Memaparkan catatan dengan label kelantan. Papar semua catatan

Oh, akhirnya .... Nik Aziz



Sumber : Malaysiakini.com

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..

Tau pulak ayah dia dah tua, ingatkan nak jadi MB Kelantan untuk seumur hidup. Mana la tau, nak 'mangkat' dalam jawatan MB. Dah jadi macam tu, semua pakat ketaq habis.

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Manik Urai : Tolak BN Tolak Pembangunan, tapi pilih Pas??

 Pengundi Manik Urai patutlah berpuas hati kerana telah memilih Pas yang mana tak menjanjikan apa pun untuk pembangunan dalam Dun tersebut. Apabila BN menawarkan pembangunan seperti jambatan baru untuk kemudahan masyarakat dan nak memajukan kampung tersebut sebagai kawasan anak emas, mereka bulat - bulat menolak pembangunan yang ditawarkan BN kerana mereka sudah cukup makan dan cukup selesa dibawah pemerintahan Tok Guru Nik Ajis.

Tak cukup makan pun tak apa, hanya perlu mintak doa dan berkat dari Tok Guru sudahla, nanti ada sahaja makanan akan turun dari langit untuk membantu mereka, berkat doa dari Tok Guru.

Tak perlu pembangunan, anak - anak muda kena berhijrah ke bandar besar seperti KL, JB dan Penang untuk hantar pulang duit kepada orang tua mereka yang mana mengundi Pas di Manik Urai.

Ternyata anak muda perlukan pembangunan untuk terus hidup di kampung masing - masing tanpa perlu keluar berhijrah seperti mat bangla yang datang ke Malaysia untuk cari duit dan menghantar ke anak bini masing - masing. Itulah realiti anak muda kelantan yang terpaksa keluar dari negeri mereka dan ada daripada mereka yang tak mahu balik ke kampung halaman kerana sudah selesa dengan kesenangan di bandar besar.

Oh ya, bila ditanya perlukah pembangunan di Kelantan, jawapannya tidak perlu. Bila nak besarkan jalan, minta tolong Tok Guru buat ceramah mega dan kutip duit rakyat lalu besarkan RUMAH PAS dan lupakan masalah nak besarkan jalan. Lepas itu, tuduhlah kerajaan pusat sekat itu ini kepada rakyat Kelantan.

Tolonglah, korang memang tak payah nak bersusah payah dengan pembangunan sebab tak mahu susahkan kerajaan negeri yang mana langsung tak buat kerja untuk pembangunan. Yelakan, bila sebut saja pembangunan, nanti - nantilah. Sampai dah tua kerepot pun, masih lagi gunakan jalan yang tidak berturap dan tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Kita makin lama makin maju, mereka dibawah pemerintahan Tok Guru hidup susah macam tinggal di tahun 1970an.

Bila ditanya pasal pembangunan, Tok Guru tak kisah sebab kita dah cukup makan dan cukup selesa. Bila susah, minta doa Tok Guru suruh legakan kesusahan yang dihadapi mereka. Tok Guru makin lama makin tambah hartanya, korang rakyat yang "nangoi" kat bawah tu masih lagi ditahap miskin tegar. Nak bantu tak mahu, bila tak bagi bantuan, dikata pula sekat ini dan sekat itu.

Ok, kesimpulan sekarang, selepas sahaja Pilihan Raya Kecil Manik Urai tamat, jangan minta apa - apa dari kerajaan persekutuan kelak kerana mereka telah menolak janji pembangunan yang ditawarkan di Manik Urai. Jika korang kata BN sekat itu ini di negeri Kelantan, fikirlah apa yang anda lakukan pada PRK MU lalu.

Ingat, bila susah itu ini, minta sahaja Tok Guru doakan. Moga - moga, pertolongan dari langit jatuh keriba. Wallahualam.

Posted in , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .