Memaparkan catatan dengan label DUN Selangor. Papar semua catatan

Halili keluar PKR sertai umno


GAMBAR menunjukkan Anwar dan isterinya bersama pakar bedah, Thomas Hoogland (dua dari kiri), Azmin Ali dan Halili (kanan) ketika Anwar mendapatkan rawatan tulang belakang di Hospital Munich, Jerman pada September 2004.


PETALING JAYA - Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat, antara pengasas parti itu, mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Halili, 58, seorang pakar bedah yang pernah menjadi doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana PKR telah terpesong jauh daripada perjuangan di mana beliau turut terlibat secara langsung semasa mengasaskan parti itu pada 1999.

Menurut beliau, PKR kini dikuasai kumpulan kecil pemimpin yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

"Sudah nyata lagi jelas PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi lebih condong kepada sebuah parti yang pentingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kepada kesejahteraan rakyat walaupun sudah diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri," katanya kepada pemberita di sebuah hotel di sini semalam.

Halili berkata, beliau tertarik dengan kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa perubahan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi sokongan penuh kepada usaha beliau dan pemimpin kerajaan yang lain," katanya.

Halili menafikan kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau pernah bertanding sebagai calon PKR bagi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Kali pada 2004 tetapi tewas.

Anak jati Ulu Yam itu berkata, kredibiliti PKR kini sukar dipertahankan memandangkan tidak ada apa yang dibuat oleh parti itu untuk kesejahteraan rakyat selepas dua tahun memerintah Selangor. SUMBER

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

PKR calon Zaid Ibrahim

HULU SELANGOR: Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April ini.
Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan nama Zaid yang juga penyelaras parti dalam PR di Dewan Komuniti Serendah di sini, jam 11 malam tadi.
Hadir sama, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin parti itu dan dihadiri lebih 3,000 penyokong.

Menurut Anwar, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diyakini mampu meraih kemenangan besar mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor. "Saya yakin pengundi Hulu Selangor akan memilih Zaid dalam pilihan raya kecil itu nanti. Bersama-samalah kita nanti keputusan yang berpihak kepada Pakatan Rakyat,” katanya. Zaid dilahirkan di kampung Cat, Bachok, Kelantan. Beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang menubuhkan firma guaman Zaid & Co.

Beliau kini adalah penyelaras parti dalam komponen PR.  SUMBER

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Jangan habiskan masa untuk berpolitik saja: Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini tidak mahu ahli politik Selangor menghabiskan masa yang banyak dengan berpolitik sahaja tanpa mengira tempat tempat dan masa.

“Di dalam Dewan ini, gunakanlah kesempatan yang terhad untuk membincangkan dasar-dasar yang baik dan janganlah berkelakuan yang tidak sepatutnya. “Semua Ahli Dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal-budi kepada semua,” titah baginda pada majlis perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah sebagai Ketua Negeri, baginda ingin melihat Selangor terus berkembang maju dan kerajaan dapat menjalankan amanah kepada rakyat dengan cekap dan lancar.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .