahu masyarakat luar tentang lemahnya disiplin sesetengah kalangan pimpinan Pakatan Rakyat dalam berorganisasi, mereka jahil dengan hierarki kepimpinan, adakalanya tidak ada hormat sesama rakan seperjuangan, dan sikap jahil hierarki dan tiada hormat ini pula seringkali di hala ke khalayak awam sehingga mencetus krisis. Sebab itu bila pandangan profesional saya sebagai seorang perunding latihan diminta, saya sering menekankan yang Pakatan Rakyat memerlukan latihan intensif dalam pengurusan krisis dan pengurusan media.

Saya percaya Zaid Ibrahim yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkahwinan yang paling besar saya kira dalam sejarah politik moden Malaysia sedang sakit kepala sekarang. Di sebalik mimpi kegemilangan, insiden-insiden yang sedang berlaku berupaya mencetus tragedi. Rupanya tidak mudah untuk mensaudarakan “anak-anak” dari parti-parti dalam Pakatan Rakyat ini. Mereka selama ini bermain di halaman berbeza walaupun biasa bertemu makan ais krim bersama. “Kebersamaan” mereka selama ini hanya pada perkara yang manis-manis sahaja… seperti bersama-sama disembur FRU. Hari ini mereka bukan sekadar diminta bermain bersama, tetapi juga tinggal serumah, menjadi adik-beradik.

Semua yang mengaku pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat (bukan sekadar pemimpin dan pendukung PAS, PKR, DAP, mahupun SNAP) semestinya berharap rumahtangga ini akan terbina dengan jayanya. Pertunangan yang penuh liku ini tidak seharusnya tersungkur di pelamin perkahwinan. Taklik perlu dilakar segera bagi dihadzam dan diperturunkan kepada “anak-anak” dan seluruh keturunan.

Saya secara peribadi cuma berharap yang baik-baik sahaja, selagi Muhajirin dan Ansar boleh disaudarakan selagi itulah saya melihat perkahwinan Pakatan Rakyat sebagai sesuatu yang munasabah dan perlu disokong. Sekarang ini saya sedang berkira-kira memilih kad yang sesuai bagi dihantar untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pakatan Rakyat. Moga ia menjadi kenyataan, amin.



SUMBER : Harakah Daily

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

UMNO bukan parti rasis

"Lihat dasar Umno daripada dulu. Jika kita perkauman, sudah tentu kita suruh tukar nama, macam di negara jiran kita... tukar kepada Hartono. Kita tidak amalkan itu, kita benarkan lagi nama Koh Tsu Koon dan Lim Keng Yeik. Jika Umno perkauman, kita tukar nama, kita tidak benarkan sekolah Cina dan Tamil. (Tetapi) kita inklusif, kita ambil kira semua kaum," Sumber : BH

 Ya, rakan - rakan dalam Pakatan kena sedar, terutama bangsa India dan Cina, jangan termakan hasutan jahat ahli politik PR yang janji macam - macam. Lihat pada BN yang mentadbir Malaysia 50 tahun, nak dibandingkan dengan kerajaan PR Selangor, Penang dan bekas kerajaan PR Perak yang setahun jagung tu.

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

ADUN Klang Keluar PKR - BN Main Taktik Kotor?

Beberapa hari lepas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada partinya, PKR (baca : Parti Kelentong Rakyat) beberapa puak dalam PR (baca : Pakatan Rapuh) telah menyalak mengatakan BN telah melakukan taktik kotor untuk menjatuhkan pentadbiran negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Mereka menyalak sedemikian kerana masih lagi GILA TALAK kerana kerajaan yang bersih dan tulis didakwa oleh ahli PKR PAS DAP tersebut telah jatuh di negeri Perak Darul Ridzuan pada Febuari yang lepas, adakah pemerintahan PR di Selangor juga akan jatuh?

Biasalah, kalau PKR ke PR terbang / lompat masuk BN dikatakan taktik kotor, tapi kalau ahli BN masuk kedalam PR, pastinya lubang berak pon mereka sanggup jilat untuk memberikan pujian yang terbaik pada katak tersebut.

Dulu banyak sangat katak BN, tapi sekarang katak PR pon dah ada.


“Mereka sendiri yang menyokong, bukan paksaan atau ‘taktik kotor’ BN. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan mereka itu yang menyedari bahawa BN banyak berjasa dalam pelbagai bidang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Apa nak jadi dengan Dun Lunas?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad, Ramadhan kedua apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.

Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.

Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku.

Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian.

Sementara itu pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan.

DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai.

Beliau turut mendakwa mempunyai rakaman perbualan telefon seseorang yang menyebutkan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan untuk membuat kekecohan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, Isnin lalu.

Dalam insiden berkenaan, Gobalakrishnan mencabar arahan polis dan dalam kekecohan yang berlaku dia telah menampar seorang anggota polis. Lakonan Gobalakrishnan tidak berakhir di situ kerana mendakwa cedera parah dan terpaksa menerima rawatan di hospital Bukit Mertajam.

Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah majistret sehari kemudian atas dakwaan menghalng tugas penjawat awam


SUMBER: AGENDA DAILY

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

PKR : Parti perjuangan yang kecewa

Ada apa dengan Parti Keadilan Rakyat? Apa yang istimewa dengan parti yang berusia baru sepuluh tahun itu? Apa yang diperjuangkan oleh parti tersebut? Secara umumnya, PKR merupakan parti serpihan yang wujud setelah kejatuhan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang pada ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri.


Tidak ada apa yang istimewa dalam PKR. PKR merupakan parti orang kecewa dalam persada politik tanah air. Lihatlah siapa yang menyertai PKR, ternyata individu yang mana menyertai parti itu mempunyai masalah peribadi dengan parti lama, tidak dapat mempertahankan jawatan, kurang sokongan ataupun mempunyai agenda tersendiri dan tidak ikhlas dalam perjuangan.


Terbaru, Datuk Chu Jui Meng menyertai PKR dan seterusnya bekas setiausha agung MIC, S.Subramaniam pula menyertai PKR. Ternyata mereka mempunyai agenda peribadi sendiri setelah kecewa dengan parti masing - masing.


PKR juga boleh dilabel sebagai PARTI TONG SAMPAH. Logiknya, kalau ahli Umno yang mempunyai masalah dan dituduh rasuah dan istihar keluar dari partinya, parti mana yang akan mengambil ahli Umno yang rasuah tersebut? PKR sahajalah kan?


Biasalah, politik memang kotor. Tuhan suruh cari makan ikut jalan depan, ada saja yang "sedap main" jalan belakang. Tak kisahla, asalkan masing - masing dapat nikmat, dapat raih kekayaan dan dapat kembungkan perut masing - masing. 


Umno dituduh rasuah, tetapi rasuah dalam parti mereka tak pernah disentuh, malahan ditutup lagi. Bak kata orang tua - tua, mana boleh kita nak tutup bangkai gajah. Lama - lama bau busuk juga.


Ok, selamat berkhidmat dengan parti tong sampah wahai orang - orang yang kecewa. Lawan tetap lawan? Haktuih!

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

BN Kalah di Manik Urai, Pas gelabah menang 65 undi majoriti

Ha, itulah yang penulis tengah pening, sebenarnya pilihanraya kecil Manik Urai semalam dmenangi oleh pihak pas dengan undi sebanyak 5248 mengatasi BN yang mendapat undi sebanyak 5283 dengan majoriti 65 undi.


Kenapa dalam kegembiraan Uji Ikan mendapat kemenangan tersebut terdapat juga  nada kesedihan dan ketidak puashatian dalam menerima keputusan PRK yang dimenangi oleh mereka itu? Tak perlulah nak menghentam BN kerana mereka gagal mempertahankan majoriti arwahyarham Ismail Yaacon pada PRU lepas.


Berbanggakah? Penulis turut bangga moral BN telah naik dinegeri Kelantan dan penulis tahu orang muda sudah tidak menghargai MB Kelantan dan Mursyidur Am Pas tersebut sebagai Tok Guru besar dinegeri tersebut.


Duit sudah dilaburkan berjuta ringgit oleh Pas dan BN, tapi orang Pas masih tuduh orang BN main taktik kotor dalam PRK MU. Aduhai, itulah yang mereka tahu, menuduh sebarangan tanpa bukti. Memang orang Pas berperangai sedemikian, buta mata, buta perut dan buta perasaan.


Bagusnya analisa yang ditulis oleh pihak Malaysiakini dalam kemerosotan undi Pas di Manik Urai dan penulis harap ia akan terus merosot dan jatuh ditimpa bumi kelak, jangan biar parti yang memperalatkan agama dan menjahanamkan bangsa terus kekal dibumi Malaysia.


Alangkah baiknya jika Pas difatwakan haram dan ajaran sesat kerana tingkahlaku dan selok belok dalaman dan tuturan "ulama" Pas yang mencerminkan ketaksuban dan ketidakbetulan ajaran yang dibawa oleh mereka. Nantikan pendedahan berani dari penulis kelak. Pas memang parti ajaran sesat yang tidak boleh disangkal lagi. 


Ayuh rakan - rakan kita menjadikan MU platform menjatuhkan Pakatan Rakyat yang mana berjuang diatas dasar Malaysian Malaysia dan memporakperandakan Malaysia yang tercinta ini. Takkbbiirrrr! Allahuakbar!

Posted in , , , | 12 Comments
Jom komen di Facebook!

Lim Guan Eng, letak jawatan!

Amat memalukan sekali pemimpin yang BETUL BETUL bersih dan BERJIWA RAKYAT ini membuat kenyataan yang bodoh! Inilah balasan tuhan. Pada masa awal dia memegang kuasa kerajaan PR Pulau Pinang, dia suka menuduh dan memburukkan kerajaan BN Pulau Pinang yang lalu. Itu ini serba tak kena dan sekarang tak tuhan dah tunjuk belang sebenar Guan Eng.

Semasa ceramah Pilihan Raya Kecil Penanti Mei lalu, Mat Sabu @ Badut Pas memuji kebijaksanaan Guan Eng mentadbir negeri Pulau Pinang dan Mat Sabu memuji sehingga menjilat licin punggung Guan Eng untuk mengampu beliau dengan berkata Guan Eng ini adik kami.

Sekarang? Apa dah jadi? Bila diberi cabaran oleh tuhan dalam kes Kampung Buah Pala, Guan Eng bertindak lepas tangan dengan menyerahkan kes tersebut kepada boneka India, TKM 2 dan boneka Melayu PR, Mansor Othman.

Lebih dari itu, Guan Eng bertindak lari meninggalkan kediaman rasmi KM Pulau Pinang dengan alasan nak berjimat cermat. Aduhai, jangan berdalihlah wahai Ketua Menteri BERSIH! Di mana kepimpinan ulama yang kau agung dan nak laksanakan tu? Jangan kencing rakyat Pulau Pinang. Anda tidak releven lagi.

Penulis menyahut seruan singkirkan Ketua Menteri yang bongkak, riak dan tak sedar diri ini. Ayuh! Ayuh!

Posted in , , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Kor Ming Bela Nizar : Semua Depa Betul!

Berita penuh disini

Biasalah, bila orang suruhan depa dah kena belasah dengan geng sendiri, boss buat la kenyataan bela orang suruhan depa tu. Alahai Kor Ming, Lu gelabah semacam je. Apa kes? Dah terang - terang Nizar dah melanggar peraturan mesyuarat ketika sesi Dewan Rakyat beberapa hari lepas, buat apa nak bela lagi?

Inilah politik populariti murahan yang dibawa oleh pemimpin politik pembangkang. Tahu nak buat kecoh saja. Ingatkan masa perasmian Dun Perak hari tu sahaja, rupa - rupanya perangai liar dan perak jakun tu dibawa masuk dalam Dewan Rakyat jugak.

Alahai Nizar, apalah nasib badan. Pusing kiri salah, pusing kanan tak kena, bila lah nak habis gila talak hang tu Datuk Nizar!

Posted in , , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Nizar Oh Nizar : YB yang paling memalukan!

Semalam, DS Nizar Jamaluddin telah mengangkat sumpah sebagai YB di Parlimen Bukit Gantang. Baguslah, beliau baca teks angkat sumpah tersebut dengan jelas dan lancar.

Tapi, adakah Nizar benar - benar taat dengan apa yang beliau sumpah? Adakah Nizar mengikuti dan taat akan akad sumpah tersebut? TIDAK sama sekali.


Perbuatan DS Nizar amat memalukan Parlimen Malaysia. Kenapa beliau perlu bersorak seperti dirasuk Syaitan? Inikah HERO RAKYAT? Adakah perbuatannya itu direstui rakyat Perak dan pengundi di Bukit Gantang.

Kalaulah penulis pengundi Bkt Gantang, penulis amat malu mempunyai YB macam ni. Sudahla gila pangkat, gila Camry, Gila Rumah MB, Gila Pejabat MB, Gila Meroyan dan yang paling tak boleh terima, GILA TALAK.

Benar atau tidak? Dulu beliau nak sangat dihakimi di mahkamah, tapi bila dah mahkamah memberikan kata putus, beliau tuduh pulak macam - macam pada mahkamah, Barua BN la, agen Najib la, dan macam - macam lagi.

Harapan penulis, DS Nizar perlu menjadi pembela Melayu, jangan jadi pembela cina dan penjahanam bangsa.

Posted in , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .