Saya takkan berundur - Zahid Hamidi



KUALA TERENGGANU 26 Okt. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini me­negaskan yang beliau tidak akan berganjak daripada menggalas tanggungjawabnya sebagai Presiden UMNO.

Tegas bekas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau juga tidak akan tunduk kepada desakan atau gesaan mana-mana pihak supaya beliau mengambil cuti seketika sehingga kes pertuduhan terhadapnya di mahkamah selesai.

Ahmad Zahid berkata, beliau tidak akan mengalah, malah menganggapnya sebagai bukan satu pilihan, sebaliknya mengambil keputusan untuk meneruskan tugas sebagai Presiden UMNO bersama-sama barisan kepe­mimpinan tertinggi parti.

Beliau telah meneliti ke­nyataan akhbar yang dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan berpendapat perkara itu tidak sepatutnya dibuat menerusi media, sebaliknya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu.

"Saya reda dengan apa yang sedang dilakukan, tetapi bila keadaan ini berlaku dan ada cadangan untuk saya ambil cuti, dalam erti kata lain untuk berundur, saya tidak anggap ia adalah satu option (pilihan).

"Mengalah bukan satu option dan saya ambil keputusan untuk teruskan tugas sebagai Presiden UMNO bersama-sama dengan Timbalan Presiden, Naib Pre­siden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan lain-lain serta kepemimpinan sayap parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas mengadakan perjumpaan khas bersama kepemimpinan UMNO Terengganu di Bangunan UMNO Kuala Terengganu sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini hari ini.

Yang turut hadir Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan; Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa serta kepemimpinan UMNO Pusat dan negeri.

Ahmad Zahid berkata, hala tuju politik UMNO menentukan perpaduan dalam kalangan pemimpin parti itu dan daripada mandat yang diberi, beliau berjanji untuk meneruskan khidmatnya sebagai Presiden UMNO sehingga tamat penggal.

Ini kerana jelasnya, wujud pemilihan dalam parti itu yang lazimnya ditentukan dalam Perhimpunan Agung UMNO me­ngenai kedudukan seseorang pe­mimpin yang memegang sesuatu jawatan dalam parti.

Pewaris Melayu : Bagi pendapat penulis, saya setuju dengan Pemuda, Puteri dan Wanita akan Zahid harus beri keutamaan kepada UMNO untuk terus releven dan berubah. Pergilah bercuti sehingga habis perbicaraan. Macam mana UMNO nak pulih kalau presiden kalut nak kena naik turun mahkamah?

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Saya takkan berundur - Zahid Hamidi

  1. Ada bermacam pendapat dlm hal ini. mgkn zahid patut bertahan selagi boleh. Sbb yg dok sebelah PH tak kan "play it fair". Zahid berehat then Tok Hassan naik jadi presiden. By that time we will see another case will be made for Tok Hassan by PH. So apa pilihan kita? Lawan atau ikut game yg Mahathir buat utk menunjukkan dah takda pemimpin dlm Umno yg boleh pakai? Anwar keluar masuk jail masih jugak pemimpin tertinggi PKR.

    BalasPadam
  2. Betul, semua game Dr M ja, tk pyah menari ikut rentak dia. ikut sja Presiden yg ada dn slagi blm Syahid maju trus, ini ketua Pemuda msh hingusan tk nmpak mainan lihai Dr M alkerali. . baik buruk dmi perjuangan taat aja pd pemimpin yg ada..spatutnya Kta dngar rentak muzik sdh tau tarinya, ni wajdi nk ikut style khairi Si Liberal. perjuangan msti d lhat dg mata hati bkan tkat mta kpala. apa si w
    ajdi bljar smpai Phd msh tk bleh bca... hemm

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .