Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang dengan majoriti besar 3238 di PRK Cameron Highlands. Banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan ini, antaranya:
1. Calon yang berwibawa dari kalangan Orang Asli Kaum Semai dan anak tempatan memberikan kelebihan kepada Tuan Ramli Mohd Nor.
2. Sokongan yang tidak berbelah dan kerja kuat Pimpinan dan Jentera Pas yang bersungguh-sungguh memujuk lebih 2000 ahli tegar Pas terutamanya di Peti Undi Kg Keledek (BN tidak pernah menang peti undi ini), Peti Undi Bukit Kota dan Sungai Koyan 3.
3. Kerjasama kukuh dan gerakerja sepadu semua jentera BN termasuk sayap-sayap yang berkampung lebih 2 minggu di semua kawasan peti-peti undi seluruh Parlimen. Sebagai contoh, Pemuda UMNO ada yang berkhemah tepi sungai di perkampungan orang asli untuk pastikan program berterusan dapat dijalankan dengan lancar.
4. Buat pertama kali Wanita UMNO dan Muslimah Pas bergandingan bersama bergerak naik turun rumah ke rumah pengundi terutamanya di kawasan DUN Jelai.
5. Kegigihan dan keikhlasan jentera UMNO di semua peringkat yang datang dari seluruh Malaysia untuk membantu tanpa mengira penat dan tanpa mengharapkan sebarang upah mahupun duit minyak.
6. Sentiman orang Asli kaum Semai yang masih kuat sayangkan BN dan merasa terhutang budi kepada pimpinan terdahulu. Ini dapat disaksikan dengan kehadiran beramai-ramai ketika Datuk Seri Najib turun berkempen di kawasan mereka.
7. Rakyat khususnya peneroka Felda amat merasai kesan kos sara hidup yang meningkat dengan kejatuhan harga komoditi sawit dan getah. Mereka tidak nampak Kerajaan PH melakukan tindakan yang berkesan untuk menggerakkan pelan bagi tujuan untuk menaikkan semula harga komoditi.
8. Rakyat masih merasai tertipu dengan segala janji-janji kosong Kerajaan PH yang masih tidak mengotakan segala apa yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 lalu.
9. Rakyat khususnya Orang Melayu dan Bumiputera rata-rata mahu melihat kerjasama utuh antara UMNO dan PAS sebagai isyarat ke arah penyatuan ummah dan kestabilan negara keseluruhannya.
10. Faktor populariti Datuk Seri Najib Razak juga banyak menyumbang ke arah kemenangan besar kali ini terutamanya di kalangan peneroka FELDA dan Orang Asli yang masih merasai jasa dan sumbangan beliau kepada mereka.
Apa-apapun kemenangan PRK Cameron Highlands ini boleh menjadi penyuntik semangat ke arah
Kebangkitan kembali BN demi rakyat dan negara.
#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan