Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan

BN menang di PRK DUN Semenyih


(utusan) HULU LANGAT 2 Mac. Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-Pas berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas menang dengan majoriti 1,914 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Calon BN, Zakaria Hanafi memperoleh sebanyak 19,780 undi sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi

Dua calon lagi iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul mendapat undi sebanyak 847 undi manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng pula sekadar memperoleh 725 undi.



Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Semenyih, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar kira-kira pukul 9.20 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian dekat sini.

Menurut Mohd. Sayuthi, undi ditolak sebanyak 650 dan peratusan keluar mengundi sebanyak 73.24 peratus.

Kejayaan BN hari ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dalam PRK selepas memenangi PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

Hadir sama menyambut kemenangan tersebut ialah Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN ONLINE

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ahli Pas menangis, sebak undi BN


LIPIS 27 Jan. - Keputusan ahli-ahli Pas mengundi calon Barisan Nasional (BN) merupakan satu pengorbanan besar apabila ada antara mereka yang menangis dan sebak selepas nekad untuk mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

Ahli Jawatankuasa Pas Cameron Highlands, Wan Mahadir Wan Mahmud berkata, demi taat kepada pemimpin dan demi penyatuan Islam mereka tetap melangkah mengundi BN dengan perasaan bercampur sedih dan terharu.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas, Najib, calon faktor kemenangan BN

BARISAN Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti besar.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor memperoleh 12,038 undi manakala calon Pakatan Harapan, M. Manogaran pula menerima 8,800 undi.

Calon Bebas iaitu Wong See Yee dan Sallehudinn Ab. Talib masing-masing mendapat 276 dan 314 undi.

Kemenangan pertama BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sejak ber­akhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu itu disokong ba­nyak faktor yang dapat dilihat de­ngan jelas sepanjang dua minggu berkempen.

Kerjasama erat di antara UMNO dan Pas nampaknya ‘membuahkan hasil’ lumayan khususnya menarik undi orang Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.

Angka tidak rasmi un­dian menunjukkan calon BN mendapat majoriti sebanyak 5,734 undi di 12 pusat pe­ngundian di DUN Jelai.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

'10 faktor BN menang' - Asyraf Wajdi


KEMENANGAN PENCETUS KEBANGKITAN SEMULA BN

Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN menang dengan majoriti besar 3238 di PRK Cameron Highlands. Banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan ini, antaranya:

1. Calon yang berwibawa dari kalangan Orang Asli Kaum Semai dan anak tempatan memberikan kelebihan kepada Tuan Ramli Mohd Nor.

2. Sokongan yang tidak berbelah dan kerja kuat Pimpinan dan Jentera Pas yang bersungguh-sungguh memujuk lebih 2000 ahli tegar Pas terutamanya di Peti Undi Kg Keledek (BN tidak pernah menang peti undi ini), Peti Undi Bukit Kota dan Sungai Koyan 3.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Rasmi: BN menang Parlimen Cameron Highlands


(Utusan) CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor meraih 12, 038 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran 8,800 undi.

Calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib 314 undi manakala Wong Seng Yee 276 undi.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Parlimen Malaysia dibubarkan



Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Posted in , , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .