Memaparkan catatan dengan label kesultanan melayu. Papar semua catatan

Sultan Ahmad Shah mangkat


PADUKA Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu.

Almarhum mangkat pada usia 88 tahun, kira-kira pukul 8.50 pagi Rabu, bersamaan 17 Ramadan di hari Nuzul al-Quran.

Perkara itu disahkan oleh oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan di halaman rasmi Facebooknya, pagi Rabu.

Wan Rosdy berkata, Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Berubah Tangan

Nampaknya, Toyota Camry pembelian kerajaan Pakatan Rakyat (baca : Penipu Rakyat) dan ia akan digunakan untuk barisan Exco kerajaan baru Barisan Nasional pada hari Rabu kelak, Insyaallah.

Tak guna semua pencacai Pakatan Rakyat nak marah - marah kepada Sultan Perak kerana Baginda ada hak untuk menentukan siapa yang mentadbir kerajaan baru itu.

Dah banyak kemudharatan yang dilakukan oleh kerajaan PR yang berusia 11 bulan, yang banyak menaikkan kemarahan orang Melayu.

Cukuplah, cukuplah Pakatan Rakyat mendabik dada akan kekuatan mereka. Kepada BN, janganlah terlalu bergembira akan kemenangan ini.

Kepada Sultan Perak, penulis amat menghormati titah dan perintah Tuanku. Kepada rakyat Perak, hormat dan sanjungilah kerajaan baru ini. Alhamdulillah!

Posted in , , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .