Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Ini Yang Cina MCA Berani Buat Apa Yang Cina DAP Takut!




Apabila EXCO Pakatan Harapan Kedah menaikkan tugu peringatan Tentera Jepun Sebagai Wira Negara dengan kerjasama Konsolut Jepun, isu menjadi viral dan kontroversi.

Hari ini MCA bangun memprotes cara Kerajaan Kedah mengiktiraf tentera Jepun dengan menyelubungi tugu peringatan berkenaan dengan kain hitam yang berbunyi,

“Rakyat Malaya Yang Terkorban Sebab Menentang Jepun Barulah WIRA”

Apa yang MCA lakukan ini tidak mungkin dilakukan oleh DAP.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Daulat Tuanku! Pertabalan DYMM Sultan Abdul Halim sebagai Yang diPetuan Agong ke 14

Buat julung kalinya Istana Negara baru di Jalan Duta akan diadakan istiadat pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari ini...

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan Sultan Kedah, telah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja Melayu setelah Yang Di Pertuan Agong Ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah tamat tempoh pemerintahan selama 5 tahun...

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

Baginda pernah ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong Ke-5 pada tahun 1970 hingga 1975 dan kini sekali lagi dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agong Ke-14.




Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bye bye Kadiaq!

Ini baru anak jantan.

Tak puas hati terus keluar dari UMNO. Jangan jadi duri dalam daging bagi parti UMNO. Nak komen nak baiki parti boleh suarakan ke saluran yang betul bukannya merosakkan parti dengan beri kenyataan yang bukan bukan.

UMNO tak pecat keahlian Kadiaq, dia yang letak jawatan dalam UMNO. Baca berita ini

Bagi penulis, kalau niat tu ikhlas nak berjuang dalam parti demi menaikkan nama parti dan berkhidmat untuk rakyat, takkan jadi tuduhan itu ini. Takkan sanggup ahli sesebuah parti nak memalukan dan mencederakan parti sendiri kalau dia benar benar sayangkan partinya.

Pewaris Melayu : Elok letgo pemimpin macam ni kat parti lain. 

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Sign boad di Kedah juga mahu dipolitikkan?

ALOR SETAR: Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.

Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.

Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. BERNAMA

SUMBER

Pewaris Melayu : Alahai Ustaz Azizan, tak ada modal lain ke, asyik - asyik nak sebut kerajaan yang lepas.. Tak paham betul..

Posted in , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .