Memaparkan catatan dengan label nik aziz. Papar semua catatan

Muzakarah UMNO-PAS : Nik Aziz GILA dan NYANYUK!


Salam to all,

Jelas, tembelang Pas dah pecah untuk bermuzakarah dengan UMNO. Apa celup ni. Pas dah betul - betul nazak, Dulu Nik Aziz cakap UMNO dah nak karam dan patut ditenggalamkan masa cakap - cakap muzakarah UMNO - Pas selepas PRU 12.

Kini, UMNO harus cakap benda yang sama kepada Pas. Dah nazak, dah teruk baru nak terhegeh - hegeh nak cari UMNO, baik pegi berambus. Pergi kawan dengan DAP laknatullah dan teruskan zikir harian nak ke Putrajaya tu.

SUMBER

Posted in , , , , | 13 Comments
Jom komen di Facebook!

Muzakarah UMNO - Pas hanya nak cover Hudud Pas dalam Pakatan!


SHAH ALAM - Kesediaan Pas bermuzakarah dengan mana-mana pihak seperti disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gimik politik bagi meraih sokongan rakyat.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu pernah disuarakan oleh parti berkenaan pada 2008 tetapi tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, tindakan Nik Aziz membuatkan isu berkenaan senyap dan tidak dipertikaikan oleh ahli parti berkenaan termasuk Abdul Hadi sendiri.

Menurutnya, jika dilihat rakyat kini lebih cenderung kepada Barisan Nasional (BN), berbanding Pakatan Rakyat, dan ini menimbulkan kebimbangan kepada parti itu.

“Oleh itu, Pas mula ambil langkah, maka timbul semula isu bermuzakarah, Ia seperti menggambarkan Pas sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak demi perpaduan umat Islam,” katanya. SUMBER 


Pewaris Melayu kata : Penulis setuju benar dengan kenyataan Prof Dr Ahmad Atory, dulu masa paklah Pas main tarik tali dengan UMNO. Bila dah setuju, tetiba je Pas nak batalkan muzakarah sebab DAP marah. Dari Muzakarah jadi perbincangan. Sampai tera tu takutnya Pas dekat DAP.
Alahai Pas.. Bila dah isu Hudud kantoi dengan DAP, bawak pulak nak damai dengan UMNO. Percayalah, esok lusa Karpal sergah Pas lagi. Goyang kepala lutut Haji Hadi. Goyang sebab tak dapat ke Putrajaya!!

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Layakkah Nik Aziz Ulama terompah nak "sound" MUFTI Harusani?

Salam to all,

Penjilat tegar Pas dah angkat Nik Aziz macam nabi. Nik Aziz boleh menghina dan merendah - rendahkan peranan seorang MUFTI yang dilantik Sultan dan Raja Melayu tetapi MUFTI tak boleh nak tegur Nik Aziz selaku seorang Mursyidul Am yang mengaku mengamal dan memperjuangkan Islam tapi dalam masa yang sama bersekongkol dan menjadi balaci parti kafir harbi.

Helooo penjilat Pas!

Nik Aziz hanya berkuasa di Kelantan sebagai MB Kelantan, dia tak ada kuasa dalam menentukan keIslaman dan segala hukum hakam agama di Malaysia ni! Sebab itulah Mufti kita banyak kali menggariskan mengasingan politik dari agama. Politik tak boleh digaul dengan agama, nanti jadi macam Pas lah!

Mana aci Nik Aziz yang ber-title Mursyidul Am Pas SAHAJA boleh sound MUFTI dan Ahli Senior dalam Majlis Muzakarah Fatwa kebangsaan.

SOMBONG! BONGKAK! TAKABBUR! Si Nik Aziz sampaikan penjilat mereka anggap dia lebih lebih dalam Malaysia ni.

Penulis amat membenci penjilat Nik Aziz yang begitu taksub dengan kehebatan dan kewarakan Nik Aziz mereka ni padahal dia hanya tunjang kepada parti politik tak lebih dan tak kurang dari itu!

Posted in , , , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Fatwa Haram Bersih 3.0 : Nik Aziz mempertikai Majlis Fatwa Kebangsaan!


Biasalah, bila ada isu dan perlaksanaan berkaitan dengan politik dan agama pastinya orang yang paling suci dan paling bagus di Tanah Melayu ni, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat, MURSYIDUL AM sebuah parti yang mempergunakan agama untuk politik dan juga Menteri Besar Kelantan sepanjang hayat akan mempertikaikan dan secara langsung merendah - rendahkan kenyataan fatwa tersebut.

Kenyataan terbaru dari Majlis Fatwa Kebangsaan :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Secara kasarnya, bagi manusia yang mempunyai otak dan akal yang berfungsi pasti boleh faham akan kenyataan fatwa tersebut.

Hukum haram sesebuah demonstrasi dijatuhkan apabila demonstrasi itu diadakan dengan tujuan tidak baik (contohnya di Mesir dan negara arab yang menjatuhkan kerajaan pemerintah), melanggar undang - undang (kalau polis dah dapat perintah mahkamah untuk tidak benar berhimpun, bila kita tak ikut perintah mahkamah ia bermakna kita dah melanggar undang undang) serta mencetuskan huru - hara (Dah tahu mahkamah, Polis, DBKL tak bagi berhimpun dan dah kawal kawasan lalu kita rempuh juga sekatan, lalu polis tembak air dan pemedih mata, tak ke dah jadi huru hara. salah siapa)

Mari kita belajar, apakah itu fatwa dan dari mana fatwa boleh datang :


 Anda dah faham dari mana fatwa diterbitkan. Okey.. Kenapa tiba - tiba Mursyidul am yang paling hebat, mulia, suci dan tak boleh disentuh ini mempertikaikan fatwa yang mengecam demonstrasi ganas Bersih 3.0 tempoh hari


Situasi Bersih 3.0 :

  • Tujuan : Menuntut 8 perkara baru untuk memperbaiki sistem pilihanraya Malaysia
Komen penulis : Tak salah nak menuntut apa sekalipun. Bagi penulis, penulis setuju dengan tuntutan Bersih yang ingin melihat proses pengundian pilihanraya bertambah elok dan berkualiti. Tetapi, adakah kesemua 8 tuntutan Bersih itu boleh diterima pakai..
  • Bersih tidak langgar undang - undang. Hanya hendak duduk di Dataran Merdeka sahaja.
Komen Penulis : Pihak KDN dah dapat ramal apa akan terjadi bila berhimpun ramai -ramai. Dah terang- terang Bersih tak bawa mesej 100% untuk membersihkan pilihanraya tetapi mereka mempunyai misi disebaliknya. Permulaannya KDN dan   DBKL dah bagi beberapa opsyen kepada penganjur untuk buat demo di stadium. 

Malangnya Bersih menolak pelawaan KDN dan DBKL yang tak mahu perkara buruk terjadi, mereka masih lagi nak duduk di Dataran Merdeka selepas Polis dapat perintah mahkamah untuk menutup dan mengawal kawasan Dataran Merdeka pada malam 27hb April sehingga 29 hb. 

Apabila unit AMAL Pas yang mengetuai perarakan demonstran yang merempuh sekatan Polis, adakah mereka yang merempuh sekatan itu mengikuti undang - undang dan juga perintah mahkamah?

  • Mencetuskan huru - hara
Komen penulis : Bila demonstran dah tak ikut perintah mahkamah dengan merempuh sekatan Polis, takkanlah pihak Polis nak biarkan demonstran yang emosional, bengis dan ganas tu terus ke Dataran Merdeka. 

Sebelum FRU melepaskan gas pemedih mata dan juga air, mereka telah memberikan amaran kepada demonstran supaya berundur. Tetapi demonstran Bersih 3.0 yang ganas ini tetap mahu mara ke Dataran dan nak lawan dengan Polis, tak boleh nak cakap apa lah.. Polis terus menembak. Kemudian suasana menjadi huru hara bila mereka lari dari gas pemedih mata dan siraman air. 

Kesimpulan penulis : Kalau tak pergi demo tu, takkanlah nak jadi pelanggaran undang - undang, takkan jadi keadaan huru hara dan takkan jadi segala - galanya!

NIK AZIZ TAK BOLEH PAKAI! TAK GUNA PUNYA ORANG TUA!


Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

BUKTI Bersih 3.0 didalangi PEMBANGKANG! Nik Aziz taja pendemo untuk merusuh!


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.

Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari  wang parti, sebaliknya  kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.

“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya,  bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Fadzli Mohd Hassan tidak menolak kemungkinan terdapat peserta yang hadir dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, namun bukan atas kapasiti parti.

“Kita tidak ada duit untuk biayai peserta yang begitu ramai, kebiasaannya orang Pas ini mengeluarkan duit sendiri, namun jika ada tajaan, mungkin itu bersifat peribadi,” katanya.

Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan soal kewangan untuk  peserta Bersih, namun mengakui mengeluarkan belanja untuk ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, tiga hari lalu. Sumber 

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Nik Abdul Aziz Nik Mat pemimpin politik Melayu yang paling teruk dalam sejarah peradaban Melayu!


Siapa tak kenal Nik Abdul Aziz Nik Mat, "Nabi" kepada Parti Islam Se-Malaysia dari dahulu melaung - laungkan kepada seluruh Umat Melayu-Islam di Malaysia ni bahawasanya mereka membawa panji - panji dan prinsip Islam untuk semua. Parti Pas dari dahulu juga merupakan serpihan daripada parti politik Melayu, UMNO telah banyak memecahbelahkan masyarakat Melayu menjadi berpuak - puak mengikut fahaman dan aliran politik masing - masing.

Umum rakyat Malaysia tahu bahawsanya Nik Aziz memang menentang perjuangan berasaskan bangsa yang diterajui oleh UMNO serta mendakwa dia dan partinya memperjuangkan agama Allah dan ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Tetapi, setelah mula "terbeliak" dengan kuasa setelah pembangkang memenangi lima buah kerusi pada Pilihanraya Umum ke -12 pada 2008, Pas sudah pun mengubah perjuangan mereka daripada ingin memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Tambahan pula pada persidangan DUN Negeri Perak selepas Pas dapat menerajui pimpinan kerajaan negeri dengan wakilnya DS Nizar Jamaluddin, beliau terang - terang memberitahun dewan bahawasanya matlamat memperjuangkan negara Islam tidak berada dalam perlembagaan parti Pas.

Nik Abdul Aziz dari dulu menyerang UMNO dan sehingga kini mendakwa UMNO parti sekular yang hanya tahu memperjuangkan bangsa bukannya negara.

Dalam banyak - banyak tuduhan, makian dan lemparan daripada mulut Nik Aziz, apa yang penulis kecewa dengan Nik Abdul Aziz ialah dia sendiri mengaku bahawasanya dia tak bangga menjadi bangsa Melayu.


Nik Aziz tak bangga jadi bangsa Melayu?


KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu. Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab. 

Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam. 

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi. Baca lagi..

Nik Aziz memang pemimpin Melayu yang paling teruk dalam sejarah peradaban bangsa Melayu :
  1. Nik Aziz sendiri berkata dia menjadi MELAYU hanya kebetulan. Celah mana kebetulan yang diperkatakan tu wahai orang tua? 
  2. Sedar tak sedar, hari - hari bahasa yang digunakan oleh orang tua kutuk ini ialah bahasa MELAYU tambahan lagi slang ataupun loghat bahasa MELAYU yang dia tutur itu loghat MELAYU KELANTAN!. 
  3. Kalau Nik Aziz sendiri tak bangga dan tak suka jadi MELAYU, sila gunakan bahasa lain untuk bertutur sehari - hari. Gunakanlah bahasa ARAB yang dia bangga - banggakan tu! Jangan cakap MELAYU. Cakap arab!
  4. Kalau kita renung kembali NAMA orang tua kutuk ni, namanya bermula dari "Nik" iaitu nama keluarga ataupun keturunan MELAYU bagi kawasan pantai timur yang terkenal. Kalau Nik Aziz sendiri cakap tak bangga jadi Melayu, sila buang nama "Nik" dihadapan tu dan guna nama keluarga ataupun keturunan arab untuk menggantikannya! Tak malu punya orang tua kutuk!
  5. Setiap hari Nik  Aziz bercakap mengenai Allah dan kuasa Allah menciptakan bumi dan alam semesta, dia ada ke pernah cakap tentang kehebatan Allah SWT dalam menciptakan manusia dengan pelbagai jenis, bangsa, warna, adat, dan pelbagai agama? Tetapi agama yang diredhai olehNYA ialah agama ISLAM.
  6. Nik Aziz meragui kekuasaan Allah yang menciptakan pelbagai bangsa dan agama dimuka bumi ini. Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui. Kalau Allah mahukan hanya satu bangsa dan satu agama dimuka bumi ini, nescaya dia boleh sahaja menciptanya. Tetapi, kenapa Allah mencipta manusia pelbagai bangsa dan agama? 
  7. Nik Aziz memang Melayu tak sedar diri dan tak boleh digunapakai untuk menjadi pemimpin untuk orang Melayu di Malaysia. 
Nampak sangat Nik Abdul Aziz Nik Mat tua kerepot tak sedar diri, menanti masa nak mampos. Dasar orang tua nyanyuk yang gila kuasa. Turunlah wahai orang tua, negeri Kelantan dan umat Melayu-Islam tak perlu pemimpin flip - flop macam kamu. 

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bob Lokman masuk Pas. Satu lagi bukti undi Pas masuk Syurga!

Umum kita tahu, Ahad lepas semasa Himpunan Pemuda Pas 30k di Kota Sarang Semut, dengan bangganya penjilat Pas mengagung - agungkan seorang pelawak kebangsaan, Bob Lokman menjadi ahli Pas. Apa yang nak dibanggakan dengan Bob tu? Dia mengumumkan dia sesat dan jahil sebelum ini dan dengan masuknya dia ke parti Pas dia mengharap tidak akan masuk ke neraka.

Bagusla dah bertaubat, bagus. Tapi Bob di blognya menunjukkan dia sebenarnya sesat dan telah digerenti masuk ke syurga setelah pilih Pas.

Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. - Bob Lokman

Menganut Pas?

Bilanya Pas merupakan satu agama yang boleh dianuti? Pas agama apa? Islam? Islam Pas agaknya? Mazhab Pas yang menggunakan Nik Aziz mengganti ahli ulama mirip seperi agama Sikh yang memuja dan menggunapakai segala apa yang diucap oleh Guru Nanak. Ya, itulah ajaran Islam mazhab Pas. Bob Lokman juga berasa lega kerana diberi hidayah untuk menganut agama Islam Pas. Pas merupakan agama yang benar dan yang benar belaka. Syurga dibawah kaki Nik Aziz.

Sebenarnya, pada hemat penulis si Bob Lokman tersesat jauh sangat. Tengok la muka si Bob bagaimana? Hitam legam, tak berseri. Tak ada umpphh kata orang. Konon dengan janggut, serban dan jubah lusuh mazhab Islam Pas, ia sangat direstui Allah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi

Hai, baru masuk agama Islam Pas dah pandai berjuang. Ni jihat Pas, lepas diIslamkan terus dia nak berjuang nak tentang Islam tulen (UMNO). Haih, penulis pening kepala tengok artis sesat ni masuk Islam Pas. Lagak macam lebih Islam dari orang lain.

Penulis tak nak kata apa, mai kita terus baca blog MUALLAF PAS ini, dengan bangganya dia masuk Islam Pas.Tulisan macam budak tadika ini dipuji dan dipenuhi dengan TAKBIR.

Tak cukup dengan itu, mari kita lihat video Bob Lokman setelah diIslamkan cara Pas.



Posted in , , , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Nik Aziz nak jumpa Muhyiddin Bincang Pasal Kerjasama UMNO - PAS?


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Muhyiddin, yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata UMNO sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. - BERNAMA

Komen Pewaris Melayu :


Nicky Aziz dah serabut kepala dek Anwar Ibrahim, harapan kat AI dah kabur dengan bermacam - macam berita buruk yang kita dengar hari - hari. Sebab tu la Nicky Aziz nak berdamai dengan UMNO. Biasalah, orang terdesak! Pas pon terdesak!

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

JAIS larang Nik Aziz berceramah di masjid Hulu Selangor

23/04/2010 1:17pm

SHAH ALAM 23 April - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan sebelum ini. - Utusan

Posted in , , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Kerajaan Kelantan buat silap – Nik Aziz


KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.
Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

“Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.
“Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli.

Posted in , , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Oh, akhirnya .... Nik Aziz



Sumber : Malaysiakini.com

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..

Tau pulak ayah dia dah tua, ingatkan nak jadi MB Kelantan untuk seumur hidup. Mana la tau, nak 'mangkat' dalam jawatan MB. Dah jadi macam tu, semua pakat ketaq habis.

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

N11 | NIK AZIZ : ORANG UMNO TAKKAN DAPAT MASUK SYURGA



BUKIT MERTAJAM 17 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. - SUMBER : Utusan Malaysia

Pewaris Melayu kata:

Tak habis habis orang tua nyanyuk ni buat kenyataan BODOH dan TAK GUNA OTAK macam tu. Biasalah, DAH TERDESAK nak raih pengundi. Orang tua nyanyuk macam tu TERPAKSA LA TIPU PENCACAI PAS yang TAKSUB kat TOK GARU diorang nayanyuk tu. Alah, ini biasalah terjadi dalam ajaran sesat Pas.

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Palo hotak mu Tok Guru!

Apa hal pulak orang tua nyanyuk Nik Ajis ni. Tak habis habis mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dan bermotif jahat. Setelah dia dihentam oleh anak buahnya sendiri dalam Pas ekoran kenyataan berkaitan Kerajaan Perpaduan yang telah dicadang oleh presidentnya, Dato Seri Haji Hadi Awang, Nik Ajis memaki dan menyamakan Ustaz Nasha sebagai sampah, semalam, beliau samakan pula UMNO dengan Komunis.

Kalau ikutkan hati, penulis nak maki balik je dia dalam blog ni, tapi atas dasar professional dan juga adab seorang muda dengan orang tua yang nyanyuk, penulis pendamkan hasrat tersebut.

Penjilat PR bolehla memaki hamun caci maki semua bloggers pro - kerajaan tapi bloggers pro - kerajaan (BPN) tak akan berbuat demikan, sebab kita ada prinsip masing - masing.

Tok garu ni dah melampaui batas. Sesedap mulut je kata orang lain tak mengikut ajaran Islam. Tok garu, kamu pakai serban dengan jubah labuh tu, cukup ke amalan Islam yang anda lakukan? Ada ke ikut syariat Islam?

Harap pakai je serban besar bak perut ibu mengandung, tapi mulut busuk macam longkang. Busuk kalah lagi longkang, busuk mulut dan busuknya perangai Tok Garu ni bak loji rawatan najis Indah Water. Huduhnya perangai manusia berjanggut seperti kambing ini. Konon ikut nabi, tapi perangai tak huduh. Tak layak nak jadi pemimpin.

Tok garu, cukuplah! Cukuplah! LETAK JAWATAN anda sebagai MB Kelantan dan Muryidur Am Pas. Memalukan rakyat Kelantan dan parti Pas sahaja. Cukupla!

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Bila ahli DAP diislamkan cara PAS

(klik untuk lebih jelas)
Islam Pas tidak sama seperti ajaran Islam yang sebenar. Orang lain tak boleh melaungkan takbir, Allahuakbar. Mereka (orang Pas) sahajalah yang berhak melaungkan takbir sedemikian. Bila orang Umno bertakbir sedemikian rupa, puak - puak Pas tertawa dan mempertikaikan perlakuan orang - orang Umno. 
Apa kena dengan puak - puak Pas? Mereka tak sedar kot, manusia yang berada didalam Umno tersebut semuanya orang Melayu beragama Islam. Tak macam Pas, bila takbir je, orang Cina dan India yang Kafir Harbi pun turut bertakbir. Apa kes?

Nga Kor Ming boleh mempergunakan ayat Quran untuk tujuan politik PKR - PAS - DAP dan Mursyidur Am mereka memberi "green light" kepada puak DAP dan PR kafir harbi menggunakan ayat Quran untuk berkempen politik. Buktinya, klik sini

Kami tak kisah kalau si Nga tu orang Cina Muslim ataupun dah memeluk agama Islam. Kalau dah bergelar muslim, tak kisah dia nak guna sepotong ke, dua potong ke, satu al - Quran ke untuk berkempen, tapi dia tu Cina yang tak potong kulup, tak mengucap dua kalimah shahadah dan tak tahu dia makan yang baik atau yang buruk, tut tut senang - senang saja nak guna Quran dan berhujjah hentam sana sini.

P/s : Eloklah si Lim Kit Siang dan Nga Sunat terlebih dahulu. Nanti, kalau depa dua tu dah masuk Islam ke, tercapailah impian Tok Garu nak menjadi PM ke - 7 lepas Najib nanti. Tak pun lepas PRU13. Kalau la Tok Garu larat lagi.

LKS - Timbalan Perdana Menteri 1
Karpal Singh - Timbalan Perdana Menteri 2



Kah kah kah!

Posted in , , , , , | 15 Comments
Jom komen di Facebook!

TOK GARU PAS - Tolak Perpaduan Demi Melayu


Tok Guru daripada Parti Ajaran Sesat ni tak habis - habis menolak perpaduan antara Melayu yang dianjurkan oleh Presiden Pas, iaitu Hj Hadi. Penulis hairan, kenapalah Tok Garu tu selalu menolak perundingan berdasarkan BANGSA??

Hina sangatkah bangsa Melayu? Adakah dia malu nak jadi Melayu? Kalau macam tu, jangan pakai baju Melayu dan cakap bahasa Melayu.

Sayang seribu kali sayang, PAS sememangnya layak dilabel sebagai PARTI AJARAN SESAT kerana mereka suka membuat fatwa baru dan juga memperguanakan agama untuk kepentingan politik kotor.

Kami semua penyokong BPN amat - amat memahami kondisi Tok Garu tersebut yang sudah tua dan hampir nyanyuk. Tak mengapa.

Posted in , , , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

UMNO seperti pokok hampir mati, Pas tak sedar diri

Nik Aziz anggap UMNO pokok hampir mati

KOTA BAHARU 30 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

PEWARIS MELAYU KATA:

Nik Aziz harus sedar akan situasi Pas sekarang yang lebih teruk daripada Umno yang diibaratkan seperti pokok yang hampir mati.

Kita lihat senarai Exco di negeri Pakatan Rakyat di negeri Perak dan juga negeri Selangor. Pas ibarat tak dihormati oleh exco negeri Perak dan MB Perak sekarang, Ir. Nizar dilihat seperti REMOTE CONTROL Dap. Baju sahaja Pas, tapi disebaliknya Nizar hanyalah penghias dinegeri tersebut.

Kita lihat negeri Kedah yang didakwa bagus itu dan ini. Kerajaan Negeri Kedah tak usah berbangga kerana mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri tanpa sokongan PKR dan DAP laknatullah.

Ingatlah Nik Aziz, jangan terlalu sombong dan bongkak akan status Pas sekarang di negeri - negeri dibawah pemerintahan pembangkang. Rakyat telah mula menyedari Pas sebagai parti Angkut Sampah sahaja, cakap tak serupa bikin.

Kemenangan Pas di P.36 di Kuala Terengganu menyebabkan mereka terus mendabik dada seperti mereka hero rakyat. Ingat, tanpa undian rakyat, siapalah anda semua.

Posted in , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Cerita ‘menantu’ dalam PAS

APABILA Badan Pencegah Rasuah (BPR) masuk menyiasat isu perlantikan Ir. Ariffahmi Abdul Rahman sebagai COO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat macam tidak dapat menerima kehadiran BPR.

Lantas, Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata; kenapa bila ada surat layang, terlalu cepat BPR masuk menyiasat isu perlantikan Ariffahmi sedangkan banyak lagi isu rasuah menteri-menteri dari Barisan Nasional (BN) tidak pun diambil perhatian oleh BPR.

Pembelaan Nik Aziz terhadap Ariffahmi kerana Ariffahmi yang sebelum itu merupakan Ketua Sektor Hartanah dan Pengurus Projek Bandar Baru Tanjung, adalah menantunya yang selama ini, Pas mengambarkan Umnolah parti yang mengamalkan ‘kronisme’.

Tidak kedengaran pula suara-suara Ketua Penerangan Pas, Mahfudz Omar dan Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mengenai Nik Aziz yang mengamalkan kronisme, melantik menantu sendiri menjadi COO dalam PMBK.
Sebenarnya, Pas memang mengamalkan kronisme. Begitu juga dengan PKR dan DAP. Jika tidak, bagaimana anak kepada Karpal Singh, Pengerusi DAP, boleh meletakkan anaknya, Gobind Singh Deo boleh diletakkan bertanding dan menang di Parlimen Puchong?

Ipar kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah menang Ketua Dewan Muslimat Pas. Dr. Hatta Ramli adalah sepupu kepada Subky Abd Latif. Adun Panchor, Nik Amar Nik Abdullah adalah anak kepada Allahyarham Nik Abdullah Arshad, bekas MP Pengkalan Chepa.

Satu contoh paling baik untuk dilihat, seorang lagi anak Karpal, Jagdeep Singh Deo diletakkan bertanding di DUN Datuk Keramat Pulau Pinang(di bawah Parlimen Jelutong).

Lim Kit Siang yang bertanding di Parlimen Ipoh Timur, anaknya Lim Guan Eng bertanding di DUN Air Putih di bawah Parlimen Bukit Bendera dan isterinya Betty Chew, bertanding di Kota Laksamana, di bawah Parlimen Kota Melaka.

Dalam PKR, selain isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail bertanding di Permatang Pauh, anaknya Nurul Izah, bertanding di Lembah Pantai.

Ini adalah antara contoh, di mana kronisme tidak dapat dipisahkan dari parti-parti pembangkang. Namun, apabila mereka menyerang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar menang di kerusi Parlimen Rembau, seolah-olah hanya dalam Umno sahaja wujud calon-calon yang ada kaitan dan persaudaraan dengan pucuk pimpinan.

Apa jawatan Gobind dan Jagdeep Singh dalam DAP yang menyebabkan kedua-duanya dapat bertanding dalam pilihan raya?

Nik Aziz tidak perlu melenting dan gusar dengan kehadiran BPR menyiasat isu perlantikan Ariffahmi sebagai COO PMBK jika perlantikan itu mengikut peraturan dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang .
Mahfudz dan Sallahuddin perlulah lebih berani menegur kepimpinan Pas dalam isu kronisme jika dia mahu terus menyerang Umno yang sering didakwanya mengamalkan perkara yang sama, sedangkan Khairy adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, selain dari jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau.

Sejarah membuktikan, semua Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia diletakkan bertanding dalam pilihan raya. Antaranya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Allahyarham Hashim Safin, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Datuk Mohamed Rahmat (sekarang Tan Sri).

Apa isunya apabila Khairy diletakkan bertanding di Rembau? Sepatutnya mereka yang hendak menyerang Datuk Seri Abdullah kerana isu ini, melihat politik ini secara lebih luas dengan ‘menyaksikan Karpal Singh’ meletakkan anak-anaknya bertanding. Anwar Ibrahim juga turut berbuat demikian. Lim Kit Siang sudah lama melakukannya, selain dari sejarah membuktikan sepasang suami isteri, Allahyarham Tan Sri Kadir Yusof pernah menjadi menteri kabinet bersama-sama isterinya, Tun Fatimah Hashim.

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .