Memaparkan catatan dengan label adun pkr. Papar semua catatan

PKR calon Zaid Ibrahim

HULU SELANGOR: Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April ini.
Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan nama Zaid yang juga penyelaras parti dalam PR di Dewan Komuniti Serendah di sini, jam 11 malam tadi.
Hadir sama, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin parti itu dan dihadiri lebih 3,000 penyokong.

Menurut Anwar, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diyakini mampu meraih kemenangan besar mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor. "Saya yakin pengundi Hulu Selangor akan memilih Zaid dalam pilihan raya kecil itu nanti. Bersama-samalah kita nanti keputusan yang berpihak kepada Pakatan Rakyat,” katanya. Zaid dilahirkan di kampung Cat, Bachok, Kelantan. Beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang menubuhkan firma guaman Zaid & Co.

Beliau kini adalah penyelaras parti dalam komponen PR.  SUMBER

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Calon MIC akan tanding di Hulu Selangor: Najib

2010/04/07

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini adalah dari MIC.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, nama calon akan dipilihnya selaku Pengerusi BN. Berita Harian

PRK Hulu Selangor Ujian Besar Bagi BN Negeri

SHAH ALAM, 7 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, merupakan ujian besar kepada Barisan Nasional (BN) Selangor.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau mahukan semua jentera BN di negeri ini bertindak secara muafakat dan bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

Semangat setiakawan dan kerjasama di kalangan parti komponen BN perlu dikukuhkan sebagaimana Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman membina Parti Perikatan pada tahun 1955, katanya semasa menyampaikan amanat pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor sehari di sini Rabu.

"Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Perikatan diperkukuhkan lagi oleh penggantinya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang menubuhkan BN bagi menggantikan Perikatan dan Umno tidak merampas kuasa pada ketika kekecohan itu kerana percaya dengan struktur parti seperti BN akan memberi lebih kejayaan pada Malaysia," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. Penamaan calon ialah pada 17 April.

Beliau berkata apabila menjadi anggota BN, ini tidak bermakna parti-parti komponen akan sentiasa mendapat apa yang dihajati.

Bagaimanapun, bagi menawan semula Selangor daripada pembangkang, Najib berkata BN perlukan kerjasama semua parti dan tidak ada parti boleh melakukannya berseorangan bagi meraih sokongan dan undi daripada kaum lain termasuk Orang Asli.

Kekalahan BN Selangor dalam pilihan raya umum 2008 sudah tentu menjadi waktu yang amat mencabar, amat menguji ketahanan dan daya juang untuk menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, katanya.

"BN Selangor masih kuat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan malah keazaman, iltizam politik kita bukan sekadar meneruskan perjuangan tetapi untuk kita memahami, menginsafi dan menghayati bahawa rakyat Selangor telah menolak BN pada pilihan raya umum yang lepas," katanya.

Namun, Najib berkata penolakan pengundi Selangor terhadap BN diangap sebagai sementara sahaja dan sebagai mesej dan peringatan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu pembangkang tetapi mahu BN berubah.

Beliau berkata: "Mesej yang berikan pada kita pada 2008, jalan dibuai dengan keseronokan, jangan dibuai dengan slogan, faham dengan kuasa rakyat, mereka boleh mengubah.

Kalau kita berubah, InsyaAllah, mereka tak suka pembangkang, hari ni saya diberitahu (seseorang) saya bukan nak pembangkang tetapi nak BN berubah."

Ada pengundi yang sedar dan tahu bahawa pembangkang itu indah khabar dari rupa dan masalah mereka lebih berat daripada apa yang dialami oleh parti komponen BN di mana ada di kalangan pemimpin-pemimpin kanan mereka meninggalkan parti kerana tidak sefahaman lagi dengan pucuk pimpinan, katanya.

Oleh kerana itulah, Najib berkata sentimen, kesedaran rakyat dan angin sedang bertiup kencang ke arah BN.

Pada konvensyen itu, Najib bersama pemimpin BN pusat dan negeri membacakan ikrar yang dipanggil Deklarasi Darul Ehsan yang antaranya ialah berubah dan melakukan tranformasi untuk menjadi barisan hadapan dalam menjuarai isu rakyat.

Mereka juga berikrar antaranya untuk bersungguh dan ikhlas berkhidmat demi membela nasib rakyat dan mengembalikan maruah dan peranan negeri Selangor sebagai pemangkin kemakmuran ekonomi negara agar nikmat kemajuannya dapat dirasa oleh semua bangsa.

Turut hadir pada konvensyen itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Naib Presiden MCA dan juga Pengerusi MCA Selangor Datuk Seri Ir Donald Lim Siang Chai, Presiden PPP, Datuk M.Kayveas, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Konvensyen BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

-- BERNAMA
 

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

ADUN Klang Keluar PKR - BN Main Taktik Kotor?

Beberapa hari lepas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada partinya, PKR (baca : Parti Kelentong Rakyat) beberapa puak dalam PR (baca : Pakatan Rapuh) telah menyalak mengatakan BN telah melakukan taktik kotor untuk menjatuhkan pentadbiran negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Mereka menyalak sedemikian kerana masih lagi GILA TALAK kerana kerajaan yang bersih dan tulis didakwa oleh ahli PKR PAS DAP tersebut telah jatuh di negeri Perak Darul Ridzuan pada Febuari yang lepas, adakah pemerintahan PR di Selangor juga akan jatuh?

Biasalah, kalau PKR ke PR terbang / lompat masuk BN dikatakan taktik kotor, tapi kalau ahli BN masuk kedalam PR, pastinya lubang berak pon mereka sanggup jilat untuk memberikan pujian yang terbaik pada katak tersebut.

Dulu banyak sangat katak BN, tapi sekarang katak PR pon dah ada.


“Mereka sendiri yang menyokong, bukan paksaan atau ‘taktik kotor’ BN. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan mereka itu yang menyedari bahawa BN banyak berjasa dalam pelbagai bidang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .