Memaparkan catatan dengan label agong. Papar semua catatan

Istana Negara umum nama rasmi Agong dan Permaisuri


KUALA LUMPUR 29 Mac - Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Manakala, nama rasmi Raja Permaisuri Agong adalah Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj,” katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini. - UTUSAN ONLINE

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Daulat Tuanku! Pertabalan DYMM Sultan Abdul Halim sebagai Yang diPetuan Agong ke 14

Buat julung kalinya Istana Negara baru di Jalan Duta akan diadakan istiadat pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari ini...

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan Sultan Kedah, telah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja Melayu setelah Yang Di Pertuan Agong Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah tamat tempoh pemerintahan selama 5 tahun...

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

Baginda pernah ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong Ke-5 pada tahun 1970 hingga 1975 dan kini sekali lagi dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong Ke-14.




Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .